Pages

Tuesday, February 26, 2019

Hari Penetapan Sasaran/Akujanji SPM 2019

Kali ni hasrat untuk mengikuti program anak2 disekolah tertunai.
Ye lah.. masa Bami dia tak bagitau pun tentang program2 sekolah. Semua nak buat sendiri.. ibu agak kecewa😟

Bila Kawi bagi surat terus ibu log the date.. ayah pun sama.

Walaupun Kawi bukan disasarkan sebagai pelajar sasaran untuk memperolehi keputusan cemerlang... ibu percaya Kawi mempunyai target tersendiri.

Seawal jam 8.30 dah sampai. Kehadiran ibu bapa sangat kurang. Mungkin hari bekerja.

 Selepas selesai akujanji di depan ibu... bapa tukang ambil gambar.

 Sebak.

Waktu ni tersangatlah mengantuknya.. nampak macam fokus tapi mata terpejam😁😁

Jam 9.45 am dah setel semua.
1. Penetapan sasaran
2. Akujanji yang mana keputusan peperiksaan lepas dan target yang pelajar nak capai.
Selepas itu pelajar bacakan akujanji di depan ibu bapa dan guru.

Anak2 masuk kelas sambung belajar.
Ibu bapa bol

Sunday, February 10, 2019

SAHTK - Febuari 2019

Bertemakan warna merah sempena Tahun Baru Cina.

Seawal jam 7 am dah sampai dan dimulakan dengan senamrobik.

Flag off sebelum jam 7.30 am
Seperti biasa bila tiada tshirt disediakan peserta agak kurang. Mungkin juga sebab cuti panjang ramai yang balik kampung atau bercuti2 😀

Stop sekejap di booth acik Safiyah.

Masa ni Wafi masih senyum tapi bila dah mula fun walk, geng bawang takde mulalah muka petak😬😬
Sampai ke sudah tak jumpa Alma sebab dia sampai lewat sikit.

1st hadiah yang ibu dapat. Game susun cawan plastik.
Muka Wafi😀

Muka ibu dan ayah🤣

Ini pula hadiah masukkan gelung getah dalam botol. Kalau boleh semua game cuba. Ada juga game yang tiada hadiah sebab dah habis.. tak kisah yang penting enjoy💃

Akhirnya, dapat juga souvenir potong kayu😆 setelah beberapa kali lalu tapi queue panjang. Jari ni ada rezeki... 2 orang je di hadapan. Jadi peluang tidak harus dilepaskan😊. Sayang... gambar yang Wafi ambil tak begitu jelas.

Kayu2 yang dipotong sebelum ni divarnis dan dilekat fridge magnet. Really love it😘

IKids memang enjoy...biarkan mereka meneroka.

Jam 9.00 am boleh dengar piknik dhuha.
Seronokkan... badan sihat... ilmu dapat.

Bersama Mel Wing dan Amira Ann Lee Abdullah. Cerita tentang penghijrahan mereka.

Pagi ni ada nasi dagang, nasi lemak, kopi-o, aiskrim Malaysia dan kuih. Ibu sempat goreng nugget dan bebola sotong.

Berganda2 seronokkan... sambil dengar kuliah sambil makan. Anak2 boleh bermain di padang. Ada juga disediakan bubble.

Sesi berakhir dalam jam 10.45 am
Sempat bergambar dengan mereka.

Huntonglaaa Iman dapat angpow dari Amira. Makngah jeles ok😆😆

Sempat lagi mereka bergambar di buggy. Adam macam nak bawak je eheheh...

Ok.. last pic.
Cik Elis n Cik Baya masuk free market sebab nenek nak tengok. Patut masuk kena tukar barang kitar semula tapi last2 boleh masuk gak sebab orang pun tak ramai sangat.

