Pages

Sunday, March 18, 2018

2H 1M di Marc Service Residence, Kuala Lumpur

Short trip bersama family ni dah beberapa bulan kita plan. Cik Wada main sponsor sempena birthdaynya dan Cik Hannis. Kali ni kita ke Marc Residence, KL sebab nak jalan2 area KLCC. Few metres je.
Since ibu kerja, maka jam 1 pm ayah pickup di ofis. Dalam 45 min je. Tapi dok singgah sana sinun dan salah jalan walau ikut waze maka jam 3 pm baru sampai. Itu pun tunggu owner dalam 3.40 pm baru check in. Kondo ni kita sewa RM865 satu malam. 4 bilik 3 bilik air. Sangat selesa untuk accomodate semua orang. 
Aktiviti wajib selepas makan2.. turun pun hampir jam 6 pm. Kids yang sangat happy. Ada 4 kolam yang berlainan. Cuma di sini mereka tidak sediakan towel tapi changing room dan toilet ada disediakan.
 Terjun berirama kekdah nya.
 Kolam mengadap KLCC.
 Mak jemah yang hover.. ada yang ala2 turban.
 Sambut birthday Alya Qaisara juga. 5 tahun.
May Allah blessed you with good health and happiness.
 Juga meraikan semua adik beradik dan anak2 buah yang lahir pada bulan Mac.
 Lepas isya dalam jam 9.30 pm kita jalan2 ke KLCC pula. Walking distance je.
 Rombongan cik kiah ke KLCC.
 Jalan2 di luar je.
 
 Bercahaya dan tersergam indah. Budak2 ni energy hebat betul. Tak tau penat ehh..
Plan ke Urban Foodtruck ni pun impromptu juga. 800 meter dari KLCC. Jenuh gak nak menapak tapi sebab berjalan beramai2 takde lah terasa sangat sementelah nenek pun relax je berjalan.
Tengok2 je sebab perut pun masih kenyang..
Ehh... terserempak plak dengan unimate ibu dan ayah, uncle Zalie.
Kita hilangkan dahaga je.
Balik tu laju je semua orang jalan.. Nampak bantal je.
Pagi tu kids sambung balik mandi kolam. Turun pun agak lewat dalam 10 pagi sebab masing2 bangun lewat dan breakfast dulu.
Pagi buat nasi lemak je dan sandwich... plus semalam nya makanan masih berbaki.. ada bubur kosong dan condiments, ayam panggang ala Kenny Rogers dan pajeri terung. Kita tambahkan dengan sosej dan nugget goring.
 
Siap2 ke pangkal jalan. Short vacay yang menyeronokkan sempena cuti sekolah.
Check out 12.30 pm

 
 
Alhamdulillah.

Cuma ada sedikit je yang tak best unit yang kami sewa ni.
1. Stove takleh guna.. mujur ada Noxxa dan tak banyak aktiviti memasak. Oven, microwave dan cerek boleh guna.
2. Tak sediakan sabun/detergent untuk mencuci pakaian walaupun ada washing machine dan dryer
3. Washing machine takleh guna plak pada hari ke2.. tak tau kenapa huhu..
4. Di swimming pool tidak disediakan towel.. mungkin ini service apartment sahaja dan bukan hotel.. ok.. dimaafkan hehe... changing room dan toilet bersih.
5. Bilik air no 3 tak begitu terjaga.
5. Lantai di bawah katil tidak begitu bersih... tidak dimop.

Rasanya itu je lah.. but overall masih okay bagi kami.

Thursday, March 15, 2018

Emping Melinjo

Ini adalah Emping Melinjo yang siap digoreng.
Sesetengah tempat sebut Belinjo tau Belinjau.
Rasanya lemak-lemak pahit.
Ada juga sesetengah tempat yang disira pedas manis.
 
Gnetum gnemon is a species of Gnetum native to southeast Asia and the western Pacific Ocean islands, from Mizoram and Assam in India, south and east through Indonesia and Malaysia to the Philippines and Fiji. Common names include gnemon, melinjo, belinjo, kuliat/culiat, padi oats or paddy oats
 
Google image
Pokok ni boleh meninggi sehingga 20m
Dulu masa kecik2 biasa ikut arwah nenek kutip buah melinjo yang jatuh ke tanah atau petik dipokok dan seterusnya diproses untuk dijadikan emping.

Google image
Beginilah buah yang masak.
 
Untuk menjadikan emping, buah yang masak perlu direbus dulu dengan selaput kulit tu sekali.
Bila dah agak2 lembut.. lapisan luar tu perlu ditanggalkan dan akan meninggalkan kulit yang agak keras macam kulit kacang.

