Last week kakak Widad ada bagitau yang barang-barang di Poli setelah hampir beberapa bulan tinggalkan kampus sempena cuti sem. Hanya sempat belajar di kampus selama 2 bulan sahaja. Insyaallah bulan 3 nanti boleh masuk balik kampus. Harap Covid 19 berakhir.
Sepatutnya Abang Rahimi yang kena hantar Kawi berdua je. Fuhhh... sebab mengenangkan hanya berdua je Bami dah risau... yang dirisaukan nak borak apa dengan Kawi.
Sabar je lah.. mereka berdua ni kan tak boleh terlanggar bahu😅. Boleh meletus perang dunia ke tiga.
Lalu dipujuknya Wafi dengan pelbagai imbuhan jika Wafi setuju temankan ke Poli. Siap nak belikan barang yang paling mahal dan apa sahaja yang Wafi nak. Fuhhh... sampai begitu sekali dia janjikan bulan dan bintang😂
Wafi biasalah.. mana ada barang yang dia nak sangat. Cuma casing henfon je yang dia mahu beli di Shoppee.
Bila leave ibu approved, bolehlah ibu follow. Ayah pulak nak ikut. Dah macam tu Bami cakap tak perlulah dia ikut. Lebih rela duduk sorang-sorang di rumah.
Ingat nak gerak pagi2 lepas subuh hari Selasa tu. Ayah pulak jommlah pergi sekarang. Tidur semalam di pekan Sabak. Sebelum tu check hotel dulu di Hotel Sri Bernam. Ada kosong lagi.
On the way tu teringat kat nenek.. soh nenek siap2... lagi 2 minit sampai. Sempatlah ayah booking satu lagi bilik.
4 kali book bilik di hotel ni.. 3 kali dapat bilik yang sama. Takde attached room tapi dapat bilik bersebelahan.
Oh ya... malam sampai jam 10 setelah berhenti dinner di Sekinchan. Ingat nak makan di Abah Ikan Bakar tapi bila tengok ramai lagi pelanggan tak dapat makanan lagi, kita cari gerai lain.
Mungkin lain kali boleh singgah.
Selesai urusan Kawi dalam jam 12 noon. Lepas tu shoot ke Tapah. Sebelum tu call dulu Izzat kotlah mereka jalan ke mana2. Jam 2 sampai... lepas tu rehat. Hujan lah pulak. Sedap tidur. Sedar-sedar jam 6. Enaan😅😅😅
Masih sempat satu round.
Lepas maghrib dan dinner terus balik ke Klang. Dekat jam 11 pm sampai rumah.
Alhamdulilllah.... 1 hari cuti yang sangat manfaat.