Ni resepi spegeti carbonara paling ringkas sebab guna je sos Prego.
1. 1 paket spagheti
2. 1 botol sos carbonara Prego
3. 1 labu bawang besar
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 paket daging ayam kisar
6. 1 tin cendawan butang
7. Garam & gula secukup rasa
8. 2 sudu besar mentega
9. 1 sudu kecil lada hitam
10. 1/2 sudu kecil oregano.
Cara2
1. Didihkan air secukupnya.. masukkan sesudu minyak masak. Masukkan spegheti dan 1 sudu kecil garam. Masak seperti yang dikehendakk sebab ada yang suka "ala dante" dan cukup lembut.
2. Bawang besar potong dadu. Bawang kecil cincang halus. Cendawan butang potong nipis.
3. Cairkan mentega.. masukkan bawang besar dan putih. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan daging ayam cincang. Kacau sehingga air kering. Masukkan lada hitam dan kacau rata.
5. Masukkan cendawan butang. Kacau dan masak seminit.
6. Masukkan sos carbonara Prego. Tambah air. Guna botol yang sama. Agak2 dalam 1 botol atau lebih.
7. Biarkan mendidih dan pekat.
8. Tambah garam dan gula secukup rasa.
9. Masukkan juga oregano.
10. Kacau rata dan siap untuk dihidang.
Warna memang putih je.. kalau nak hias dengan kehijauan dan kemerahan takde masalah.. rasa yang sedap... lemak2 gitu.
Sebenarnya kalau nak terus gunakan sos carbonara tu pun dah ok.. just panaskan je.