Pages

Friday, February 8, 2013

Wafi pun lukis macam kakak

Wafi kan suka nau buat apa yang kakak dan abang buat.
Masa kakak widad buat kerja seni pun dia nak buat gak. Kawi dah risau takut2 adik dia dok conteng2 atas kertas lukisan tu.

Ibu pun ambikkan pinggan, cawan juga kertas. Mujur ada extra brush. Picitkan sket jer kaler air tu untuk dia. Terus senyap buat operasi seni dia tu.

Mehhh arrr tengok Wafi lukis.

 

 


ok... dah siap... cantikkan!
hihi... puji anak sendiri nampak.
yelahhh... takkan nak puji anak tenuk plak haiyoookkkkk...

Thursday, February 7, 2013

Terlebih ceria sudah...

Tengahari tadi kakak widad call ibu sekembalinya dari sekolah.

Ibu, cikgu dah tukarkan tempat duduk adik balik. Adik duduk dengan Munifah.

Akhirnya, cikgu tukarkan tempat duduk ke tempat asal setelah seminggu menunggu. Ni gara2 ibu tulis surat kepada guru kelas kakak widadlah sebab cikgu kakak widad buat seating rearrangement sewaktu kakak widad cuti sakit beberapa minggu lepas.

1st day kakak widad mc tu, kawan kakak ada bagitau tentang kedudukan terkini. Punyalah kakak widad menangis.. dahlah masa tu tengah demam, tension lah dia. Bertambah2 demam. Hari2 mengadu yang kakak tak suka duduk belakang. Menung panjang mikir sesuatu jer tiap kali ibu pandang.

Sekembalinya dari sekolah selepas seminggu demam tu... tetiap hari muka kakak widad sugul sampaikan minta ibu bagitau cikgu. Tu yang ibu tulis surat.

Alhamdulillah, tanpa sebarang kerenah, cikgu tukarkan kedudukan kakak widad tengah kelas barisan ke-3 instead of belakang sekali tepi tingkap... hadoiiiiii jauh ke belakang tu!

kakak widad kena tumpukan perhatian pada pelajaranlah yer since dah duduk tempat yang disukai tu... cikgu mesti dah aim pada kakak widad kan... yelah.. haritu masa ibu tulis surat tu, ibu buat ayat yang duduk di belakang susah nak tumpukan perhatian pada cikgu.

Jadi, kakak kenalah ambik kesempatan yang ada untuk menuntut ilmu dengan lebih baik.

Sedikit keceriaan selepas episod demam

Beberapa hari sebelum demam seminggu tu kakak widad terpilih mewakili kelas darjah 5 pertandingan nasyid sempena Sambutan Maulidur Rasul di sekolah agama.

Latihan kat sekolah jer pun tapi ibu lupa plak nak bertanya bila masa wat latihan tu. Pertandingan tu pada Jumaat lepas, 01.02.2013.

Petang sesampainya ibu masuk ke kawasan rumah, dari jauh lagi kakak widad dah melambai2 girang.

Ibu, kelas darjah 5 johan nasyid!!!!!

Alhamdulillah... ehhhh... apesal ibu tak pernah dengar adik nyanyi kat rumah? tup2 johan!

 Hadiahnya... botol air eco yang besar 1 liter lebih. ohhh bagus! boleh bawa masa kakak widad ada ko-ko.

 Barulah nampak girang sket selepas banyak hari muram.

hurmmmm.... besar dah anak ibu nih. tapi perangai masih manja!
Tahniah kak widad..
cik wada selalu ejek kawi suara sengau..
cik patin plak cakap cik patin lagi banyak masuk pertandingan..
ok... kakak widad...challange cik patin ngan cik wada tu. (yang perasan suara macam penyanyi yuna tu!)
GO GO GO kak widad!

Tuesday, February 5, 2013

♪ Name of days ♫

♪♫
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat dan
Sabtu
♪♫


♪♫
Sunday
Monday
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
♪♫

Sunday, February 3, 2013

PD Trip 2013 - Day 2

Pagi ahad tu kalau ikut jadual jam 8 am aktiviti pantai bermula. Tapi tau jerlahhhh... masing2 nak melayan mata lah pulak. Last2 dekat jam 9 baru mula. Sib baik pengarah projek aka Cik Wada tak naik angin hehe...  

Rahsia sangatlah dia punya game.. sampaikan emak pun tak dibaginya tengok aturcara game.. poyolah cik wada ni. Ibu malaslah nak bertanya sebab dah ada task masing2 kan... maleh nak pikir semua.

1st game untuk kanak2. Lari sambil kepit belon. haiyahhhh... susah oowhhh...Sian Adnin yang berbaju oren. Tertinggal jauh.. dah dialah yang paling kecik dalam game ni.. Last2 soh dia pegang jer belon tu sambil berjalan.

