Jumaat minggu lepas Kak Widad ajak makan western, katanya nak reward diri sebab tolong nenek buat lemper. Halah².. buat lemper je bukan menukang pun. Bengkek (sakit belakang) katanya 😌.
Balik kerja ibu terus pickup Kak Widad.
Bila ditanya makan kat mana?
Hock Kee.... laaa kata nak western.
Situ ada aglio olia lepas tu teringin juga koay teow goreng. Ritu dah tengok menu.
Jadinya order dua menu yang Kak Widad teringin dan makan share.
Sebab dah suka itu je lah yang ibu order.
Sampai je dah terbau rasa smokey.
Ada hirisan fish cake dan taugeh. Udang besar dan fresh. Nampak Kak Widad berselera makan.
Seafood Mushroom Aglio Olio kat sini ibu suka sebab ia tak kering. Ada macam kuah sikit. Cendawan ada dua jenis iaitu shitaki dan shimeji. Seafood pula udang, sotong dan isi kepah yang segar².
Aglio ada rasa sedikit pedas dan taburan bawang putih beri rasa aroma.
Setakat ni, aglio olio paling sedap ibu makan. Ibu boleh compare sebab biasanya Kak Widad akan order aglio olio bila ada menu ini dan ibu cicip sedikit. Kadang tak teringin pun sebab nampak terlalu plain.
Disebabkan Kawi tak makan udang, puaslah ibu makan udang-udang tu semua 💃💃
Terima kasih Kak Widad tolong nenek buat lemper. Lepastu hantar pulak kat rumah kawan nenek yang order.
Sementara start intern bulan depan, Kak Widad dok masak untuk ibu ayah tiap² hari. Tapi ada hari ibu beli makanan bagi Kak Widad rest.
Kak Widad minta bungkuskan egg tart... jadi ibu ambil original 2 dan satu lagi taro/keladi. Kalau taro² ni bertambah suka lah anak². Eggtart original satu untuk ibu.
Kak Widad minta bungkuskan egg tart... jadi ibu ambil original 2 dan satu lagi taro/keladi. Kalau taro² ni bertambah suka lah anak². Eggtart original satu untuk ibu.
Ibu rasa sepotong sikit eggtart taro.
Ingatkan penuhlah taro tu, rupanya bahagian bawah dan topping je, filling tengah still telur.
Tapi curious juga.. tang mana rasa taro nya🤔🤔
Pergi dapur semula, satu eggtart original dah gone, rupanya ayah ambil. Ok lah, simpan satu lagi dalam peti sejuk dulu ingat nak makan esok pagi. Sekali buka fridge... aikkk lesap juga. Rupanya Bami makan.
Adehhhh... ingat orang diet tak nak makan, rupanya tergoda juga🤭🤭🤭. Haa makan je lah.. lenkali ibu beli lagi.








hehe Bami tak tahan dengan godaan tart telur..bukan Bami je sini 1 rumah peminat tart telur..yang konon nak diet bila tengok ada tart telur pun tiba2 boleh lupa bab diet
ReplyDeleteBerhantu egg tart tu🤣
DeleteKaya butter toast jugak menambat mata. Ehh egg tart pun sedapnya.
ReplyDeleteBiasa masuk kopitiam mesti memanggil² butter toast dia😆
DeleteAik bila pulak saya kidnap egg tart tu ..AYAH
ReplyDeleteAikkk.. siapa pulak yang ngambik😳😳
DeleteTerus google apa tu lemper. Balajar nama makanan baru harini.
ReplyDeleteHor Ka Sai dia tu nampak padu sedap betul.Kuetiau kalau ada smokey² tu sedap macam CKT Penang kena api besar tu kan. Mewah rencah aglio olio ni. Tapi dalam gambar nampak kering sikit. Tapi in real dia tak kering ek, okaylah kena dengan selera.
Cantik KaWi. Rajin pulak tu memasak. Sejuk hati ibu.
Rare tu egg tart taro. Tak pernah jumpa lagi. Kalau ada pasti beli sebab suka keladi. Tapi failed lah pulak tak ada rasa keladinya ek.
Orang diet lupa apa itu diet agaknya. hihi...
Lemper tu takleh nak tukar dalam BM sebab tak tau heheh..
DeleteTak pernah dengar lemper. Nampak sedap tu kuetiau udang besar.
ReplyDeleteOrang Jawa je kot buat dan makan Cie. Akak tak pernah jumpa dijual. Biasanya buat time² kenduri.
DeleteNenek open order lemper la.. sedapnya..
ReplyDeleteBaru tahu "bengkek" means sakit belakang juga..
Ingatkan "bengkeekkk" yang sakit hati tu.. hahaha...
Kalau orang order mak buatkan.
DeleteSebutan nya lain hehe
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteSelamat dah wak.
DeleteLemper tu tak pernah makan. Bagus Kawi, tolong nenek. Boleh juga belajar buat lemper tu, adalah pewaris nenek.
ReplyDeleteEgg tart memang menggoda kak