Pages

Monday, June 1, 2015

Henry Hugglemonster vs Kakak Widad


Pagi tadi masa siapkan Wafi ke sekolah, sempatlah tengok kartun Henry Hugglemonster.. dah boleh dikatakan tiap2 layan kartun ni.
Cerita hari ni tentang kawan Henry, Hugo yang baru dapat adik baru.
Dah sebelum ni dia kan bongsu, lepas tu dapat adik plak. Jeles lah si Hugo ni sebab semua monster beri perhatian yang lebih kat adik dia.
Maka Henry kawan baik dia pun tolong lah si Hugo ni untuk dapat perhatian monster lain.
Caranya dengan menjadikan Hugo ni baby besar. Hahaha... lawak plak bila baby 'kawak' ni jadi baby.
Dok mengacau monster lain plak.. setakat ni je sebab tak tengok abis pun...

Bila tengok siri hari ni teringat kakak widad masa mula2 dapat Wafi.
Masa tu kan umur dia 8 tahun.. kiranya bongsu 8 tahun lah.
Masa dalam pantang tu... memang rumah jadi senyap jer.. semua cakap perlahan2 sebab tak nak bagi baby terkejut. Volume tv pun dalam keadaan silent mode. Cuma sesekali je ada suara.. tu pun volume paling rendah.
Siaran tv kebanyakkannya Astro Oasis.

Keperluan Kawi pun ayah yang sediakan. Nak dekat dengan ibu pun sekejap2 je takut ganggu Wafi yang time baby tu dok ada kalanya nangis bila kena kacau.
Bila kena tegur si kakak, mula lah merajuk.
Sampaikan ada ayat "patutnya wafi tak lahir".
Alahaiii.. sampai begitu sekali. Kenalah pujuk bagai...

Sekarang pun sama... dah besar2 adakalanya si kakak perlukan perhatian yang lebih. Asyik cemburu dengan si adik jer. Katanya ibu ngan ayah lebihkan si adik.

Ada gak ayat bila jalan2 pakej berempat macam masa nak naik sampan kat Kelip2 Kg Kuantan.
"Kalau Wafi tak lahir, kan senang kita berempat je"
Sib baik Wafi kecik lagi.. jadi pakej berempat + small kid masih valid hehehe...

Apapun... tiada lah beza kasih sayang ibu bapa kat anak2 kan..
sebab semua pun lahir dari rahim yang sama.





No comments:

Post a Comment