 
2nd game below 4 yo. Wafi tak beri kerjasama. Ibu kena dukung lah pulak sambil bawak air dalam gelas kertas. Alaa... ibu jalan jer lah.. tak adil pulak kalau ibu yang menang hehe..

 Kak Widad cari gula2.

 Sepatutnya this game untuk below 4yo... tapi hantamlah... mak bapak pun join sekali.

 Susahnya nak melukis dengan Wafi yang tak mahu berenggang. Abang dan kakak yang supportive.

Lukis gambar pasangan masing2. Diorang cakap ibu tak aci sebab tak payah lukis rambut ayah since ayah pakai kopiah... hikelllehhhhh.... penganjur cakap lukis apa yang ada... kalau pakai cermin mata pun kena lukis. Yang Bami soh ibu lukis janggut ayah panjang sket. Buh misai tebal. Hokallohhhh... sibuk jer korang!

Baling belon air kepada pasangan. Nenek pairing ngan cik ujang Cik Elis n Pakcik Zie menang.

 Baling belon air ke belakang plak. Hadoiii.. bestnya tapi ibu tak join sebab Wafi masih tak mau lepas.

 Cik Nora juara kuyup. Asal cik ujang baling belon air ke belakang.. manjang jer pecah hahaha...

Acara penyampaian hadiah plak.. Ni kat parking lot jer waktu nak balik.
Alaaa... hadiah simple2 jer sebab ibu bajet RM30 jerr.. sesaja seronok2. Hadiah pun cik Wada beli kat pasar pagi sehari sebelum pegi.

 Adik menang lari kepit belon.

Yeayyyy.. ibu menang lukis gambar pasangan. alaaaa.... ibu tau mesti menang punya sebab adik2 lain bukan tau melukis pun hahaha... riak sungguh!!! ehhh.. kita mesti tau our own strength kan... Dapat sudip dan penapis.. tu mesti rege RM1-2 kan cik wada....

okkkk... gambar whole family sebelum bertolak balik.

Untuk this trip kami hanya bayar RM100 - RM150 satu family sahaja since kami dah buat family collection RM30 every month. Cukup untuk cover makan dan penginapan. Penginapan 2 villa RM1,050 semalam. Guna duit yang kami kumpul RM750 and the rest tu untuk makan minum dan aktiviti lain. 

Best2... looking for another family trip..

Sambal Goreng Bunga Kantan

Resepi sambal ni ibu dapat dari nenek masa kecik2 dulu. Alaaaa.... ni kira cam masak campak2 jer bila takde sayur kat rumah. Petik jer bunga kantan kat depan @ belakang rumah.. 


 SAMBAL GORENG BUNGA KANTAN

Bahan2
Segenggam bilis
3 kuntum bunga kantan yang sudah mekar – racik halus
Cili padi 8-9 biji (ikut pedas masing2) – potong kecik
6 ulas bawang merah (kalau bawang besar  2 biji) - racik
2 ulas bawang putih - racik
Seinci belacan
Minyak untuk menumis
Gula dan garam
Tempe sekeping (optional) – hiris nipis dan goreng garing
Petai (optional)

Cara2
1.     Goreng bilis hingga garing dan ketepikan
2.     Goreng cili, bawang merah, bawang putih dan belacan. Bila naik bau, masukkan bunga kantan tadi dan masak hingga bunga kantan agak garing. Kalau kurang minyak tambahkan sket2. Kena pastikan bunga kantan tadi garing dan kelihatan keperang-perangan.
3.     Masukkan gula dan garam mengikut cita rasa masing2.
4.     Akhir sekali masukkan bilis goreng tadi dan gaul rata. Sekejap jer kemudian angkat.
5.     Boleh masukkan bekas kedap udara untuk pastikan bilis rangup. Makan dengan nasi panas2.. wallahhhh…. Juga makan begitu saja pun sedap.

Ibu bubuh petai sebab banyak petai dapat dari Cik Ana. Tapi bila taruh petai, bilis cepat lemau lah plak. Tempe takde stok.. malas nak keluar membeli. Masak pun gitu2 jer tapi rasa memang sedap pada yang suka makan bunga kantan. Ada rasa masam sket, manis dan masin.

Kalau guna bunga kantan yang kuncup lebih kan jelah… tapi tu lah bunga kantan yang jual kebanyakannya kan kuncup. Yang mekar setaman ni biasanya kat rumah yang menanam lah sebab dah tak larat nak makan dan tak tau nak buat apa lagi… laksa, asam pedas… laksa, asam pedas..
Haaaa lepas dah cuba buat sambal ni, kompom jenuh menunggu bunga kantan mekar hehe…

Bunga kantan racik ni pun boleh goreng dulu siap2.. simpan dalam bekas kedap udara. tiba nak makan baru tumiskan balik ngan cili dsb.

