Pages

Saturday, June 15, 2019

Baraan dan Open House

Baraan/kunjungan beramai-ramai ke rumah jiran-jiran dah dimulakan beberapa tahun lepas. Kadang2 ada yang geng2 lelaki je baraan. Yang geng2 isteri dan anak2 ikut je kalau di ajak.

Mereka dah start hari Selasa malam raya ke 8 tapi kami raya ke 9 baru join.

 Di rumah Cikgu Niza. Rumah ke 5 dan terakhir malam tu.. perut dah kenyang. Makan buah nenas je.

 Rumah acik Yus dan acik Ana.
Makan megi goreng udang.
Ibu makan sikit je sebab baru berbuka.

 Ni malam Khamis.. lorong kami pula. Dimulakan dengan rumah Cik Rasul.. sedapnya makan ayam rendang diraja bersama nasi impit.

 Ibu order je roti jala dan talam labu udang geragau.

 Rumah Cik Ujang.. makan keropok lekor, keladi goreng, agar2 dan tembikai. Macam2 Cik Ana masak.

Jumaat malam rest.

Hari ni Sabtu sambung beraya jemputan open house.

 Bekam Arrayan di Gombak. Ex student ayah owner tempat ni.

Selepas itu singgah rumah acik Suhaila, collegue ayah di IIC. Jamah sikit je pasta sebab dah kenyang.

Kemudia bergegas pula ke Puncak Alam, rakan sekerja ayah.


Sempat beli durian di tepi RnR.

 Rumah atuk Leh pulak.

Bergambar bersama sepupu2 ibu, anak  arwah atuk Bar.

Esok sambung lagi raya....😀

No comments:

Post a Comment