Habis dah cuti sekolah 2019. Satu bulan setengah rasa sekejap je. Wafi duduk rumah bersama abang dan kakak. Bila kakak ke Tapah dan abang ke Muadzam, Wafi duduk dengan nenek.
Dah tahap 2, sekarang Tahun 4 Alfa.
Pagi bersekolah kebangsaan manakala petang di SRA.
Masih transit di Pintar Sayang.
Van pun sama dengan Cik Ayu.
Hari pertama ibu tak cuti pun... Wafi dah besar, pandai dah setel sendiri hehehe..
Petang jam 5.45 dah sampai rumah.
Mujur ayah ada. Ibu pun rushing balik sebab nak hantar ayah ke Klang Sentral sebab bas ke Kulim rescheduled dari jam 10.30 pm ke 7.30 pm.
Ingat AA flight je ada reschedule, bas pun ada ya.
Since ibu puasa, lepas hantar ayah singgah di Mohd Chan untuk berbuka. Solat maghrib di Petron sebelum balik.
Lepas tu balut buku pulak.. adeh... dah 4 tahun dapat buku baru kan since silibus baru. Mujur buku latihan dah balut haritu. Sepatutnya buku teks dapat masa bayar yuran 28hb, maybe tak sedia lagi tu yang diberi masa 1st day sekolah.
Ingat nak balut untuk jadual Jumaat je, since sambil tunggu Wafi siapkan homework, kita setel kan lah semua. Weekend boleh rehat2 hehe..
Ok.. setel update hari pertama sekolah untuk memori di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment