Pages

Wednesday, July 26, 2017

Reunion Raya 2017

Sambutan hari raya bagi bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik 89/90 telah diadakan di dewan Kolej Vokasional Ipoh.
Dulu masa kami belajar takde dewan ni.. Ini kali ke-3 penganjuran jamuan raya yang telah di namakan REUNION RAYA di sekolah yang ibu dapat join.
Biasanya penganjur akan rotate.. macam pada tahun lepas diadakan di Ampang... 2015 pula diadakan di sekolah.

Sebahagian bekas2 pelajar dan guru2.

Zawati, ibu, Aizam, Shida dan Azwati.

Bersama Cikgu Hasyimah yang mengajar BM di tingkatan 4 & 5. Beliau merupakan guru kelas 4P1 & 5P1.
Tahun 89/90 tiada pertukaran kelas bila naik ke tingkatan 5.
Oh ya.. sekolah teknik ni hanya ada kemasukan ke tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Juga sedikit pelajar tingkatan 6.

Perangai dah macam budak sekolah... semua happy.

Ni ayah crop pic.. purple warna rasmi SMTI.

Kek sumbangan rakan. Masing2 membawa potluck. Hidangan berat juga diadakan iaitu nasi minyak, ayam masak merah, dalca, pajeri nenas dan sambal udang.

Ibu bawa buah naga dan buah pear yang ditabur asam kulit limau dan hirisan cili padi.. semua suka..
Mostly ramai yang tak dapat merasa semua makanan sebab masing2 lebih excited bertemu dengan rakan2 dan bersembang2. Makanan lebih ditapau.. bila dah balik masing2 kelaparan.. hahaha.. baru lah cakap.. ruginya tak makan itu ini...

Masalah takleh rotate pic plak ggrrrrr
Ini acik Aizam.. dulu classmate di 4&5P1. Juga unimate dan collegemate di Kolej MAS.

27 tahun baru dapat berjumpa secara live... walaupun dapat connect di FB dan Whatsapp.

3 orang kuat RU.

owhh... bertambah lagi orang kuat.. memang sangat komited mereka ini di setiap aktiviti bekas pelajar 89/90.

Bersama sebahagian guru..
Cikgu Rahman, Cikgu Ali (Sejarah), Cikgu Kunjit, Puan X, Cikgu Hashimah (BM) dan Cikgu Jeyanthi.
Cikgu Hashimah masih di kolej ni lagi cuma tidak mengajar... berada di barisan pentadbiran selama 10 tahun.. lagi setahun nak pencen dah.

Duduk sebelah kanan tu Ustaz Husni.

Ehhh.. dapat lucky draw.

Barisan AJK yang sememangnya superb...
Sangat komited dan berdedikasi disetiap penganjuran RU.
Kira AJK seumur hidup lah hihi..

Inilah presiden@pengarah RU yang sangat dihormati, En. Halim Buyong.
Tonggak kepada RU. Semoga usaha dan bakti beliau sentiasa dirahmati Allah.

RU dah habis tapi cerita dan kenangan masih lagi rancak samada di FB @ grup whatsapp.
Dari pre RU dan post RU memang mesej beratus2 dan dan ribu juga.
Memang tak terlayan dan termiss. skrol je lah.

Semoga ke temu di lain masa.

No comments:

Post a Comment