Pages

Wednesday, June 29, 2022

Makan Malam di Lazat Station

Dinner kakak Widad suggest makan di Lazat Station. 2 km sahaja dari hotel penginapan. Cadangan asal kakak kata makan di Richiamo Coffee tapi itu kalau nak santai-santai minum kopi bolehlah. Heavy food kurang.

Lazat Station menghidangkan masakan barat.

Nun di sana kaunter bayaran. Sebelah tu kitchen.

Pengunjung mulai ramai.

Setup pun simple je.

Semua benda kakak nak makan hahah

Nasi goreng ayam pilihan Abang Imi.

Grilled chicken dan meatball pilihan ayah. Senyum je lah bila hidangan sampai.. kecil je portion. Tapi bila dah makan sana sini sikit kenyang pula.

Ibu ambil set ayam goreng.

Kakak pilih set chicken chop dan ayam goreng.

Wafi ambil nasi goreng chicken chop. Muncung mulut bila hidangan sampai sebab sos tu sudah bercampur. Wafi kan tak suka sos black pepper. Hampir tidak mahu makan.

Kakak dan abang pujuk tukar ayam tu dengan kakak. 

 Bila semua hidangan dah sampai baru sama-sama makan.

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri.

Lepas makan ronda-ronda pekan Sungai Besar. Kakak teringin makan durian pula.
Ada beberapa gerai yang masih buka walau buah tak banyak sangat.
Dapat makan sebiji durian kampung. Yang ini rasa biasa sahaja.

Sebelum naik bilik beli burger 2 biji. Gerai burger sebelah hotel je. Bau patty burger yang dipanggang sedap sangat. Sebelum tidur kakak dan ayah makan. Yang lain masih kenyang lagi. Sambil melayan cerekarama Langit, kita makan kuaci😁

2 comments: