Pages

Saturday, June 6, 2026

Balik Sarang

Habis dah cuti sekolah 2 minggu. ETS Wafi jam 10.22 pagi. Kali ni balik ber-6 sahaja sebab Afiqah balik awal parents hantar. 

Kali ni tak bawak balik barang banyak. Ritu bawa baju kotor pun 2-3 helai je termasuk telekung dan cadar sebab Wafi dah siap² basuh sebelum cuti.

Balik sana bawakan bekal nasi dan jajan² dari Family Day.

Nana naik bas ke Tumpat.

Alya balik Pasir Putih.

Wafi kata bestlah adik² cuzzie naik bas, semua sekolah sama jadi boleh tidur sampai sekolah😅

Halahhhhh... awak tu 4 jam dah sampai.

Ibu bekalkan nasi putih, asam pedas pari dan kangkung tumis. Juga kentang goreng untuk makan dalam tren.

Sarapan dulu pisang goreng. Lebihkan tepung sebab semalam ayah habis kan tepung goreng extra. Ibu lupa nak pesan yang tepung tu untuk Wafi sebab malam tu dah pesan nak pisang dan tepung goreng.

Alhamdulillah.. hari ni hantar ke KTM nampak ceria berbanding PB sebelum ni. Masa tu kan nak exam next day nya jadi nampak risau dan sedih.

Insyaallah 18hb nanti ibu akan ke sekolah untuk Hari Konsultansi.

Sebelum sampai rumah tadi singgah Salam Noodles kat Alam Budiman sebab ayah teringin makan Beef Soup Noodle. Ibu request Xinjang Mutton Roast. Beli satu sup je kongsi berdua tapi ambil extra beef.

Balik rumah nak sambung kerja ofis sebab minggu depan nak closing. Team members lain hari ni masuk ofis tapi ibu tak dapat join sebab nak uruskan Wafi. Jadi WFH je lah.


2 comments:

  1. Alhamdulillah .. belajar rajin2 ye Wafi 💪💪💪🥰

    ReplyDelete
  2. Semoga selamat sampai ye anak²...
    Esok turn anak² Sy pula balik asrama 😌

    ReplyDelete