Pages

Thursday, June 30, 2022

Mood Berubah

Masa di ofis ibu terima mesej Wafi, katanya teringin makan yang manis-manis. Nak waffle. 
Ting!!!!
Terus teringat ada satu stall dalam Lotus Setia Alam. Boleh lah ibu singgah sebelum balik.
Sekali Wafi cakap nak pergi juga. Aiseyyyy.... kena balik rumah dulu lah camtu. Ibu pujuk untuk beli je tapi Wafi macam nak merajuk.
Ok lah... kita pergi sama2.

Since ada Pesta Makanan Halal Malaysia dan Thai (MATHAF) kat sebelah Lotus, kita singgahlah tengok. Wafi nak teh ais.

Dah beli waffle, duduklah dalam foodcourt tu. Wafi teringin juga sizzling yee mee.

Macam berseleralah makannya.

Sekali....

Baru makan beberapa sudu mi, Wafi kata tak selera pula. 
Mungkin suasana dalam foodcourt tu yang buatkan mood Wafi twist.

Oklah.... jom kita balik tapi sebelum tu singgah semula MATHAF untuk belikan makanan abang Imi dan ayah.

Wafi ternampak kedai jam, katanya nak tengok-tengok. Few weeks back Wafi kata nak beli jam lain sebab jam yang ayah bagi accessories ada yang tanggal.

Kedai jam dalam Lotus.

Pilihan Wafi.

Ibu belikan juga nanti claim dari ayah😀😀.  Semoga dengan adanya jam baru ni cepatlah sikit Wafi sihat sepenuhnya.

Model Casio, RM168 dapat diskaun jadi RM134.

Kakak dan abang kata kalau camni nak demam jugalah.. bolehlah dapat apa yang diingini...

Dah...jangan macam-macam🤣🤣



Wednesday, June 29, 2022

Double Breakfast

Jam 8.30 am baru keluar cari sarapan bila perut masing- masing berkeroncong. Kat bawah hotel ada restoren makanan Melayu. Wafi taknak sebab teringin makan tosei. Camtu kita keluar ke pekan lah pusing-pusing. Restoren Sri Kassim dah tutup kot sebab pintu berkunci. Cari restoren lain.

Restoren Madina

Mi goreng mamak pilihan ayah.. masa dimasak sedapnya bau dia. Bila makan pun sedap.. jarang dapat mi goreng mamak yang menepati citarasa kami.

Kakak nak makan roti telur. Roti lembut. Nice..

Ayah tambah kari kambing.. nampak macam kuah cair tapi bila makan secukup rasa kari tu. Sedap.

Wafi yang teringin tosei garing tapi tak mencapai standard dia. Agak kecewa lantas Wafi order mi goreng mamak juga.

Roti sardin ibu.
Roti tu lembut jadi keseluruhannya memang 👍.

Abang Imi nak makan nasi lemak jadi kita cari gerai lain. 
Masa nak masuk restoren tadi Kakak Widad kedai sebelah jual pau salted egg. Ok lah kita masuk restoren sebelah pula.

Restoren Jom Dim Sum

Kita order simple dish je lah mana yang anak-anak teringin.

Ayah order teh tarik kalau tak silap. Sedap sebab kurang manis.

Pilih... pilih...

Masa kami masuk  2 meja sahaja ada pelanggan.

Lopark. 

Salted egg pilihan kakak.

Comel je serving mereka.

Sebenarnya ibu order chicken claws (kaki ayam) tapi mungkin pelayan tersalah dengar jadi dibawanya chicken floss. 

Aiseyyy... makan je lah... nak tunggu lambat pulak.

3 dish je kami ambil.. perut pun dah penuh. Tak boleh masuk lagi. 

Alhamdulillah dapat penuhi keinginan anak-anak.

Belikan Abang Imi nasi dan lauk ayam di Restoren Kuala Kurau. Ayah beli cucur udang kuah kacang. Macam femes je cucur udang kat area pekan tu sebab ada juga restoren lain yang hidangkan menu sama.


 

Makan Malam di Lazat Station

Dinner kakak Widad suggest makan di Lazat Station. 2 km sahaja dari hotel penginapan. Cadangan asal kakak kata makan di Richiamo Coffee tapi itu kalau nak santai-santai minum kopi bolehlah. Heavy food kurang.

Lazat Station menghidangkan masakan barat.

Nun di sana kaunter bayaran. Sebelah tu kitchen.

Pengunjung mulai ramai.

Setup pun simple je.

Semua benda kakak nak makan hahah

Nasi goreng ayam pilihan Abang Imi.

Grilled chicken dan meatball pilihan ayah. Senyum je lah bila hidangan sampai.. kecil je portion. Tapi bila dah makan sana sini sikit kenyang pula.

Ibu ambil set ayam goreng.

Kakak pilih set chicken chop dan ayam goreng.

Wafi ambil nasi goreng chicken chop. Muncung mulut bila hidangan sampai sebab sos tu sudah bercampur. Wafi kan tak suka sos black pepper. Hampir tidak mahu makan.

Kakak dan abang pujuk tukar ayam tu dengan kakak. 

 Bila semua hidangan dah sampai baru sama-sama makan.

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri.

Lepas makan ronda-ronda pekan Sungai Besar. Kakak teringin makan durian pula.
Ada beberapa gerai yang masih buka walau buah tak banyak sangat.
Dapat makan sebiji durian kampung. Yang ini rasa biasa sahaja.

Sebelum naik bilik beli burger 2 biji. Gerai burger sebelah hotel je. Bau patty burger yang dipanggang sedap sangat. Sebelum tidur kakak dan ayah makan. Yang lain masih kenyang lagi. Sambil melayan cerekarama Langit, kita makan kuaci😁

Monday, June 27, 2022

Bermalam di Hotel Grand Court Inn, Sungai Besar

Setiap kali visit Kakak Widad ayah pasti akan booking Hotel Sri Bernam, Sabak Bernam. Kali ini kita tukar hotel lah sebab kakak kata asyik duduk di Sabak je. Mula-mula nak ke Teluk Intan sebab di sana ada pasar malam. Kakak teingin nak pergi pasar malam. End-up kakak kata tak perlu lah jauh-jauh sampai ke Teluk Intan sana.

Jadinya ayah booking lah Hotel Grand Court Inn di Sungai Besar. Tidak banyak pilihan pun hotel di sini. Sebelum ni pernah stay pada tahun 2018.

Kami sampai menjelang Maghrib setelah pick-up kakak di Politeknik.
Halah... halah,,,, lampu tu pun..
Kenape dah ada Hotel ada perkataan Inn pula?
Bukan kah ia merujuk kepada perkara yang sama.. penginapan😁

Lobi.

Kaunter pendaftaran.

Bilik kami 217.. ayah dah cuak sebab ingat di tingkat dua kena naik tangga hahah..

Bilik paling hujung.
Senang ada iron depan bilik😁.

Ayah ambil 2 queen bed, RM170.00
Bilik luas.

Ada penyangkut camni je. Basic.

TV besar.

Ada 2 biji cawan dan termos air. Mereka tidak meletakkan cerek elektrik sebab di luar ada disediakan water dispenser. Minuman complimentary seperti teh, gula juga tidak disediakan.

Shower di sebelah kiri.

Toilettries lengkap.

Tandas besar dan bersih.

Kiri shower, kanan tandas.

Tingkap di hujung.
Sebelah kiri tu jalan besar.

Hallway.

Water dispenser yang lengkap.

Ini sebahagian dari hotel. Rumah kedai 2 tingkat je.
Bahagian atas tu hampir semua bilik-bilik hotel.
Bawah ada kedai runcit 24 jam, dobi, barber, stall burger... restoren malam tak buka pula.

Ramai juga yang stay hotel ni walau bertaraf 2 bintang.. mungkin sebab tak banyak hotel di sekitar Sungai Besar ni.

Makan Tengahari Bersama Rakan Sekerja

Sabtu, 25.6.2022

Akhirnya plan untuk lunch bersama rakan sekerja terlaksana walau ia agak impromtu juga. Dah lama tak duduk sembang other than work kan...
Mereka decide ke Seoul Garden di Setia City Mall. Ibu follow je lah. Few years back mereka juga makan di sini (masa tu ibu tak dapat join) dan disebabkan ambience yang sangat selesa, ulang juga ke sini.

Pilihaan ke dua Mr Dakgalbi tapi rasanya baru tahun lepas makan situ, jadi kita stick to Seoul Garden.

Buffet berharga RM69 seorang. Walau dibuka jam 11.30 am tapi mereka hanya bersedia menerima pelanggan jam 12 tengahari. Jadi kami booking meja dulu untuk 13 pax.

Since ini kali pertama ibu datang, ambil gambar dulu lah.

Ada pelbagai jenis seafood, ikan, udang, sotong dan beberapa jenis cengkerang seperti pepahat, kepah dan sebagainya.

Perapan daging lembu, ayam, kambing juga ada.

Disediakan juga kaunter premium seperti ikan halibut, salmon, udang harimau, potongan daging lembu dan kambing yang premium dsb.
Ibu baru tau bila dah kenyang.. staff ada beritahu tapi member ibu tak teringat nak abil.
Aiseeyyyy... kena datang lagi ni 😁

Kaunter bebola, sayur-sayuran, cendawan dsb.

Ada juga nasi goreng, mi goreng, popiah sayur goreng yang sedap, kari ikan, sup cendawan dan ikam dori goreng.

Pelbagai jenis sos pencicah, sambal kicap dan lain-lain.

Juga pelbagai jenis minuman sejuk dan panas.
Sedapnya air lemonade dia...

Dessert ada buah-buahan, jelly, ABC, cendol dan pelbagai jenis aiskrim.

Marilah tengok gelagat officemate bila bertemu di luar.

Mek Kelate , Sal yang cantik.

As dan Sal.

Habib dan Rahmat.

Salinah yang telah bersara 3 tahun lepas.

Mei dan KY.
Mei akan menamatkan perkhidmatan awal bulan Julai setelah berkhidmat lebih dari 10 tahun.

Salinah dan Hana.
Hana juga akan menamatkan perkhidmatan di syarikat awal bulan Julai. Belaiu juga telah berkhimat lebih dari 10 tahun.

Ibu pun nak lah masuk juga.

Assila bersama 2 anak kecilnya.

Gril.

Steamboat.

Nape tu Sal?

Ok.. ramai-ramai meja sini.

Mereka berempat di meja sebelah.

Dok sembang lagi.

Masa ni ibu nak balik dah sebab dah jam 2.15 camtu.
Yang lain masih menyambung makan. Makan perlahan-lahan sambil bersembang memang tak rasa lama.

Ibu kena balik sebab lepas ni akan ke Sabak Bernam pula visit kakak.

Ibu, acik As dan Cik Rahmat telah bersahabat lebih 26 tahun bila kami masuk pada tahun yang sama.