Sempena cuti Hari Kebangsaan yang ke 63, ayah book penginapan selama 3H 2M di Oakwood Hotel & Residence. Melalui booking.com berharga RM120 semalam.
Sementara ayah check in, kami tunggu dalam kereta je. Cuaca panas jadi buka aircond kereta maksimum... bila off kan engine, kipas masih berpusing. Biarkan dalam, rasa tak sampai 1/2 jam bila ayah check balik engin dah off.
Ada 1 bilik dengan 2 super single.
Bilik air yang luas.
View dari tingkat 11.
Seberang jalan ada pasaraya. Kami beli makanan kat sini.
Day 2
Lepas breakfast bawa Wafi turun nak mandi pool. Sekali yang bahagian kanak-kanak cetek je.. yang dewasa paras dada. Memang takleh masuklah since Wafi sorang je. Ibu memang malas nak mandi pool. Naik bilik, mandi dalam bath tub air suam.. fuhhh legaaaa....
Jam 11 am kami keluar ke KLCC menaiki grab dan dari sana menaiki ke LRT untuk ke Pasar Seni.
Kecewa.
Rupanya Pasar Seni dalam proses renovasi dari 1 Jun hingga 31 Aug 2020.
Plan ke 2.
Naik bas pink percuma ke Pavilion.
Nenek mesti dah lama tak naik bas.
Cik Fatin yang ngelat bayar makanan😅
Depan Pavilion.
Takde lah ramai sangat kat sini.
Sempatlah masuk butik Niichi dan satu kedai lain belikan blouse dan skirt Wafi.
Ada pameran kereta sport sempena Hari Kemerdekaan.
Engin Lotus.
Sakura ke tewww.
Berlatar belakangkan KLCC.
Anak sulung.
Anak bongsu.
Lunch kami di foodcourt KLCC.
Ibu murung hahahha sebab soto tak sedap.
Lepas shopping makanan kat Cold Storage, balik terus ke hotel. Dalam jam 3.30 pm tu dah sampai.
Lepas asar ingat nak mandi pool tapi hujan plak. So kita lepak2 je lah kat bilik.
Lepas maghrib kita keluar untuk dinner.
Jalan kaki je ke restoran Wadi Hadramawt. Dekat sangat.
Ambik ni.. main course Lamb Madghout 1kg. Tambah sup, mixed grilled, tea dan mineral. Damaged RM151.00
Alhamdulillah.. semua kenyang. Nenek sukalah sebab nasi arab ni kegemarannya. Ibu nasi2 arab ni biasa-biasa je.. maklumlah tekak Melayu tapi kalau makan boleh je.
Gembiralah tu dapat toast dengan nenek🥰🥰 Gelak lebar gitew.
Grup foto lepas kekenyangan. Portion ni just nice. Balance roti dan teh je.. kita tapau balik boleh buat supper nanti.
Baca review rating 4.5
Malam Cik Fatin gi KLCC dengan kawan-kawan. Takde countdown pun.
Kami tunggu dari bilik kot-kot ada pertunjukan bunga api.. takde juga.. ye lah.. dalam PKPP ni kita akur tiada sambutan.
Walau tiada sambutan secara live tapi kita masih raikan secara maya.
Day 3
Rilex-rilex je pagi ni sambil tonton pertunjukan Hari Kebangsaan di kaca tv. Perarakan tidak dibuka kepada orang ramai.
Jam 11 am check out dan terus ke rumah Cik Elis. Lunch dulu sebelum hantar Bami ke Terminal 17.
Jumpa lagi Bami akhir bulan 9 nanti.
Work smart!