Pages

Sunday, June 7, 2026

Masak² | Makan² I Netflix : Teach You A Lesson

Pagi ni tinggal bertiga je sebab ayah breakfast dengan gang UUM. Ibu buat jompot + bawang cicah sambal sardin. Kopiko 3 in 1. Semua tu hadiah masa FD tempohari dan kebetulan barang dapur tak topup lagi. Tepung dari Cikbaya, sardin dari CikBiela dan kopi dari CikFatin.

Lepas siap buat kerja² rumah ibu layan lah sekejap Netflix nak habiskan lagi 2 episod. Semalam marathon sampai Ep 8. Drama ni baru on air 5hb di Netflix.

Drama Netflix : Teach You a Lesson mengisahkan Na Hwa-jin, pegawai khas daripada Biro Perlindungan Hak Pendidikan yang ditugaskan menangani masalah buli, keganasan dan salah guna kuasa di sekolah. Dalam sistem pendidikan yang semakin gagal melindungi mangsa, beliau menggunakan pendekatan tegas dan luar biasa untuk menegakkan keadilan. Setiap kes mendedahkan konflik antara pelajar, guru dan ibu bapa, sambil mempersoalkan batas moral dalam usaha memulihkan disiplin serta keamanan sekolah. 

Best sangat cerita ni. 
10 episod dan setiap episod ada jalan cerita sendiri. 
Ada bab yang sangat menggeramkan, sedih dan lucu.

Tengahari ibu buatkan bubur ayam untuk Abang Imi... sekali lah yang lain makan bubur. Bami baru pakai braces hari Jumaat jadi 2 minggu ni nak makan yang lembut² je katanya. Ayah balik bawa sup kambing mamak ada sekali roti. 

Petang ayah beli Naan Cheese dan Garlic Sauce. Ini lah dinner kami.

Ibu masakkan ayam untuk bekal Kak Widad balik Jerteh. Tak tau lah masak apa namanya, ibu campak² cili padi+bawang kisar+halia dan serai. Ayam bahagian peha tu ibu perap sekejap dengan serbuk kunyit, sos BBQ dan kicap karamel. Masukkan carrot dan kentang juga daun kunyit. Masaklah berkuah. Esok sampai rumah sewa boleh terus masuk freezer. Bolehlah jadi stok seminggu dua kalau tak jemu😅

Sementara tunggu bas Kak Widad sampai kat Terminal Bas Sani, ibu beli kombo kopi latte + jagung rebus berharga RM10. Ayah kata mahal sebab cup tu semua saiz kecil.

Bas jam 9.30 pm tapi sampai jam 9.45 pm
Mujur sekejap je delay nya. Lepas ni bas ke Terminal Bas Shah Alam kemudian ke TBS sebelum direct ke Terengganu.

Bubyeee Kawi.. balik kampus untuk Final Year Project (FYP).
Semoga terus bersemangat menghabiskan semester yang berbaki sebulan sebelum intern next sem dalam bulan September. 

Insyaallah Abang Imi akan habis intern dalam bulan Julai dan konvo bulan November tahun ini. 

 

No comments:

Post a Comment