Friday, February 1, 2013

PD TRIP 2013 - Day 1

Sabtu, 26/01/2013 Shohari Clan telah mengadakan trip ke PD dan kawasan sekitarnya.
Kali ni keluarga ummi Tapah (alasan klise, pakcik anuar keje) dan Cik Cha (alasan sedang mengeramkan anak2 dan juga sedang mengslimkan badan) tak dapat join.

Bertolak jam 7.45 am.
Bekfes kat Warung Puan Halus lagi... tahun lepas dah pegi. 

Belakang tu kanvas biru.. jadi muka tak berapa nak cun arrrr...

Mommy to be dan juga dayang senandung.... pagi tu kuah roti canai masin sket lahh... roti dah sedap!

Singgah Muzium Tentera Darat dulu dalam jam 10 am.

eeee... blouse belang ibu tu ada poket lahhh.. beli sebab nak ke PD.. motif????

Atuk sangat teruja dapat melawat tempat ni. Almaklumlah dulu atuk kan polis sukarelawan zaman2 60-an. Dok ceritalah masa 13 Mei 1969. Dok satu persatu atuk baca info kat muzium nih.. jenuh nak abiskan satu bilik.

Walau dalam keadaan yang belum pulih sepenuhnya, Kawi tetap nak bergambar.. Sian, muka letih jer. Tapi ibu tengok senyuman kakak widad ikhlas jer sebab kak widad yang request nak bergambar.

Sangat gedikkkss hokay bila berpayung untuk bergambar..

Cik Patin terus meminati subjek sejarah apabila dibawa ke muzium ini. cayalahhhh cik patin. Guarantee A lah subjek ni nanti!!!!
Tutup plak terowong ni. Mesti diorang suka kalau dapat masuk.

Semangat patriotik.
Ayah nak menunjukkan kekuatan dengan menolak train. oklahhh... gaya ada walaupun tak se'mm' pun keretapi tu bergerak hihi...

Kak Widad dan Cik Biela jadi konduktor.

Dalam sejam lebih lah di Muzium ni.  Kena tolak awal sebab atuk sudah mau pitam.. perlu kasi makan dan minum cepat2. Sampai di resort takleh check in lagi sebab baru jam 12.10 pm.. orang tak check out lagi.

Kami ke tepi pantai sebelah resort tu jer. Parking kereta bawah pokok, bentang tikar bagai... dan makan. Ada lontong, daging ungkep, sambal udang, ayam goreng juga!!
Alhamdulillah... kenyang. Wahhh... sungguh nyaman ditiup angin pantai...
Ok.. boleh check in hotel jam 1.15 pm.
Kami ke Residence Desa Lagoon Resort lagi.. Bilik 106 (2 bedroom villa-superior) dan 204 (2 bedroom villa-deluxe)
Bilik deluxe tu tak sempat kemas lagi waktu kami check in. Panggil room services, jam2 tu gak diorang bersihkan dan ganti apa yang patut. Part ni memang bagus.
Anak2 sangat tak sabar nak mandi pool. Yang kecik2 mandi sebelah sini jer. Tapi cik alma kita ntah macamana leh terlepas ke sana. Tercungap2 dia.. abang aiman yang tolong selamatkan.

Pool selesa untuk both kids and adults. Masa kami sampai tu, staff tengah bersihkan. Mesti diorang dah tau, kejap lagi budak2 akan terjun tiruk. Ibu jer tengok dari tepi since cuaca panas dan kepala ting tong.

Wafi main dalam sejam lebih jer sebab lepas tu dia agak2 tenggelam.. yelahhh... kat situ ada macam tangga, bila termasuk ke bahagian dalam, tu yang tenggelam. Terus ibu selamatkan hehehe.... heroinlah katakan.. padahal rendah jer pun. Rendah tak rendah, safety comes first kan..

Terus masuk bilik dan bersihkan Wafi. Lepas tu... kasi susu dan tidur....

Malam, tak jadi buat BBQ since kita duduk 1 malam jer. Jadinya masak ler lebih kurang.. sardin, sayur, telur ceplok (mata kerbau) juga sate Willy yang tersangat power dibawa khas dari Kajang. Sate Willy ni takyah makan dengan kuah kacang pun takpe sebab rasa dia dah sedap. Beli sate daging lebih banyak compared to ayam.

ehhh... ekceli resort takde sediakan stove pun, kami seludup dari rumah hehe.. STRICTLY NO COOKING katanya.. tapi diorang sediakan microwave di villa deluxe.. masak maggi boleh lahhh... tapi perut kami kena isi nasi daaa...

ok.. sambung hari ke-2...
bila nak abis upload gambar nihhhh!!!!!