Pages

Thursday, August 23, 2018

Majlis Perkahwinan Paksu Syafiq ❤ Maksu Fatin

Persiapan dan majlis.

Bunga telur, sinonim dengan perkahwinan Melayu.

 Goodies bag dah siap hantar ke dewan.

 Table setting.

 2 meja berhias untuk rombongan pengantin sebelah perempuan disediakan pihak caterer. Very presentable.
Ibu tambah mineral dan balang kudapan.

 Pelamin yang ringkas tapi cantik.


Table setting lagi... bawa tradisi orang jawa Klang ๐Ÿ˜€... meja ditambah balang kerepek atau keropok juga mineral. Oh ya.. kalau di Klang ada kuih basah seperti koci atau lemper. Kita bubuh mana yang ada lah di sini.

Itupun ada yang minta kebenaran bawa balik balang kudapan. Ok.. silakan ๐Ÿ™Š๐Ÿ˜†

 Meja makan pengantin. Kemas.

 Ready to be served๐Ÿ˜

 Rombongan pengantin dah sampai. Sebelum tu mereka berkumpul di homestay yang telah disediakan.

 3 beradik. Maktok, Toklang danTokngah.

 Adalah terselit pic with my love.

Barang hantaran dari pihak perempuan.

 Bersama satu-satunya sepupu, Syafwan.

 Jewels.

Family photo... masa ni abang Imi di chalet.

Suruh tunjuk pengantin tapi takyah lah muka tu paling sama... wafi wafi๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Incomplete family haha๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
Anak2 masa ni di chalet berehat.

Alhamdulillah.
Selesai sudah majlis perkahwinan Paksu Syafiq dan Maksu Fatin.
Semoga perkahwinan dirahmat Allah dan bahagia selamanya.

Sunday, August 19, 2018

Paksu kahwin

18.8.2018
Majlis persandingan paksu Rawiwa bersama pasangannya Nurfatin Syuhada di Sik, Kedah selepas solat Asar.

19.8.2018
Majlis di rumah pengantin perempuan jam 12.45 pm

Maksu dengan anak-anak buah. Masa ni nak balik dah.

Ni gulai daging kerbau + batang pinang.

Kenduri di kampung lauk2 memang best. Masa majlis nikah ada gulai rebung + udang, kurma kambing, gulai ayam dan beberapa lagi juadah.

Hari ni pula ada gulai daging kerbau + batang pinang, daging cicah air asam, pajeri terung, kambing bakar dan beberapa juadah lain.

Kenyang la 2 hari ni.

Alhamdulillah.. selesai majlis di pihak perempuan.

Tunggu next Khamis pula.

Thursday, August 16, 2018

Kerenah.di.pagi hari


Entah mengapa merajuk pula Wafi ni pagi semalam. Ibu kena pergi kerja awal. Dah pesan siap2 malam tu.

Pagi tu jam 5.45 am boleh plak Wafi terjaga cari ibu. Katanya tidur malam teringat2 ibu keluar awal, nanti takde sapa nak tolong ikat rambutnya. 

Alahai anak... kan ibu cakap sebelum keluar akan siapkannya dulu.
Bila ibu nak keluar, berjujuran air mata. Nangis beria2.. pertama kali kan ibu keluar awal dari dia. Pujuk2.. baru lah ok walau ada sisa tangisan.

Bila ibu sampai ofis, ayah send video. Alhamdulillah dah ok. 
Macam2 lah kamu ni.

Monday, August 13, 2018

Hari Tanpa Kenderaan - Shah Alam

Bagi bulan Julai 2018, diadakan pada 12.8.18
Secara am diadakan pada minggu kedua hari Ahad setiap bulan. Bagi acara tertentu, akan ditentukan oleh MBSA.
Bulan ni sempena bulan kemerdekaan ada avara2 yang menarik.

Zikir Walk
Sedia untuk berjalan. Seribu penyertaan pertama dapat Tshirt dan tasbih digital.
6.30 mula pendaftaran. Selepas subuh kamk gerak ke Shah Alam. Beratur panjang juga.

