Pages

Saturday, December 5, 2020

Emas murah

Beberapa minggu ni, rata-rata orang bercerita tentang harga emas yang sedang turun.

Mereka kata harga emas murah. Kawan-kawan ofis pun havoc sama. Ada yang beli online. Ada yang beli offline.

Mula2 tu cam biasa ibu tak ambik port sangat sebab murah atau mahal sangat subjektif bagi setiap orang🤭

Tapi hati meronta-ronta nak tahu.

Gugel sana sini... siap riki2 tentang Gold Accumulation Program. 

Terpedaya juga lah dengan kata-kata yang beli emas ni sebagai investment. Oklah.... semalam terplan nak beli juga. Atleast ada pengalaman beli emas pada harga yang mereka kata murah.

Budget beli cincin je sebab nak peruntukkan satu ribu je. Kalau dapat kurang bolehlah duit tu masuk ke dalam TH atau ASB.

Call Cik Wada dulu tanya kedai emas yang menawarkan harga yang kompetetif. Ada di sekitar GM. Aaahhhh... jauh. Cari je lah sekitar Meru. Takde kuasa lah nak menyeberang daerah. Dengan jarak perjalanan dan masa yang diambil rasa tak baloi.

Singgah je di kedai emas depan Petronas.

Cinta pandang pertama!
RM273/g
Tak murah pun hahaha😂😂😂
Ada baca di grup Lia jewellery RM265/g
Sekarang ni banyak pula iklan kedai emas yang menawarkan pelbagai design emas hiasan wanita.
Teringat beberapa tahun lepas waktu membeli gelang emas di Kedai Wah Chan. Ada diiklankan harga emas yang sangat murah. Bila ditanya...
 ada selected barangan je dengan harga tersebut. Hurrrmmmm... kuasa pengiklanan!

Ibu beli juga cincin tu setelah tawar menawar.
Pejam mata je lah.
Kalau taknak pakai, simpan.

Puas hati dengan design ni.
Nampak tebal dan lebar.

Ehhhh... jari tu yang lebar sebenarnya.

Ok... dah boleh tutup cerita tentang emas ni.


No comments:

Post a Comment