Pages

Wednesday, May 20, 2015

Taman Mini Malaysia 2015

Bergegas dari Zoo Melaka ke Taman Mini Malaysia. Sekejap jer sebab dekat dah dalam 5 minit drive rasanya.
Berkejaran sebab nak tengok show 12.00 noon sebab hari Jumaat.
Tapi bila sampai dan check kat kaunter, rupanya show jam 11.00 am, sama dengan bird show kat Zoo Melaka.
Alahai... keciwa. Rupanya yang ayah tengok dalam web diorang tak update. Dulu memang ada tapi sekarang dah takde.
Dah sampai, kita masuk je lah.. harga tiket tak ingat plak berapa.
Sebab pagi tu berkejaran, memang tak sempat proper bekpes. Masa kat zoo tu sambil2 makan roti bungkus. Sesampai kat taman mini kami makan sandwich sardin. Wahhh... sebungkus boleh habis makan berempat. Masing2 lapar.

Start dengan rumah Perlis.
Rasanya pernah ambik gambar posisi ni tapi entah mana letak gambar tu.
Ibu pernah merasa masak guna dapur kayu masa kecik dulu kat rumah nenek.
Siap main pondok2 masak lagi tau! Masak sayur pucuk paku dalam tin susu. Tapi kalau sekarang anak2 nak main mesti ibu tak bagi hehehe.... Tapi dulu nenek ok jer.

Typewriter macam ni pun pernah guna. Dulu atuk ada. Terror kan atuk... dulu setiausaha parti & belia kat kampung.
Bergambar dengan dancer jer yang tunggu kat rumah ni.
Ala2 gadis pingitan gitew.

Kita ke rumah Kedah pula. Kedudukan rumah mengikut peta Malaysia. Dari Perlis hingga ke Sarawak,

Ada perkahwinan orang Melayu. Ada hantaran bagai. Juga pelamin raja sehari.

Mula2 dok teka benda ni.. kolah mandi, tempat basuh kain hahahaha...
Sib baik dancer di rumah Kedah bagi pencerahan. Itu tong untuk menampi padi lah.. Sepatutnya ada kepungan baru lah jelas hehehe.. Takpun sepatutnya ada maklumat kat situ kan.
Ni kat depan rumah Melaka. Ada demo gasing. Rekues dari pakcik untuk tunjuk kat anak2.
Masa kami datang ada 2 tourist dari Singapore jer. Sebelum tu ada student tapi dah balik. Jadi taman mini kami yang empunya!
Ni kat rumah Selangor. Ada demo masakan. Tapi takdelah adik kat situ nak mendemo sebab tak ramai orang kan. Ada plak pakej makanan tradisional Melayu. Pakej RM3/hidangna. Hari tu ada kopi secawan dan 3 ketul roti jala beserta kuah kari.
Makan pun kena bersimpuh yer. Budak 2 ni yang kasi peghabih.
Asal usul nama Selangor.

Pergi ke setiap rumah tapi dah tak ambik gambar. Banyak rumah yang kurang dijaga dan rosak juga.
Pihak pengurusan perlu buat lah sesuatu agar tempat ini terpelihara. Sayang kayu2 dan atap2 kat situ dok mereput.

Di kat tepi rumah Sabah. Yang ni naik beranda jer sebab dalam memang rosak teruk dan berkunci rapi. Nampak lah dari celah2 dinding.
Tangga naik ke rumah Sarawak. Ibu tak naik sebab ngeri jer. Tapi ada tangga kayu kat sebelah kiri. Ini rumah panjang. Dalam banyak bilik2.

Puteri2 sedang buat tarian sendiri sebab tak dapat tengok show kan...

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Batu Pahat pula.

No comments:

Post a Comment