Bila ayah bagitau yang uncle Zaki ajak ke Pulau Pangkor 2 minggu lepas.. ibu macam horayyyyyyy
Ye lah.. dah hampir 2 bulan PKPB di Selangor kan. Percutian ni uncle Zaki payung semua kecuali minyak pergi dan balik.
Jumaat lepas ofis, kita terus shoot. Singgah makan di Sungai Besar dulu. Bila dah malam jalan gelap dan tak berapa menarik. Sampai homestay dalam jam 10.30 pm. Uncle Zaki bertolak jam 4 am dari Putrajaya sebab Amir ada exam.
Kami stay di Tiara Bay. Uncle Zaki sewa 4H 3M, RM1,200.00
Selepas breakfast dalam jam 9.00 am, kami ke Jeti Marina yang berdekatan dengan homestay. Drive 5 minit macam tu. Ikut perancangan nak berjalan kaki je.... fuhhhh... jauh juga kalau nak menapak.
Sementara ayah dan uncle Zaki arrange tiket feri kami ambil gambar dulu.
Dewasa RM7.00
Kanak-kanak RM2.50
Beli siap2 to & fro
AM - adult, tiket pagi
CM - children, tiket pagi
AP - adult, tiket petang
CP - children, tiket petang
Sempatlah kami lepak2 dulu di tepi jeti. matahari pun tak nampak. Cuaca mendung je walau tak hujan.
Tenang je baca buku di sini. Cuaca pun sangat baik.
Sementara tunggu feri.Perjalanan dari jeti Marina ke jeti Pangkor hanya memakan masa 10 minit sahaja.
Sesampainya di pulau, uncle Zaki sewa kereta Unser RM120. Isi petrol RM15
Cuaca sangat elok.. alhamdulillah.
Takde panas dan tiadeea tanda2 nak hujan pun.
Mula-mula tour pusing beberapa pulau sambil pemandu bot beri terangkan.
Ada batu yang kelihatan seperti buaya, gajah dan penyu.
Ibu tak ambil gambar pun sebab dah pernah ambil.
Wafi suka sangat bila bot tu golek ke kiri dan kanan.
Cantiknya Pangkor Laut. Dengarnya sewa 1 malam RM1,500 dan min 3H 2M. Sekarang mereka ada buat promosi RM900/malam.
Kami snorkeling di sekitar Pangkor Laut. Nak turun ke pantai dia memang tak bolehlah sebab itu exclusively for their guest. Ingatkan boleh thats why la ibu beli kudap-kudapan. Jadi kami makan atas bot je lah. Ibu ada beli kerang sebab Haziq nak... boleh pulak kak Wi dan Haziq pulun berdua. ish--ish.. mujur dapat rasa! Kalau tak ibu terjun dalam laut carik kerang hahaha
EO Lemon penyelamat.
Masa naik ke darat, pekerja di mana kami.ambil pakej bagitau, sapu dengan limau. Wahhhhh... good instinct laaa. Lemon kan ada antioksida.
Uncle Zaki terkena kat tangan.
Lepas tu naik banana bot. Sorang RM15 tapi since kita dah ambil pakej mereka bagi RM10 sorang. Yang ini ayah belanja.
Ibu sempatlah menghabiskan bacaan novelog yang tertangguh siang tadi.
Ishhh... ibu geli.
Dok meraung2 dalam air. Penakut hehe..
Semoga kamu cepat berani. Mulut potpet boleh tahan🌝
Cuma satu lah kat Malaysia ni... bila kita ambil pakej snorkeling takde licensed instructor. Yang bawa bot cuma duduk atas bot je. Kalau ada instructor kita konfiden sikit sebab dia boleh tunjuk ajar.
Mujur ibu ada pengalaman 2 kali di Pulau Sabang. Boleh lah sikit. Itu pun tak lama dalam air.
Spot di Pangkor Laut lebih pada terumbu karang manakala di pulau berhampiran Teluk Nipah ada pelbagai spesis ikan.
Tak jelas sangat sebab sekarang musim hujan jadi air keruh sikit. Tapi boleh lah...
Lepas tu naik banana bot. Sorang RM15 tapi since kita dah ambil pakej mereka bagi RM10 sorang. Yang ini ayah belanja.
Pengalaman pertama Wafi dan dia seronok sangat.
Amir dah trauma so dia tak nak naik.
Ibu ingat ada aktiviti pantai... boleh lah berendam dan berenang2 di tepian pantai.. sun bathing ke hehehe..
So, kena follow penganjur lah ya.
Wafi kata dia seronok masa snorkeling di bahagian yang banyak ikan.. tapi tak lama kat situ.. kurang puas katanya. Ibutak lama sangat sebab dah sakit belakang.. mungkin postur badan tak betul masa snorkeling.
Lepas naik banana bot, mandi2 dulu di public toilet yang menyediakan shower. RM1.50 untuk mandi. Macam baru je toilet ni.. ke ibu baru nampak sebab sebelum ni kan kalau datang duduk chalet jadi tiada keperluan untuk mandi di public toilet.
Dah siap mandi semua.. kami lunch dulu di gerai tepi jalan. Kali ni datang takde lah pulak peniaga yang jual apam balik mini. Dok teringat2.
Feri balik jam 5.45 pm.
Oh ya..... tiket pergi simpan ye untuk tunjuk di Kastam. Since Pangkor dah jadi duty free maka barangan yang dibeli di duty free shop akan di periksa oleh pihak Kastam di pintu masuk jeti.
Alaa.... beli pun coklat je.. itu pun sikit. Kastam lepaskan je beg plastik kami. Mereka tak tengok pun.
Corelle yang 1 set 16 pcs dijual dengan harga RM199. Tak beli pun sebab design biasa je dan takde niat pun beli apa2 selain jajan2 dan bilis yang dikirim kawan.
Jam 6 dah sampai homestay.
Bersihkan diri dan lepas maghrib keluar semula untuk dinner.
Uncle Zaki bawa ke sebuah restoren tapi nak dapatkan meja kosong perlukan sejam lagi. Itu baru meja belum lagi ambil ordering. Masa nd homestay, Uncle Zaki cuba call untuk buat reservation tapi talian tidak diangkat.
Alhamdulillah... makanan semua sedap walau kami menunggu hampir 1 jam.
Balik ke homestay setelah membeli sedikit makanan dan minuman.
No comments:
Post a Comment