Pages

Saturday, June 1, 2019

Meraikan Abang Imi

Petang semalam Bami whatsap ibu result sem 2.
Alhamdulillah.. ada peningkatan yang sangat baik dari 1.
Usaha Bami berbaloi.
Semoga terus istiqomah dan belajar demi Allah.

Walau sedikit kejayaan kita raikan Bami.
Bagi happy2.

Since Bami nak makan western food kita cari yang ok dan harga mampu milik.

Di Nick Gastro, Alam Suria.
Booking sebelum datang.. jadi sebelum Maghrib makanan dah sampai.

Alhamdulillah.

Selepas itu solat maghrib di Masjid Puncak Alam. Tunggu lah sehingga Isyak dan berterawikh di situ.

Balik singgah di Tesco Puncak Alam.
Belikan Wafi baju dan tudung untuk nenek dan maktok.

Singgah pulak rumah nenek.
Kebetulan Cik Biela, Cik Wada dan Cik Baya tengah buat kuih. Bolehlah tolong-tolong.


No comments:

Post a Comment