Pages

Friday, May 20, 2011

Rahimi vs Chelsea 2011

Imi : ibu, imi tadi tak belanja.
Ibu : apesal?
Imi : kan imi nak kumpul duit beli tiket.
Ibu : berapa imi nak kumpul satu hari?
Imi : 2 ringgit laaa..kalau 15 hari cukuplah 30 ringgit.
Ibu : abih tu, imi nak makan apa, tak lapar ker?
Imi : imi bawaklah bekal..lagi pun kan imi dah makan banyak kat rumah J
Ibu : ok… tapi air masak jangan lupa minum banyak2 tau.

Itu lah anak sulung ibu.
Tiap kali ada benda yang dia nak, mesti bersungguh2.
Alkisahnyerr ayah nak bawak Imi tengok ini.

Imi & ayah beria sangat nak tengok Chelsea main kat Malaysia.
Tak kisah untuk membayar separuh tiket hehehe.. ayah sponsor lagi separuh.
Ibu sangat sokong apa yang anak2 ibu buat.
Berjimat dan berhemah & pandai menguruskan kewangan sendiri.

Dah nama pun peminat setia Chelsea, ke Cherating pun bawak 3 helai baju Chelsea.. salah satunyer untuk mandi.

Alma admitted

Pagi ni dpt mms dari Cik Elis.
Alaaa... sian nyerr Alma Nur Damia.
Kena acute bronchitis (radang paru2)
Malam2 batuk susah nak nafas, takleh tido lagi..
Admitted kat DEMC.
Cepat2 sembuh yerrr laling Alma.
 Nanti cuti2 bulih main ngan Wafi kat umah atok.

Walker

Dulu BAMI & KAWI berkongsi walker.
Kununnya senang lerr kalau nak gerak2 n bolehlerr belajar berjalan.
Tapi BAMI & KAWI berjalan pun setahun 2 bulan rasanya..
Dulu cetek pengetahuan tentang fungsi walker ni.
Bila kelahiran Wafi, ibu belajar sedikit lerr tentang fungsi walker ni.
Tujuannya untuk menguatkan otot sebelah bawah tapi tidak otot kaki
sebelah atas.
Jadi walker ni lebih kepada menyenangkan baby takyah usaha lebih sebab
boleh tolak dengan kaki lalu walker ni akan melungsur laju.
Walker juga agak bahaya jika tidak dipantau penggunaannya terutama kalau rumah
yang bertangga (rumah kami tak bertangga yerrr.... tangga besi adalaaa....)
Kalau baby dah boleh panjat atau keluarkan diri dari walker sendirian juga boleh
mengundang bahaya.
Tapi apa yang penting, setiap baby gear perlu dipantau oleh orang dewasa
kalau nak guna.
Kat rumah, Wafi belajar berjalan guna apa yang dia rasa boleh.
Kreatif betul Wafi ni.
Tengoklah….
Dia guna bangku untuk bergerak.
Cute betul..


Thursday, May 19, 2011

Merajuk nak makan nasi juga!

sedia utk ke sekolah.. muka masam mcm kena tembak jerrr..

Sekarang ni, Wafi bila balik dari school kalau nampak BAMI @ KAWI makan nasi dia pun nak join sekali.
Hari tu ibu bagi biskut tapi dia merajuk.. menangis..
Hahaha tak puas hati apesal orang lain makan nasi tapi saya kena makan biskut hehehehe..
Adoiiii... awak tu kat school dah makan bubur yerrr.
Bagi juga nasi putih... amboiiiii..... makan tak hengat..kunyah macam ada gigi enam belas batang... ada 4 batang jerrr yerrr...
Cumanya ibu takde la bagi gulai2 @ sambal @ apa2 pedas @ masin.
Tak pelah Wafi asal awak sihat...makan nasi kosong pun jadi laaa...
Tunggu lahhh 1-2 bulan lagi, umur dah setaun lebih baru variety sket yerrr..

Wesak Day, cuti....

Yeayyyy.... cuti lagi 1 hari.
Nikmatnya bercuti bagi orang yang bekerja kan!
Boleh ler mengulit anak2 hehehe..
Ibu n ayah decide takmo ke mana sebab BAMI & KAWI nak peksa start hari Rabu.
Pagi2 (tak laaaa pagi sangat hehehe) dlm kol 9.00 bekfes (lambatnyerr) kat selekoh felda.
Nenek, atok, cik baya, cik bila, cik fatin pun join sekali.
Balik tapau ayam goreng utk lunch sbb ibu malas nak masak lauk ngeeee......
Start kol 10.30 BAMI & KAWI wat revision sampailaaa kol 1.00 tghari.. (in between tu byk lerrr take a break kunun)
Petang plak lepas asar hujan... bunyi guruh/petir kat luar..
Semua kumpul kat family room.. hahaha .. main lerr apalagi..kecuali KAWI ntah wat apa kat bilik.
Ibu plak lipat kain huhuhu.. sapa nak tolong nih!!!!

Aktiviti berjimba2....
pegang tangan semua...

yeayyyy..clap your hand...clap your hand...

Wednesday, May 18, 2011

Biarkan Wafi meneroka sambil belajar

Sekarang ni kalau abang ngan kakak nak belajar, dah tak boleh berdua.
Mesti Wafi pun nak join sekali.
Susah lerr macam ni.. kalau tinggalkan kat luar ngan ayah, mesti ketuk2 pintu jerit2.. nangis2..
Bila bawak masuk bilik sekali, ambik pen/pensil conteng2 buku (takpe lagi), panjat n duduk atas meja (tak boleh jadi ni sbb baby kalau turun nak terjun jer).
Kalau hantar keluar, mula lahh meraung..
Last solution, biar jerr dlm study room tu... biarkan Wafi ni meneroka..
Waktu2 camni lahhh baby nak belajar kan.....

Abang baca suratkhabar pun Wafi nak baca gak.. sambil2 conteng2 lerr apalagi.



Biarkan saja baby meneroka segenap pelusuk...tu nak punggah buku2 laaa tu..sambil kutip2 apa yang patut..

Tu buku latihan KAWI lerr.. pantang nampak KAWI takde..ambikkkk...

Apalagi....nak tolong buat latihan lerr tu...

Nota : asalkan Wafi ceria... kami pun happy...

Buaian

pusing2 dlm buai
Sekarang kena hati2 bila masukkan Wafi dalam buai.
Kena pastikan betul2 tido baru leh tinggal.
Hari tu terkejut sangat bila masuk2 bilik tengok buai cam kosong jerr..mana pegi budak kicik nih!!
Toleh kiri kanan..takde.. suara takde..huhuhu..
Rupanya dalam buai... DUDUK.
Patutlahh kain buai tu mengecik..
Bila nampak ibu, Wafi ni plak bulehnya gelak2.
Syok agaknya buai tu berenjut.
eeee... gereammm betul.
Sib baik dia dok diam2, bila ibu ada mula lahhh nak keluar.


nak turun, kena angkat terus sbb
buai boleh jatuh