Anak2 dok minta cornflakes madu.. adeh... malasnya nak buat sebab leceh nak buka2 papercup.
Ibu cakap nak buat boleh tapi uols yang isi dalam papercup tu.
Kalau tak raya pun buat conflakes madu ni juga.
Resepi dari grup MAHN.
Hari sabtu pagi gigih kejutkan anak2 untuk isi dalam papecup.. ibu dah siap2 gaul.
Bahan-bahan
1. 1 kotak Kellogs Conflake (500g)
2. 1 buku Buttercup (250g)
3. 5 SB gula pasir
4. 5 SB madu
5. 1/2 tin susu pekat
6. 1 SK esen vanila (tak letak)
Cara-cara
1. Cairkan butter.
2. Bila dah cair, masukkan semua bahan lain dan kacau rata.
3. Bila dah berbuih2, tutup api.
4. Biarkan sekejap untuk turunkan suhu. Ini bagi elakkan conflakes tadi lemau.
5. Masukkan conflakes dan gaul rata. Ibu masukkan terus dalam kuali. Senang nak kacau. Kalau nak tuang adunan atas conflakes dalam bekas lain pun tak apa. Ikutlah macamana pun😂😂
6. Masukkan dalam papercup
7. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
8. Suhu 175, 5-8 minit (ikut oven masing2)
Bolehlah nak bubuh hiasan atas tu tapi anak2 suka yang plain je.
Ada rasa lemak2 susu tu yang sedap.
No comments:
Post a Comment