Alhamdulillah sudah sampai hadiah Top Komentar 1 Jan - 19 Jun 2025 Amie's Little Kitchen semalam. Nampak sms mesej dari Gdex pagi, petang balik kerja baru ambil.
Secured betul packagingnya... berlapis-lapis.
Siap ada bag plastik Tawau Cocoa.

Beberapa kali dah ibu terima pemberian dari beliau.
Setiap kali sampai package keriangan pasti hati berbunga-bunga.
- Bilis kopek
- Bilis halus
- Pouch dari Negara Brunei Darussalam
- Tawau White Coffee
- Purse manik
- Kain batik
- Fridge magnet Rumah Terbalik
Segan pula bila dapat hadiah ni.. dok komen sebab suka baca blog Amie's Little Kitchen tu.
Bak tagline Jason_jezi "Sudah anda baca... sila komen" π₯°
Tengok belakang packaging ada tunjuk cara nak buat secara panas dan sejuk. Baru ibu tau rupanya kalau 3 in 1 tu boleh buat kedua-dua cara. Biasa minum panas.
Kebetulan nak buka puasa, haaa.. bolehlah try.
Sedap juga minum sejuk-sejuk.. secukup rasa, kurang manis.
End up malam tadi ibu jadi burung hantu π¦
π³π³π³π³
Terang biji mata.... sapa soh minum kopi waktu malam.
****************
Terima kasih Kak Amie atas hadiah yang diberi.
Mudah-mudahan Allah sentiasa perluaskan rezeki akak sekeluarga.
Teruskan menulis dan berkarya π₯°
Tahniah juga buat rakan-rakan blogger lain yang awesome ππππ
Tahniah kak..
ReplyDeleteTerima kasih Sueann π₯°
DeleteTahniah kak...pas ni minum kat opis, jgn minum malam kang x tido plak
ReplyDeleteTerima kasih SA π₯°
DeleteSendiri cari pasal hehe... masalahnya kan... akak minum kopi kat opis pagi.. lepas tu masa lunch takleh tidur pula. Nak juga ambil nap. Mungkin kena minum selepas lunch. Itu yang jarang ambil kopi campuran padahal hati membuak-buak nak minum sebab tak tahan dengan aromanya yang wangi.
Tahniah kak....mantap laaaaa ... Minum malam susah laaaa nak tido..
ReplyDeleteTerima kasih MT π₯°
Deleteekeke... padahal dah tau... tapi bila nampak kopi gini tak beringat.
Alhamdulillah..rezeki tu...Linda nie takde pula boleh tahan mata..minum kopi pun ngantuk juga..hahaha
ReplyDelete*tak ngantuk
DeleteAkak rasa mungkin kalau 3 in 1 atau kopi yang di'bru' boleh buatkan hilang mengantuk. Rasanya kopi hitam tak kot... lepas ni nak buat experimen lah minum kopi hitam + susu atau kopi-o masa malam. Tapi buat masa cuti lah π
DeleteTahniah. Cie punya pun dah dapat. Meriah kan hadiah kiriman kak Amie. Banyak betul.
ReplyDeleteTerima kasih Cie π₯°
DeleteKan... meriah betul. Rezeki siapa yang dapat.
Alhamdulillah
ReplyDeleterejeki dapat hadiah
Terima kasih WP π₯°
DeleteAlhamdulillah.
Alhamdulillah tahniah Kak!
ReplyDeleteSy baru bancuh kopi tu, tapi panas la...lepas ni bole try buat kopi ais pulak
Terima kasih PH π₯°
DeleteHaaa... try lah buat kopi ais pula... pertama kali akak buat dah rasa sedap.
Lepas ni beli 3 in 1 pun boleh buat sejuk pula.
Alhamdulillah... Banyak sekali hadiahnya dari Mbak Amie...
ReplyDeleteDuh Mbak itu tawau white coffee dengan es...terbayang betapa segar saat meminumnya.
Salam,
tahniahhhhhh ibu! Ana pun terima juga dari sis amie. byk betul pemberiannya... ana blm minum lagi Tawau Coffee ehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kiriman dah sampai. Saya pun takut minum kopi waktu petang atau malam sebab susah nak tidur. Tapi white coffee ni saya try minum sejuk petang Ahad balik dari Tawau. Agaknya penat berjalan, eh...boleh tidur pulak malam tu.
ReplyDeleteKebetulan baru lepad minum white coffee tapi tak dapatlah yang dari Tawau tu, special sangat pemberiannya tu. Kami pakai yang cap Kapal Api punya white coffee. Tahniah kepada penerima dan moga murah rezeki kepada pemberi. Jauh2 pun pos!
ReplyDelete