Family Cik Elis yang datang lewat sket.. lambat bangun ler tu.

Jam 7.15 peserta dilepaskan oleh Datuk Bandar. Dimulakan dengan kayuhan kemerdekaan baru lah peserta zikir walk.

Ni dah habis berjalan. Ada piknik Dhuha. Disediakan nasi lemak dan teh o.

Bubble juga percuma.

Acara mendeklamasikan sajak oleh 8 orang peserta yang telah dipilih diiringi oleh buskers.
Adiwira lah gitew.
Beria cik elis melompat.

Kosong dah depan pentas utama. Sebelah pentas ada khemah2 pemeriksaan perubatan oercuma, gerai2 pameran dan food truck. Juga ada lagi beberapa acara yang disediakan.

Gigih mereka bertasbih sambil berjalan.

Berani budak2 ni.

Terbaik.

Sijil penyertaan juga disediakan. Hanya tunjuk nombor penyertaan. Tapi nama kena taip sendiri lah.

Program yang menarik. Rilex je bawa anak2 jalan dan mereka pun happy je.

Looking forward for other activities, insyaallah.

Friday, August 10, 2018

Langit Petang

Karya A. Samad Said
Sastera gitu.
Jadi bahasa dan kisah penceritaan memang sarat dengan maksud tersirat dan tersurat.

Semoga istiqomah 2 hari habis baca.

Sunday, August 5, 2018

Pasar Jawa Klang, cendol dan rojak, AEON

Sabtu semalam lepas pulang dari ofis dan zohor terus zass ke Pasar Jawa Klang. Cadangnya nak ke Banting mencari kerepek atau kudapan untuk kenduri paksu. Oh ya.. paksu akan berkahwin beberapa hari sebelum Raya Haji. Majlis di Kulim pada HRH ke 2.

Memikirkan perjalanan yang agak jauh ke Banting, ibu fikir beli sahaja di Pasar Jawa. Mungkin harga sedikit mahal tapi bila dicongak dengan kos perjalanan dan masa, lebih praktikal jika dibeli sahaja di Klang. Lagipun bukan nak beli banyak sangat macam nak jual semula. 

Banyak pilihan di Pasar Jawa ni.. pelbagai jenis kerepek dan keropok yang datang dari pelbagai tempat.. Banting, Sungai Besar? Sekinchan dan sekitar Klang.

Kerepek ubi, pisang, keladi, keledek, sukun, maruku, kekacang dan sebagainya.

 Selesai membeli 4 jenis kerepek dan keropok, singgah minum cendol dan rojak. 2 kombinasi yang tak dapat dipisahkan. Cendol ni sebelah je dengan Pasar Jawa.

Lejen ni.. cendol RM2 dan rojak RM4.
Memang sedap lah.. kena dengan selera.

Sebelum tu pergi Emporium Makan berdepan dengan Pasar Jawa. Tak ada plak cendol.. rojak situ memang sedap tapi pricy lah plak RM6 hehe.. berkira sebab dah nampak yg RM4. Tapi Emporium Makan memang tempat feveret atuk.

Kalau makan rojak mesti teringat atuk.


Alfatihah buat abah, Mohd Shohari Bin Chudi.

Habis cendol dan rojak, bersambung pula ke AEON Shah Alam.. dok mencari Dettol sanitizer untuk Wafi. Dengan HFMD sekarang ni, memang laku keras lah. Watson, Caring, Wellness semua out of stock. Rupa2nya banyak je di AEON. Settled.

Lepas shopink baju Kawi dan makan2, singgah rumah Cik Elis. Solat Maghrib dan Isya. Dijamu pula nasi ayam.. ohh.. penuh perut hari ni.
Alhamdulillah.

Ahad... hari untuk relax2 di rumah. Begitulah rutin nya.. ibu lebih suka selesaikan kerja2 dan jalan pada Sabtu dan seharian di rumah pada hari Ahad.