Oh ya.. ada juga yang tak direbus tapi tanggalkan lapisan luar kemudia disangan/sangai atas api. Lepas tu perlulah ditumbuk untuk menanggalkan kulit yang luar. Tumbuk sikit je bagi pecah. Lalu keluarkan isi dalam yang putih.
Google image
Sebelah kiri tu isi putih, yang tu perlu ditumbuk
Selepas itu baru lah ditumbuk untuk menjadikannya kepingan. Untuk dapatkan sekeping emping perlu dicantumkan/ditumbuk sekali dua atau tiga biji.
Google image
Emping yang telah kering
Selepas itu dijemur  dan perlu dibalik-balikkan sehingga kering sekata.
Bolehlah digoreng sebagai kudap-kudapan.
Dulu mana nak makan jajan-jajan segera tu hehe..
Keropok ikan dan keropok biasa tu pun buat sendiri..

Google image
Pucuk daun melinjo ni boleh dijadikan sayur.
Biasanya dimasak bening atau lemak dan dicampur dengan suhun.
 
 


Tuesday, March 13, 2018

Bahan Bacaan Terbaru

Malam Sabtu haritu kami ke Pesta Makanan Thai di Klang Sentral. Lepas makan-makan, jalan2 cuci mata. Singgah di booth PTS Publication yang menawarkan harga jualan yang sangat menarik serendah RM5 dan sesetengah buku berdiskaun 50%.

Wafi memilih dua buah buku Sahabat Sains yang ditulis dalam bentuk komik.






Ibu beli 4 buah buku.. bolehlah dibaca sebelum tidur atau sejam yang diperuntukan sehari selepas kerja-kerja rumah selesai.

Sunday, March 11, 2018

Nasi Ayam Yang Ringkas Dan Sedap

Nasi ayam yang simple tapi sedap ni ibu ambil dari blog Azie Kitchen. Sambal cili yang ringkas dan tak terlalu pedas memang sangat digemari oleh anak-anak.

Hidangan yang sempurna.. ehh.. tomato takde sebab dah habis.. tapi sambal ada tomato. Sambal kicap pula baki dari sambal cicah tempe goreng yang dibeli tempohari.

Nasi ayam yang sedap dan ringkas.

Dibawah ini copy paste dari blog Azie Kitchen. Terima kasih atas resepi yang dikongsi oleh Puan Azie dan semoga sentiasa dilimpahi rezeki dari Allah. 

Untuk resepi sambal cili ibu gandakan sebab semua nak menambah-nambah sambal😀😀

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia - ketuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Sedikit madu

Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan bawang putih yang ditumbuk dengan halia yang diketuk. Rebus sehingga ayam masak.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keemasan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan. Kuah lebihan perapan ayam akan digunakan untuk membuat Kuah Kicap.

Tips: Ayam hanya digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.


Untuk Nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
Air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 kuntum bunga lawang
2 buah pelaga
1 batang kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 -3 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.

 
Untuk Sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris
Ubi kentang - potong dadu, opsyenal

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Sambal Cili
5 tangkai cili merah - yang saiz panjang
1 biji buah tomato
2 sudu besar cuka 
1 1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar gula pasir 

Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Tak perlu masukkan air. Hanya menggunakan blender secara pulse (on and off) sahaja. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

 
Untuk Kicap

Kicap manis cap kipas udang
Air rebusan ayam
Kuah lebihan perapan ayam
Sos cili
Sos tomato
Gula - jika perlu
Garam - jika perlu


Masak kuah lebihan perapan ayam dengan air rebusan ayam. Masukkan kicap manis, gula dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih


Saturday, March 10, 2018

Kuih Tepung Bungkus

Nampak di FB Che An, beliau buat kuih tepung bungkus. Waaa.. terliur betul. Dari ofis dah plan balik rumah nak buat. Keluar ofis selepas solat maghrib.. singgah kedai beli kelapa parut dan tepung beras.. Nampak tak kegigihannya. Samapi rumah, Inche Jalan Rebung dah siapkan dinner.. makan terus.. lapar. Lepas tu terus beroperasi.
 
 

 
Tepung Bungkus
Resepi : Che An
 
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung beras
2. 2 cawan santan kelapa
3. 1 SK garam halus
4. 1 SB gula
5. Daun pandan
 
Cara-cara
1. Satukan bahan-bahan di atas kedalam kuali. Kacau rata dulu. Kemudian pasang api sederhana. Kacau sampai kental. Mula-mula nampak adunan macam berketul-ketul.. kacau lagi sampai adunan pekat. Angkat dan sedia untuk dibungkus.
 
2. Cara bungkus, ambil daun pisang.. masukkan 2 sudu besar adunan tepung.. letak 2 biji inti dan tutup dengan 1 sudu besar adunan tepung. Bungkus elok2 dan kukus.
 
3. Kukus dalam tempoh 10 minit sahaja sebab jika terlalu lama adunan akan penyek.
 
Kalau nak buat lebih adunan.. boleh lah digandakan.
Sebaiknya inti kelapa buatlah awal2.. ini sebab ibu pun buat baru buat jadi ambik masa sikit.
 
 


Inti Kelapa

Bahan-bahan
1. Sebiji kelapa parut ambil putih sahaja (lebih elok kalau guna kelapa muda)
2. 2 biji gula Melaka
3. 1 SB gula merah
4. 1 SB gula pasir
5. sedikit garam
6. daun pandan

Cara-cara
1. Larutkan gula Melaka, gula merah dan gula pasir hingga mendidih. Tapiskan dan masukkan dalam kuali
2. Masukkan kelapa paru, daun pandan dan sedikit garam. Kacau sampai kering.
3. Rasa dulu.. kalau agak-agak kurang manis boleh tambahkan gula. Garam tu fungsi nya untuk bagi rasa lemak. Di rumah tiada gula merah, itu yang warna inti tak berapa gelap.
4. Angkat dan bulat-bulatkan sebesar syiling 10 sen.

Ini lah rupa adunan yang sudah masak. Gelap sket sebab lampu dapur tak hidup.. entah bila lah nak tukar huhuhu.. geram.

Letak double.. agak leceh bagi yang amatur.. adoiii... bubuh je lah.. nanti dah masak tak nampak dah.

Susun atas kukusan. Mula2 buat double last2 buat single je.. satu inti.. lebih cepat dan juga sebab daun yang dipetik pun comel2.

 
Ini lah tepung bungkus sudah siap.. bila buka panas2 Nampak tak berapa licin. Nak juga rasa walau dah malam sebab teringin sangat. wallaweiiii... menjadi dan sedap.
 

Ni pagi tadi buka.. cantik struktur kuih tepung bungkus ni.
Cukup rasa lemak, masin dan manis.
 
Ni resepi yang dikongsi oleh Che An.
Susah untuk tidak membuat kuih yang dikongsi Che An ni. Semua sangat menggoda.
Terima kasih ye mbakyu.
Enak mbanget kuih kiye.

Sunday, March 4, 2018

Muzium Orang Asli, Gombak

Beberapa tahun lepas pernah cuba nak datang Muzium Orang Asli tapi tak jumpa. Memang ikut signboard tapi takleh dikesan.

Sekarang dah ada waze bolehlah sampai. Bertolak dari rumah dalam jam 9 am pagi tadi tapi transit dulu di kedai barangan hotel.kawan ayah di area ofis Gombak. Sempatlah borong bantal dàn table lamp.
Perjalanan ke muzium dari kedai dalam 10 min gitu.

 Masuk percuma. Kecil je bangunan 2 tingkat ni. Dalam 15 min dah boleh cover kalau baca satu persatu.

Alya n the gang bawa sekali since cik baya bawa cik man gi PPUM sebab kaki patah.

 Wafi kesian.. kata nya boleh tak bawak diorang tinggal dengan kita sebab rumah diorang kecil je.

Allah... murninya kami nak.

Muzium ni diselia oleh Jabatan Kemajuan Hal Orang Asli (JAKOA).

Oh ya... diseberang muzium ni ada Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) dan sepanjang jalan ke kawasan ni..  banyak penempatan orang asli.

Cekodok/Jemput2 Pisang

Dari ofis dah teringin nak buat cekodok/jumput pisang. Masa tu hujan lebat sangat. Dok bayangkan sesuatu yang panas. Balik singgah kedai beli pisang berangan (itu je pisang yang ada pun).

Lepas solat maghrib baru ke dapur. Sebelum tu buat teh dulu.


Bahan2 (anggaran je sebab buat pun main campak2 je)

1. 10 biji pisang berangan
2. 1 cawan tepung gandum
3. 1-2 sb gula
4.. 1/4 sk garam
5. 3-4 sb air panas
6. 1-2 cubit soda bikarbonat

Cara2

1. Lenyekkan pisang
2. Masukkan tepung, gula, garam dan air panas. Gaul rata
3. Masukkan soda bikarbonat dan kacau rata (untuk jadikan cekodok berbentuk bulat). Soda bikatbonat tak perlu banyak sebab akan tinggalkan rasa pahit/payau.
4. Boleh lah goreng ke dalam minyak yang panas. Guna tangan sahaja untuk dapatkan bentuk ala2 bulat yang cantik.
6. Goreng agak2 kekuningan tapi ibu suka agak garing di luar dan lembut di dalam.
7. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidang.

Wahhhh... malam ni memang dinner jemput2 pisang je.