Tadi Wafi call dok tanya lah pasal parcel dia. Hari ni pun tak sampai lagi.. adehhhh lah SPX ni, why so slow😬😬
Mengadu juga rasa tak sihat, masuk dorm nanti baru nak makan paracetamol.
Ibu citer kat Wafi tadi Cikgu Fishal share link pasal ceramah anjuran Jab. Pendidikan Negeri Kedah yang diadakan di sekolah Wafi. Wafi tanya ada nampak dia tak?
Takkan tak nampak.. kita & Mia jadi Dulang Girl.
Alamak... kantoiiii. ibu tengok on & off ceramah tu😅
Lepas Wafi letak telefon tu ibu tengok lah balik video.. bahagian akhir², sesi serah cenderhati. Ok.. baru nampak Wafi dan Mia bawa dulang bergilir tapi bahagian tu agak laju. Terpaksalah screenshot cepat².
Dapat tengok sekilas pun jadi lah... terlepas rindu kat budak seketoii ni. Insyaallah Khamis nanti jumpa, Hari Konferensi Waris-Guru-Murid.

No comments:
Post a Comment