Pages

Showing posts with label Kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan-kawan. Show all posts

Sunday, July 12, 2026

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Jul - Dis 2026)

Mari kita sama² meriahkan Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Jul - Dis 2026)

Cara Penyertaan

1. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Julai - Disember 2026).

2. Letakkan banner segmen dan backlink ke entri ini.

3. Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini.

Tempoh Segmen

1. Tarikh mula: 6 Julai 2026 7.00am

2. Tarikh tamat: 12 Julai 2026 11.59pm


Ada masa lagi ni... jom kitaπŸ₯°

Sunday, June 21, 2026

Berjumpa Blogger Fanny Dari Indonesia

12hb ritu Fanny ada email ibu andai ada date yang ibu free pada hari liburannya ke sini. Fanny ada bagi tentatif date, makanya hari ni yang free dan ayah ada untuk temankan.  Pagi lah boleh jumpa di KL sebab tengahari Fanny sudah ada appointment dengan Uncle Gedek & aunty.

Keluar rumah 7 am, drive ke Stesen MRT Kwasa Sentral. Naik MRT ke Stesen Pasar Seni, 30 minit. Jam 8.10 sampai tapi Pasar Seni tak buka lagi jadi ayah cadangkan jumpa kat Restoren Yusoof & Zakhir. Situ je lah yang senang jumpa sebab hotel yang Fanny duduk walking distance je dengan restoren. 

Macam biasa kat restoren gini, ibu ayah order tosei garing & kopi-o manakala Fanny order roti telur dan teh tarik.

Sunday, April 19, 2026

Pemenang Seterusnya..... Teka Berat Mangga

Setelah 2 kali ibu buat entry untuk Pemenang dan Panggilan Terakhir Teka Berat Mangga, Cik Anonymous (2) masih tidak response pada tarikh dan masa yang ditetapkan.  Jadi, ibu batalkan penyertaan beliau. Oleh itu, ibu telah memilih pemenang yang seterusnya yang meneka paling hampir iaitu :

πŸ†πŸ† Puan Hazel (puanhazel.blogspot.com)

Tahniah PHπŸ₯°

Tolong emailkan details contact kepada munahaziaf@gmail.com dengan segera ya. 

Saturday, April 18, 2026

Panggilan Terakhir Pemenang Teka Berat Mangga

Ibu masing menunggu email dari pemenang Teka Berat Mangga.

Pengumuman Pemenang Teka Berat Mangga telah diminta untuk email contact details sebelum atau pada 17/4/2026 namun Cik Anonymous masih belum berbuat demikian. 

Sekiranya Cik Anon masih berminat untuk mendapatkan hadiah, sila email ke munahaziaf@gmail.com selewat-lewatnya jam 3 pm, Ahad 19/4/2026 agar urusan penghantaran hadiah dapat dilakukan.

Jika tiada maklumat diberi pada masa dan tarikh yang ditetapkan,  penyertaan Cik Anon akan dibatalkan dan diganti dengan pemenang lain.

Harap maklum. 

Friday, April 17, 2026

Jumpa Blogger Afzan di SEMSAS

Pertemuan tanpa dirancang dengan blogger Afzan.
Mujurlah masa nak keluar dari parking East Coast Mall ibu buka blog, check email dan bertukar nombor contact dengan Afzan, kawan blog ibu. 

Afzan inform nak jumpa di SEMSAS. 

Sempat lagi Bami candid.
Tu diaaa... apa lah yang disembang, macam biasa jumpa walhal sebelum ni jumpa dalam blog je πŸ˜…


Adik manis ni dah lah pakai lawa²☺️☺️
Ibu berlemuih tepi padang 🀣🀣🀣

Terima kasih Afzan datang jumpa kami... nak sembang lama² pun tak dapat bila masing² ada komitmen. Wafi pun tak dapat jumpa sebab masa tu ada atas padang.

Ibu pulak tak prepare apa² nak bagi sebagai buah tangan sebab impromptu. Jadi kaut je lah apa yang ada dalam kereta, kebetulan ada parcel YL.

Tengoklah macam² yang Afzan ni bagi. Makanan tu semua produk tempatan.
  • Dodol
  • Sambal Hitam rasanya tapi kat bekas tulis Sambal Pahang
  • Bangkit Kelapa
  • Gula kabung
  • Kotak Kraftangan 
  • Brooch Ozel
  • Duit Raya untuk Wafi
Masya-Allah.. sebenarnya ibu baru tau pasal brooch Ozel ni bila nampak whatsapp story cikgu kriket Wafi dua minggu lepas. Teruslah ibu google masa tu. Rupa²nya memang rezeki ibu, dapat brooch kayangan dari Afzan. Cantik sangat.. batunya shining, nengok pun mewah. Ni kena pakai masa special event lah ni... sayangggg.... biasa beli RM20, 100 biji πŸ˜…

Terima kasih Afzan atas semua hadiah yang diberi. Sangat² akak hargai.
Semoga bertambah² rezeki ummi, waled & Pia.