Dalam 11.30 dah sampai rumah.. sediakan bahan masak. Malam dah perap ayam. Jam 3 lebih baru makan sebab sebelum tu tidur dulu😀

Karipap homade rekues dari Wafi.
Bye Bami.
Belajar rajin2.. jangan tinggal solat. Bangun awal.
Habis dah cuti mid-sem 10 hari.
Jumpa lagi.


Friday, February 8, 2019

Nota untuk ibu

Pagi ni masa bersiap2 di meja solek terjumpa surat ringkas. Masa yang sama Wafi bagitau ada surat untuk ibu yang ditulis malam.sebelumnya.

Alkisah ibu cakap nak tidur dengan Wafi sebab nak peluk2 gomol2😁
Wafi ckp... ala... ayah dah buka aircond bilik dia.
Ibu buat2 merajuk.. dia cakap.. ok lah.. malam ni tidur 2 bilik.. tidur dengan ibu sekejap lepastu baru tidur bilik sendiri.

Ibu masuk bilik dulu sebab Wafi nak habiskan kerja seni. Ibu pun tak sedar tidur jam berapa.. rasanya terus tertidur. Dah tak.ingat tentang Wafi.

Lepas solat subuh ibu baring2 dan Wafi masuk bilik sambil tersenyum2 dan peluk2 ibu. Ibu pun dah lupa hal malam tadi.

Rupanya dia dah siap2 tulis nota untuk ibu😁😁

You make my day lah little pie😘😘😘

Wednesday, February 6, 2019

2D1N Mutiara Ville Cyberjaya

Plan jalan2 sebab nak bawa abang Imi jalan2 dah lama memandangkan abang Imi kerap tertinggal memandangkan clash dengan jadual kelas.

Main ice skate di IOI City Mall.
Wafi.mula2 je muk ketat.. tapi bila dah dapat rythm berulang kali pusing. Kami sampai agak awal... dalam jam 10.45 am. Memandangkan hari ni cuti tahun baru cina tak ramai sangat pengunjung ketika itu.

Keluar dekat 2.30 pm.. fuhhh.. 4 jam dalam tu.

Entrance fee.
Mad
Masa ni Bami tak join.. bila dah rasa bosan baru lah join adik2 nya.

Ibu baca novel sementara tunggu anak2.

Lepas makan dan beli lauk untuk dimasak.malam maka kita teruskan perjalanan ke homestay.

Kali ni ayah book 3 bedroom di Mutiara Ville, Cyberjaya. Harga promo CNY, RM100.

Jam 6 baru turun mandi di pool. Masa ni Cik Wada dan Cik Fatin dah sampai.

Malam jam 10 baru nenek dan Cik Biela sampai.

Dapur yang disediakan. Tapi owner dah bagitau gas tak pasang lagi.. takpe.. Noxxa tetap akan bawa. Rice cooker disediakan.

Malam masak kari ayan dan sayur kacang panjang... pagi buat bihun goreng.
 Pagi lepas bekfes lepak2 sekejap.. jam 10 am baru turun swimming pool.. diorang je mandi.. ibu malas nak basah2😂

Takde orang lain masa ni.. kami je. Suhu air pun ok.. takde sejuk sangat macam sesetengah tempat.

 Extended check out jam 1 pm.
Kami terus balik.. otw tu masing2 tidur.. kepenatan. Panas betul kat luar.

Sampai dalam jam 2.30 gitu. Rehat2 sambil tengok tv sebelum ibu tido lagi😀

Jam 6 pm terjaga bila ada yang sebut lapar2... ok.. kita ke dapur masak simple2 je.. apa yang ada di dapur. Telur dadar dan sambal sotong. Baru lah perut sukahati🤣🤣

 Lepas ayah balik dari Isya, makan ringan2 di kedai makan kawan ayah... lepas tu cari durian kampung.. kampung pun RM10 sekilo. Makan juga sebab anak2 teringin... ehhh ibu yg teringin gak 😁

