Beberapa bulan sebelum ni dok trend brownies kedut.
Terpesona gak ler nengok orang dok post sana-sini.
Kejadian memang cantik dan rasa pun sedang2 manis jer.
Credit to blog Azlita Masam Manis.
CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate (Beryl)
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor (80 gm)
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15
minit. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15
minit. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.
No comments:
Post a Comment