Pages

Tuesday, November 17, 2015

Brownies Kedut


Beberapa bulan sebelum ni dok trend brownies kedut.
Terpesona gak ler nengok orang dok post sana-sini.
Kejadian memang cantik dan rasa pun sedang2 manis jer.

Credit to blog Azlita Masam Manis.

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan :
Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate (Beryl)
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor (80 gm)
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Cara2 
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15

minit. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Sunday, November 15, 2015

Pasar Karat, Ipoh


Ni gambar2 masa jalan2 short break di Ipoh lepas gathering raya.
Pagi2 ahad tu jalan2 ke pasar karat. Kat bawah hotel je. 

Ni hardcore japanese attire. Ramai lagi sebenarnya tapi kita snap je mana yang sempat sebab yang lain ada grup nak ambik gambar juga.
Ramai peminat diorang ni.
Pasar karat ni banyak barang2 antik dan terpakai.
Kena pandai bargain gak ler.
Bekfes kat kedai mamak. Makan tosei ler apa lagi. Waktu ni 3 kiddos masih tidur. Senang sket nak berjalan. Kalau tidak.. memang dok komplen.. penat lah.. panas lah... anak.. anak.

Wednesday, November 4, 2015

Short break - Cuti Hari Kebangsaan

Entry tertangguh.
Ni masa cuti Hari Kebangsaan haritu. Short trip je pun.
Sabtu tu tengahari ke kenduri kahwin anak sepupu ibu di Restoran Zam-zam Shah Alam.





Wajah2 ceria.

Lepas tu kami direct ke Uitm Resort. Yang lain balik rumah masing2.

Bilik besar. Sejuk. Best.

Petang tu bawak anak2 mandi di swimming pool dia. Tak ramai orang pun.


Lepas tu Aiman & Alma join. Takde plak lah gambar diorang.
Swimming pool kami yang punya!
Malam tu dinner kat gerai Seksyen 6 kot kalau tak silap.

Malam tu ada raptai Hari Kebangsaan di Dataran Shah Alam. Kebetulan je.. macam best plak. Tunggu je lah. Takde aktiviti pun malam tu.


Antara pancaragam yang ada.


Rupanya uncle Apil pun ada. Mewakili Jabatan Perbendaharaan.


Esoknya shoot ke Cyberjaya. Stay semalam di Tune Hotel.

Kecik je. Cukuplah untuk kami berlima.

Kemas dan bersih.


Petang tu lajak ke IOI mall. Sesaja jalan2.


Lovely kids.


Mi kicap ler apa lagi...


Kakak keseorangan. Beratur nak masuk gelanggang ice skate.


Penuh orang dalam tu.


Dah ada kawan cilik baru.


Ehhhh... akhirnya Bami tertewas.


Terror dah..

Malam tu balik hotel. Sambung tengok movie plak.
Syiokkk... semua ada.
After movie... supper plak kat depan hotel ada restoren mamak.

Esok nyer Isnin yang public holiday tu kita ke rumah uncle Azhar & Auntie Meeza sempena house warming mereka.
Jumpa lah rakan2 ibu yang lain.

Sunday, November 1, 2015

Ku pohon padaMu


8 hari dah atuk di HTAR.
Bermula bila nurse CAPD telefon minta abah masuk ER ambil darah lagi sebab 3 hari sebelum tu memang ada ambil darah dah result potassium (macamni ke spelling dia?) tinggi 5.9.
Terus malam tu stay kat ER dan next day baru naik wad 8.
Pindahkan pula di G3 tapi Rabu malam tu atuk mula meracau2 dan bila doktor nak buat CT scan dan check jantung atuk meronta2.
Kesian sangat kat nenek sebab malam tu memang tak boleh tidur jaga atuk.
Sekali lagi atuk dipantau di wad 8.
Setelah setabil dipindahkan pula di G3.
Mudah sket nenek nak buat rawatan CAPD tu.

Semoga atuk cepat sembuh dan nenek diberi kesihatan yang baik.
Dapat balik rumah dengan segera.
Sabtu malam dapatlah nenek balik bila ummi jaga atuk.

Ya Allah... berilah kesembuhan pada abahku... juga atuk kepada RAWIWA.