Dah plan tidur di rumah ummi jumaat malam sebab sabtu pagi 22.07.17 akan ke SMTI dulunya.. sekarang Koleh Vokasional Ipoh sempena Reuniun Raya Teknik 89/90.
Jumaat petang tu sampai rumah rushing ler juga.. sebab ada baju yang tak pack lagi.
Dengan baju melayu Bami tak bergosok dan seluar yang tetas nak dijahit pula.
Tapi manage jam 8.30 siap semua.. tinggal jalan je.
Sebelum tu singgah di rumah Cik Rasul.. ada buat jamuan raya untuk jiran2 dan pusat tahfiz Rahim.
Alhamdulillah.. since anak2 pun dah lapar.. jadi tak perlulah singgah mana2 kedai makan.
Ada satay, lontong, rendang raja dsb.
Amboiii Amir.... berspek hitam malam2 yer.. gaya mesti lebih.
Banyak plak iklan... lepas tu ke rumah nenek plak.. ambik lontongn dan karpet yang dibeli di Nilai untuk dibawa ke Tapah.
Sampai Tapah dalam jam 12pm.
Ngantuk sesangat.. hihi.. tidur dalam kereta pun.. driver ditemani oleh Kawi.
Pagi2 ummi dah siapkan bekfes mi goring dan macam2 lagi lah juadah atas meja tu.
Rezeki... kami makan je hehe...
Aci tak... pakcik Anuar bawak balik durian elok kami nak bertolak ke Ipoh.
Takleh makan banyak lah.. karang sendawa bau durian satu dewan bau huhu...
Ambik beberapa ulas je lepas tu kena berus gigi semula.
Dah lah durian sedap...
Takpe2.. lepas ni nak kena cari juga durian kampung ni..
Memang meletup2..
Ok2.. kami gerak ke Ipoh jam 9 am.
Dalam sejam sampai lah di sekolah.
No comments:
Post a Comment