Insyaallah lain kali kita jumpa lagi ya.

 

Thursday, April 16, 2026

Perjalanan Ke Kuantan I Singgah RnR Makan Patin Tempoyak

Hari Sabtu 11/4/2026 seusai solat Subuh, ibu dan Abang Imi bertolak ke Kuantan. Ayah tak join sebab ada program jamuan hari raya ASAS.

Sebelum Tol Gombak... cantik view pagi. Cuaca pun elok. 

Monday, April 13, 2026

Pemenang Teka Berat Mangga

Terima kasih buat kawan-kawan ibu yang telah menyertai  Teka Berat Mangga
Ada 14 orang yang ambil bahagian.

Friday, February 13, 2026

Hadiah Give Away Baju Raya

Alhamdulillah sampai dah hadiah dari Kak Notie sempena Give Away Baju Raya. Ibu terima petang semalam melalui Poslaju.

Wednesday, November 19, 2025

Gift Dari Nureen

Nureen staf dari Business Development Dept last day minggu lepas.
After office jumpa ibu bagi hadiah berupa inhaler/nasal relief dan coklat berserta note dan mini kalendar.

HERE'S A LITTLE SOMETHING FOR YOU
WHEN THEY SAYS "URGENT YA"

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

kihkih.... boleh relate!

Terima kasih Nureen.
Selamat maju jaya di tempat baharu. 
Semoga terus sukses dalam kerjaya.

Friday, September 26, 2025

GA Mencari Saham Akhirat 2.0

Pagi ni nampak kat entry Cie pasal GA Mencari Saham Akhirat 2.0
Teringin juga nak join.
Pertama kali ibu baca blog sajesuka-suka-notie.


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut. Tak susah lah kalau nak join.

1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen.

2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.

3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadiah lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.

4. Pemenang GA Mencari Saham Akhirat 1.0 di kecualikan daripada join. Tujuannya supaya lain orang boleh dapat juga. 

Hadiahnya adalah Telekung travel cotton polyester daripada wafiy collection. Ada 7 jenis color jadi ianya randum lah ye. Rezeki masing-masing.

Jom adik kakak sama-sama join GA ni.

Semoga ada rezeki ibu bawa TT bermusafir bulan depan 😊

Tuesday, July 8, 2025

Hadiah Top Komentar Dari Amie's Little Kitchen

Alhamdulillah sudah sampai hadiah Top Komentar 1 Jan - 19 Jun 2025 Amie's Little Kitchen semalam. Nampak sms mesej dari Gdex pagi, petang balik kerja baru ambil.

Secured betul packagingnya...  berlapis-lapis.
Siap ada bag plastik Tawau Cocoa.

Sunday, April 6, 2025

Hadiah Dari Amie's Little Kitchen

Barulah sempat nak update entry ni. Bulan Mac kan bulan huru hara.. jadi adalah entry yang tertunggak juga tidak sempat untuk menjengah blog.
4/3/2025 ibu sudah terima notification dari GDex tentang penghantaran. 

Ya Allah.... macam-macam yang Kak Amie bagi.
Masih ada rezeki ibu untuk terima ole-ole, last sekali di sini.

Key-chain negara Portugal. Kena tunjuk kedua-dua side ni πŸ₯°

Fridge magnet dari Morocco.

Hand & nail cream La Chinata ni produk dari Spain.
Mengandungi extra virgin olive oil. Sedap baunya.
Dah siap2 masuk dalam handbag sebab sebelum ni bila dalam kereta terasa kering tapak tangan. Dok cari-cari dalam kereta takde lotion. hahhh.. letak terus dalam handbag, senang.

Pouch dari Sabah.

Ni lah kot kopi Tenom yang selalu Kak Amie bancuh.
Harum je baunya.

Selain dari teh Sabah, pastinya penduduk Sabah turut berbangga dengan produk kopi Tenom mereka.

Haaa... beg kecil hijau tu dah selamat sampai Sungai Petani... Wafi guna untuk letak toilettries dan barang mekap dia. Sedang elok saiznya. 

Terima kasih Kak Amie sebab berkongsi rezeki.
Semoga terus diperbanyakkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk meneroka negara lain πŸ’ƒ

Friday, September 20, 2024

Travel Seorang

Kalau ikut jadual jam 10 malam ni ibu akan bertolak ke Changlun menaiki bas sebelum ke UUM. Ayah, Bami dan Wafi dah sampai tengahari tadi.