Gitu lah cuti CNY.
Esok kerja.. kembali ke dunia nyata😥

Sunday, February 3, 2019

Berita duka dari Sepintas, Sabak Bernam dan jalan2 juga

Seawal jam 2 am, ibu terima panggilan dari acik Rita menyatakan sepupu kami acik Ipah telah kembali kerahmatullah. 2 minggu sebelum tu ibu ada melawat beliau di Hospital Teluk Intan. Masuk hospital 10.1.2019 dan meninggal pada 3.2.2019

Tak sampai sebulan apabila doc diagnose beliau mengidap kanser serviks tahap 4 dan pergi meninggalkan suami dan 6 anak tercinta.

Al-Fatihah.

Seawal jam 6.30 pagi kami bertolak ke Klang. Bawa nenek dan Cik Cha.

Singgah breakfast di Kuala Selangor. Wafi dah lapar sangat🙄

 Sampai jam hampir jam 10 am. Waze bawa entah ke mana2.. kebun yang mempunyai jalan kecil.. aduhhh..
Bila sampai jenazah baru dimasukkan ke van jenazah.

Berkumpul di rumah arwah dan berjumpa sanak saudara. Hampir jam 11.30 am baru kami meninggalkan rumah arwah. Sebelum balik berjumpa dulu dengan suami arwah, Nazri. Semoga sepupu lelaki tabah menghadapi ujian ini.

Balik tu singgah dulu di Restoran Lembah Bernam di Parit 4. Nak makan daging eksotik😆

 Order daging rusa masak black pepper. 200g berharga RM16.
 Ada lagi daging landak, pelanduk, udang galah, belut dan beberapa hidangan lain.
Nenek rekues nak makan daging rusa je.

 Sebab sampai pun masih awal jadi lauk pauk semua banyak.. ulam2 memang best. Masing2 ambil lauk ikan je. Ibu, cik cha dan nenek ambik ikan puyu goreng. Sedap. Ibu ambik juga baung goreng.

Lepas makan, nak cari mangga manis di Mango King. Tapi yang ada mangga biasa rasa masam manis. Beli juga sebab taknak balik tangan kosong.

 Pemandangan sekitar sawah padi di Sabak Bernam.

 Singgah dulu di Muzium Padi aka kilang padi PLS. Pernah datang sebelum ni tapi sebab nak bawak mereka.. dah alang2 sampai situ.
Entrance fee RM5 untuk semua peringkat atau ketinggian 95cm ke atas. Nanti mereka bagi souvenir berupa beras paket yg comel.

 Bergambar dulu sebelum naik.

 Ada bilik tayangan. Masuk ni dalam grup sebab ada tayangan untuk bahasa Melayu, English dan bahasa cina. Tayangan tentang proses penyediaan tanaman sehingga packaging.

Belajar tentang beras.. beras masih ada lapisan kulit, perang dan putih.

 Arkib.

 Kedai lama.

 Nak menjaja ke tu😁

 Mini telaga.

 Barulah elok bergambar.

 Ni kedai jualan di tingkat bawah. Pelbagai beras ditawarkan dengan pakej harga yang berbaloi.

 Packaging kedap udara memang cantik dan compact.

 Seronok gak shopping beras. Ibu beli beras wangi 2kg, RM20 dan beras biasa 5kg, RM13. Manakala Cik Cha dan nenek beli beras perang 2kg, RM10 Harga asal RM16

 Rehat sambil pekena cendol beras.

 Ini di.luar kilang.

 Replika beras yang comel.

 Banyak ikan koi dalam.ni.. rasa nak serok bawak balik😂😂

Berlatar belakangkan sawah padi.

Ok.. selesai.. balik ke pangkal jalan.

Sebelum balik singgah di Pasar Pasir Penambang.. beli kepas sekilo dan sotong 1/2 kilo. Tak banyak dah ikan2 segar srbab dah petang.

Sampai rumah nenek jam 5 pm.
Alhamdulillah perjalanan yang lancar.