Ibu simpan sini gambar² Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Pages
Saturday, October 31, 2026
Jual Motorsikal
Motor atas Modenas Kriss MR1, belikan Abang Imi masa Form 4, Tahun 2016. Kalau tak silap harga RM4K masa tu. Motor atas nama ibu. Guna untuk ke surau, masjid dan kelas tuisyen. Pergi sekolah naik van sekolah, ibu tak benarkan bawa motor.
Labels:
Family
Friday, October 30, 2026
Me Time
Sekarang ibu sedang menikmati dinner di DubuYo. Ambil set Soondubu Jigae Beef. Keluar ofis jam 7.30 tadi... penatnya lah hari terakhir kerja bulan ni. Ingat nak balik on time sebab payday tapi ada task yang nak kena siapkan.
Tak siap pun lagi.. bos nak hari Isnin. Sabtu Ahad dah ada plan. Adehhh.. penat mikir bila nak buat.
Keluarlah dari ofis... tenangkan fikiran.
Labels:
Makan2
Majlis Anugerah HEM Dan Kurikulum Tahunan 2026 (MAHKOTA)
Tahun-tahun sebelum ini majlis diadakan di hotel sekitar sekolah.
Labels:
Anak2
Thursday, October 29, 2026
Karnival Pendidikan dan Kerjaya Di SAKBA
Cerita 3/10/2026
Wafi bersama kawan-kawan PRS menyertai pertandingan sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya SBP Zon Utara Tahun 2026.
Labels:
Anak2
Wednesday, October 28, 2026
Jogja 2026 - Pasar Beringharjo | Makan Tengahari Di Waroeng SS I Pulang Ke Pangkal Jalan
Entry terakhir jalan² Jogja.
Banyak iklan... jadi lama lah nak habis😁
Di luar Keraton, ramai penjual makanan, minuman dan pakaian. Cuaca pula agak panas, jadi ibu beli Es Jeruk dan Jus Alpokat untuk hilangkan dahaga. 🥵🥤
Syruuuttttt… eh, dah habis! 🤣😅 Sejuk-sejuk masuk tekak, memang nikmat!
Labels:
Jalan2
Tuesday, October 27, 2026
Jogja 2026 - Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat
Entrance fee IDR25,000 seorang
Akan disediakan seorang guide dari pekerja Keraton untuk menerangkan tentang Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat.
Labels:
Jalan2
Monday, October 26, 2026
Jogja 2026 - Jalan-jalan Pagi Sekitar Hotel I Bakpia 25
Hari keempat di Jogja, seawal 6.20 pagi ibu turun hotel seorang diri, cadangnya nak cari makanan yang dijual sekitar hotel. Suasana paginya belum terlalu sibuk. Nampak ramai yang berjogging di laluan pejalan kaki. Bersih kawasan sepanjang jalan ini.
Labels:
Jalan2
Sarapan Bihun Goreng Pagi Ini I Info ECRL
Pagi ni hujan masih renyai-renyai... seawal jam 4.30 pagi masih belum berhenti.
Lepas Subuh ibu dok kelekaran tapi tak boleh tidur pula. Agaknya otak dah set.. Isnin kerja padahal hari ni cuti umum Negeri Selangor. Kalau hari bekerja, selalu bangun tidur dan hujan fikir bestnya kalau cuti. Namun hakikatnya, walau hari cuti dan hujan otak tetap bekerja.
Jadi ke dapur je lah.. buat sarapan.
Terhasil lah bihun goreng dan ayam goreng.
Bihun tu ada carrot je. Rencahnya cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam dan secukup rasa. Takde fishball/cake atau haiwan di dalamnya. Itu yang goreng ayam.
Labels:
Main masak2
Jogja 2026 - Jalan Malioboro | Nasi Gudeg I Martabak Kotak
Dari tempat makan Mas Donz bawa pula Omah Oblong Jogja iaitu pusat industri, toko ole-ole dan tempat wisata edukasi di Yogyakarta yang khusus mengeluarkan serta menjual T-shirt bergambar khas budaya Jogja. Ibu tak ada spesifik tempat untuk membeli-belah jadi bila Mas Donz berhenti di toko ni kami masuk sahaja.
Labels:
Jalan2
Sunday, October 25, 2026
Dinner Soondubu Jigae Di Dubu Yo
Cerita 24/9, lepas kerja ibu ke SCM untuk beli hadiah kawan. Otw tu Kawi call bagitau nak join sekali padahal cadangnya balik kerja nak singgah rumah nenek tengok Auni.
Hadiah kawan ibu beli kat Lovely Lace memandangkan Sabtu ni ada makan² sempena masuk rumah baru yang direnovate besar²an. Nak potluck makanan, kawan ibu kata tak perlu, mungkin sebab dah banyak menunya.
