Pages

Saturday, August 15, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam Lagi

Jumaat minggu lepas Kak Widad ajak makan western, katanya nak reward diri sebab tolong nenek buat lemper. Halah².. buat lemper je bukan menukang pun. Bengkek (sakit belakang)  katanya 😌.

Balik kerja ibu terus pickup Kak Widad.

Bila ditanya makan kat mana?
Hock Kee.... laaa kata nak western.
Situ ada aglio olia lepas tu teringin juga koay teow goreng. Ritu dah tengok menu.

Jadinya order dua menu yang Kak Widad teringin dan makan share.

Nak juga Kaya Butter Toast.

Hor Ka Sai lagi.
Sebab dah suka itu je lah yang ibu order.

Koayteow goreng.
Sampai je dah terbau rasa smokey.
Ada hirisan fish cake dan taugeh. Udang besar dan fresh. Nampak Kak Widad berselera makan.

Seafood Mushroom Aglio Olio kat sini ibu suka sebab ia tak kering. Ada macam kuah sikit. Cendawan ada dua jenis iaitu shitaki dan shimeji. Seafood pula udang, sotong dan isi kepah yang segar².

Aglio ada rasa sedikit pedas dan taburan bawang putih beri rasa aroma.

Setakat ni, aglio olio paling sedap ibu makan. Ibu boleh compare sebab biasanya Kak Widad akan order aglio olio bila ada menu ini dan ibu cicip sedikit. Kadang  tak teringin pun sebab nampak terlalu plain.

Disebabkan Kawi tak makan udang, puaslah ibu makan udang-udang tu semua 💃💃

Terima kasih Kak Widad tolong nenek buat lemper. Lepastu hantar pulak kat rumah kawan nenek yang order.

Sementara start intern bulan depan, Kak Widad dok masak untuk ibu ayah tiap² hari. Tapi ada hari ibu beli makanan bagi Kak Widad rest.

Kak Widad minta bungkuskan egg tart... jadi ibu ambil original 2 dan satu lagi taro/keladi. Kalau taro² ni bertambah suka lah anak². Eggtart original satu untuk ibu.

Lorrrr.....penyek dah krim taro tu kena penutup kotak.

Ibu rasa sepotong sikit eggtart taro.
Ingatkan penuhlah taro tu, rupanya bahagian bawah dan topping je, filling tengah still telur.

Tapi curious juga.. tang mana rasa taro nya🤔🤔

Pergi dapur semula, satu eggtart original dah gone, rupanya ayah ambil. Ok lah, simpan satu lagi dalam peti sejuk dulu ingat nak makan esok pagi. Sekali buka fridge... aikkk lesap juga. Rupanya Bami makan.

Adehhhh... ingat orang diet tak nak makan, rupanya tergoda juga🤭🤭🤭. Haa makan je lah.. lenkali ibu beli lagi.

Harga makanan dan minuman.

Bagi pemegang kad Maybank boleh dapatkan diskaun promosi sebanyak 8%.
 

26 comments:

  1. hehe Bami tak tahan dengan godaan tart telur..bukan Bami je sini 1 rumah peminat tart telur..yang konon nak diet bila tengok ada tart telur pun tiba2 boleh lupa bab diet

    ReplyDelete
  2. Kaya butter toast jugak menambat mata. Ehh egg tart pun sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa masuk kopitiam mesti memanggil² butter toast dia😆

      Delete
  3. Aik bila pulak saya kidnap egg tart tu ..AYAH

    ReplyDelete
  4. Terus google apa tu lemper. Balajar nama makanan baru harini.
    Hor Ka Sai dia tu nampak padu sedap betul.Kuetiau kalau ada smokey² tu sedap macam CKT Penang kena api besar tu kan. Mewah rencah aglio olio ni. Tapi dalam gambar nampak kering sikit. Tapi in real dia tak kering ek, okaylah kena dengan selera.
    Cantik KaWi. Rajin pulak tu memasak. Sejuk hati ibu.
    Rare tu egg tart taro. Tak pernah jumpa lagi. Kalau ada pasti beli sebab suka keladi. Tapi failed lah pulak tak ada rasa keladinya ek.
    Orang diet lupa apa itu diet agaknya. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lemper tu takleh nak tukar dalam BM sebab tak tau heheh..

      Delete
  5. Tak pernah dengar lemper. Nampak sedap tu kuetiau udang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Jawa je kot buat dan makan Cie. Akak tak pernah jumpa dijual. Biasanya buat time² kenduri.

      Delete
  6. Nenek open order lemper la.. sedapnya..
    Baru tahu "bengkek" means sakit belakang juga..
    Ingatkan "bengkeekkk" yang sakit hati tu.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang order mak buatkan.
      Sebutan nya lain hehe

      Delete
  7. Lemper tu tak pernah makan. Bagus Kawi, tolong nenek. Boleh juga belajar buat lemper tu, adalah pewaris nenek.

    Egg tart memang menggoda kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang panggil sushi jawa hehe..
      Biasa kat kenduri kampung ada ni, buat secara gotong royong.

      Delete
  8. KSarie first time dengar lemper. Terus la google bagaimanakah rupanya. Tart telur tu kegemaran KSarie juga. Sekali hadap boleh makan 3 ketul. Lepas tu ala-ala terkejut kenapa berat makin meningkat😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... jahat betul kan egg tart tu😆😆

      Delete
  9. Bila dh suka air tu pasti repeat kn

    ReplyDelete
  10. Uwaaaaah beruntung kakak, Kawi tak suka udang 😄. Sayapun kalau anak tak nak udang, saya langsung happy, bisa habiskan 🤭🤭.

    Memang segala menu yg pakai udang, saya pasti suka.

    Egg tart sukaaaa juga. Tp dari dulu selalu beli yg original. Tak terlalu suka yg pakai rasa Macam2 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kadang allergic, jari boleh gatal. Itu yang tak makan. Wafi pun tak berapa suka. Tapi kalau sotong semua berebut.
      Oo Fanny suka sangat udang ya . Kakak kalau ada pilihan ambil sotong. Tak tau nape.. mungkin makan udang banyak² rasa jeleh/muak.
      Egg tart memang sedap yang original sahaja.

      Delete
  11. Time kita diet ni la dia duk tayang makanan kat Hock Kee ni...haihhh...nanti bawak SA makan sini kak...ehhhh...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajom laaaa... bisaaaaa..
      Tempat makan ni kalau nak bawak kawan² memang sesuai, macam² pilihan.

      Delete
  12. ingatkan makanan style kopitiam je yg ada kat menu. western2 pun ada ye.
    macam aneh je taro tart. saya selamanya cinta egg tart je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa yang pelik² takyah lah beli😆

      Delete