Ibu taknak ambil cuti untuk sertai mereka jadi naiklah bas sorang². Trip ke UUM naik bas selepas 28 tahunπŸ˜„

Baru dengar tadi bas ni akan ke Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar dan Changlun.

Rabbi Yassir Walatu'assir❤
 

Saturday, July 13, 2024

Majlis Perkahwinan Adib & Fy di Majestic Hall, PD

Lepas makan kat Kafe Kampung Kaw tu kami terus menghala ke Majestic Hall, Port Dickson. Tak jauh pun.. masa kami sampai dah 12.30 tengahari. Mula² ingat nak jalan² dulu killing the time tapi tengok timing sedang elok kalau kami tiba di dewan. Officemate ayah pun sudah ada yang sampai.

Disebabkan baru lepas makan, kami tak ambil nasi lauk kenduri. Sekadar menjamah sedikit kuih, keropok, buah dan bubur pulut hitam. 

My syurga

Nenek... nenek... pandang kamera la

Pengantin baru sampai, about 1 hour juga kami tunggu. Bolehlah tunggu kawan² lain untuk bergambar kenangan.

Ayah dan CEO-nya.



Sebahagian officemate ayah yang hadir ke majlis Adib & Fy.

Seronoknya bila attend majlis perkahwinan jauh dari rumah dapatlah kami berjalan² makan angin😁

Ambil kesempatan untuk bercuti² ke Port Dickson. 

yehaaaaaa🀩🀩

 

Sunday, May 26, 2024

Menyantuni Majlis Perkahwinan Raf & Fik

Tengahari ada jemputan majlis perkahwinan staf ayah, Raf di Kuala Lumpur. Sudah berjanji dengan kawan-kawan lain untuk berkumpul jam 12.30 hari.

Wafi pun dah lama tak pergi majlis wedding 😁. Kenalah ikut sebab tempat pun jauh. Kadang kalau dekat-dekat rumah Wafi taknak join.

Baju yang Wafi pakai tu baju ibu, sebelum ni kakak pakai.
Hurmmm... mujurlah baju tu dah mengecil πŸ™„πŸ˜Ž

Seronok ibu tengok Wafi makan berselera sekali.

Sunday, February 18, 2024

Makan² Di Kafe Mayang Sari, EDC

Lepas kami jalan-jalan dalam UUM, singgah pula di Kafe Mayang Sari. Kafe ni terletak di Executive Development Centre (EDC), UUM.

Hotel EDC, UUM.
Pernah menginap di sini few times masa kolej ayah JV dengan UUM.

Menu yang ada.
Harga affordable.
Teringat masa duduk EDC kami order room service, fresh orange dan fish and chip.
arghh... sedap

Minuman yang ada.





Cuaca yang panas di luar, masing² order yang sejuk².

Semua order light food je.

Fish and chip.
Berebut nak makan fries.

Char Kuey Teow.

Honey Chicken Wing.

Add on Fries bila tak cukup mengunyah.

Lepas makan tu kami gerak balik tapi sebelum keluar dari Changlun kami bungkus Nasi Ayam Ayam Bakar Kak Jah atas suggestion Tok Ngah. Portion ayam yang besar dengan harga RM10 sangat berbaloi. Patutlah kedai tu viral. 

 

Saturday, April 29, 2023

Tetamu di Hari Lebaran Ke 8

Kita tak adalah nak buat open house tapi kalau ada rakan atau saudara yang mahu berkunjung ke rumah sangat lah kami hargai.

Budak2 pun tak ada eh nak datang ke rumah kami, adoiii...
Raya pertama di rumah nenek.
Raya ke 2 - 4 di Kulim.
Raya ke 5 - ayah kerja dan kita berempat ke luar selesaikan beberapa perkara.
Raya ke 6 & 7 - ibu kerja.
Raya ke 8 baru ada tetamu... ok lah.. logik!
😁😁😁

Tetamu datang sebelah petang. Hujan pula di luar sana. Bolehlah lama berborak-borak.

Dari kiri : Uncle Jiwa Rasa, Ayah, Uncle Bad dan Uncle Hairil.

Dari kiri : Ibu, Auntie Sue (isteri Uncle Bad), Aisyah dan Auntie Rosni (anak dan isteri Uncle Jiwa Rasa).

Semoga tetamu yang datang tidak serik untuk kembali ke sini lagi.

Bila tengok jemputan Aidil Fitri, Sabtu dan Ahad sehingga 13hb dah ada.
Insyaallah kami akan cuba memenuhi undangan.