Lepas beli hadiah, ibu ajak Kawi dinner di Dubu Yo.
Biasa lalu je tak pernah masuk pun.
Labels:
Anak2
KEM PRS, SBP Peringkat Zon Utara
Cerita 7 Sep 2026
Gambar ni masa dalam bas perjalanan dari SP ke Ipoh.
Senarai barang yang perlu dibawa.
Baju tu tak hantar ke STAR sebaliknya ke tempat penginapan di asrama PBSM, Ipoh.
Mujur jugalah di Ipoh je.. kalau sampai ke Perlis atau Kelantan sana memang ibu tak layanlah. Carilah option lain...
Wafi dan beberapa orang rakan PRS berpeluang menyertai KEM PRS, SBP Peringkat Zon Utara yang diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.
Program ini bertujuan memberi penekanan kepada kemahiran membantu rakan, kepemimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan pembangunan sahsiah.
Gambar ni masa dalam bas perjalanan dari SP ke Ipoh.
Jadual program.
Wafi kata dia tak tengok betul-betul senarai ni.
Dalam bas baru kawan kata kena bawa baju kurung putih dan kain hitam. Lahhh.. dia tak bawak.
Kain hitam Wafi ada lah sebab uniform PRS kemeja putih, kain hitam dan blazer.
Rombongan pergi hari Isnin, baju kurung putih tu kena pakai hari Khamis. Dalam bas Wafi bagitau. Tanya dia apa rancangan sebab ada 2 orang kawan lelaki pun tak bawak juga. Tapi diorang nak pinjam baju student STAR. Wafi takleh lah nak pinjam sebab sekolah tu All Boys 😅
Terpaksa lah Isnin balik kerja tu ibu cari baju kat Karnival dan Abang Imi setuju hantar ke Ipoh.
Terpaksa lah Isnin balik kerja tu ibu cari baju kat Karnival dan Abang Imi setuju hantar ke Ipoh.
Abang Imi gerak ke Tapah hari Selasa pagi kemudian ambil Abang Izzat untuk temankan.
Masalahnya... bukan je Wafi tak bawak baju putih dan kain hitam, court shoes pun tak bawak.
Ya Allah... ape je lah yang diingatnya Wafi oooiii
Takdenya ibu nak belikan kasut hitam tu, ibu bawakkan kasut lama dia yang sekali pakai sebab longgar. Kasut Bata tu ibu beli kat Shopee tapi tak ngam pulak saiznya.
Ibu tulis siap-siap nama dan nombor telefon Wafi.
Mujur jugalah di Ipoh je.. kalau sampai ke Perlis atau Kelantan sana memang ibu tak layanlah. Carilah option lain...
Ibu tulis je.. kalau terjadi nampaknya kena usaha jugalah demi budak comot sorang ni.
26/10/26 bermulalah Pentaksiran Diagnostik Akademi (PDA) SBP.
Ya Allah, permudahkanlah peperiksaan Wafi, tenangkan hatinya, terangilah fikirannya, kuatkan ingatannya, kurniakan kejayaan dan berkatilah segala usahanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲❤️
Labels:
Anak2
Sarapan Lempeng Pagi Ini
Ringkas je sarapan pagi ini.
Hujan dari awal pagi memang malas betul nak turun katil.
Tapi perut berdondang sayang.
Labels:
Main masak2
Saturday, October 24, 2026
Jogja 2026 - Lunch & Dinner Di Resto Unagi & Udang Alam Kreo
Habis trip Candi Borobudur, perut dah tak tahan lapar. Mas Donz bawa ke Resto Unagi & Udang Alam Kreo seperti yang di dalam list. Ibu pun tak expect tempat makan ni macamana.
Labels:
Jalan2
Friday, October 23, 2026
Jogja 2026 - Candi Borobudur
Dari tempat Merapi ke Candi Borobudur mengambil masa sejam perjalanan. Dalam itinerary ada makan di Kopi Klotok tapi Bami dan nenek kata tak lapar lagi. aiseyyyyy.... dah majoriti taknak makan ayohlah terus kan perjalanan. Sejam perjalanan, apa lagi... masing-masing lelapkan mata. Pantang masuk kereta mesti tidur.
Labels:
Jalan2
Thursday, October 22, 2026
Tuesday, October 20, 2026
Marmoris House, UMT l Makan² Ganu
Penginapan 3H2M sempena konvo Bami, ayah book Marmoris House yang terletak di dalam kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hotel paling dekat sebab bersebelahan je dengan Unisza. Jarak 2.5km, dalam 6 minit drive.
Labels:
Jalan2
Subscribe to:
Posts (Atom)



























.jpg)










.jpg)




