Pages

Wednesday, August 26, 2020

Salad jagung dan avocado

Teringin buat salad ni bila video Natasha dari NatashasKitchen.com lalu di FB. Suka tengok video2 beliau kerana bahan yang digunakan nampak menarik dan colourful. Ditambah pula dengan gelagat beliau yang bersahaja dan ceria. Ahhh.. comel sekali.

Boleh check video NatashasKitchen.com
Banyak masakan yang boleh dicuba.


Salad Jagung dan Avocado

Bahan-bahan
1. 2 tongkol Jagung
2. 1 biji Avocado
3. Tomato ceri
4. 1/2 biji bawang besar
5. 1 ulas bawang putih
6. Daun ketumbar
7. Garam
8. Gula (tambah)
9. Lada putih/hitam
10. 1 1/2 minyak zaitun
11. Air perahan lemon/ limau nipis


Cara-cara
Campurkan bahan seperti di atas.  Perasakan garam gulanya.
Kalau ikut resepi Natasha guna limau nipis tapi kat rumah ada lemon je.

Avocado jangan terlalu masak sebab nakkan potongannya tapi since ayah beli yang sudah ripe, its ok je.

Resepi asal takde gula tapi ibu tambah since rasa terlebih masam. Air lemon tu agak2 dalam 1-2 SB je.. takpun letak 1 SB dulu kemudian sesuaikan rasa.

Daun ketumbar memang membangkitkan selera. Ini 1st time ibu beli sebab sebelum ni memang tak suka bau daun ketumbar.

Kenapa tak suka?
Bau songklong (orang jawa kata)
Bahasa Melayu : kelkatu😅

 So ceria. Tomato tu saje tak potong sebab saiz kecil sahaja.

 Simple. Sedap.

 Tengah prepare dinner, nenek Masi datang. Terus la ajak makan sekali. Tapi nenek takmo makan nasi. Makan Burnt Cheese Cake. Nenek kata tak manis.. sedap jadi nenek makan habis. BCC memang tak manis sebab lebih kepada lemak. BCC tu bake dalam AF je malan tadi.

Yayy... nenek jambali/ratah sayur kacang panjang dan salad.
Ok lah tu nenek... asal nenek nak makan.
Kita serve sekali anggur dan buah oren.

Meriah sikit kalau tak ibu dan Wafi je since ayah balik lambat.

Ok lah...
Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment