Pages

Saturday, January 5, 2013

Sudah.. sudah lahhh Wafi!

Ni dah malam sangat bilamana Wafi takmau tidur. 
Ibu takdenya nak tunggu.. baik ibu titon dulu. Sib baik ada Bami tolong tengok2kan.. ishhhh..


  


Kalau nak tidur baru lah Wafi cari ibu. Yang geramnya pepagi lah ibu kena kemas toys dia. Wafi kalau dah ngantuk cari tetttt jer lah.. itu toys semua tinggal ggrrrrrrr....

Wednesday, January 2, 2013

Hari pertama sekolah 2013

Hoyayyyy... back to normal. Ibu suka jer hari anak2 sekolah sebab bolehlah bangun awal. Kalau tak selalu adjust alarm clock jer.

Kak Widad, di hari pertama sebagai 'murid biasa'.
Yang pasti, tudung kena bulat yer.

Bami sekolah petang. Kenalah menapak ke depan nun. Siannn... berpanas. Hari pertama, ibu dan ayah temankan ke depan. Sebelum ni kan, ayah hantar pagi, petang nenek ina hantar takdelah ibu risau.

Mulai esok, Bami kena berdikari, naik van sekolah jer. Tak bagi nenek ina hantar sebab nenek ina nak hantar meeja ke SMK Puncak Alam. Route yang berbeza.

Tunggu depan rumah atuk miswan, redup sket bawah pokok.

Anak manja... sekolah agama mintak ibu hantar plak.

Ibu sangat salute pada mak2 surirumah yang menghantar.. mengambik... hantar lagi sekolah petang kemudian jemput balik. Sehari ni pun ibu dah rasa semput hehe..adoiiii mengeluh lagi..macamana nak jadi fulltime housewife nih!!!

Esok ibu dah mula kerja setelah cuti 4 hari..yeayyy..

Tuesday, January 1, 2013

♪ Rama-rama yang indah ♫


google image
♪ ♫
Dari ulat jadi kepompong
Hisab madu kepompong pecah
pomm pomm
Jadi rama
Rama yang indah
♪ ♫

Monday, December 31, 2012

♪ Rasa Sayang ♫

Minggu ni balik dari sekolah, Wafi nyanyi full version lagu Rasa Sayang
Sangat cheeky



♫♫
Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey
hey lihat nona jauh rasa sayang
sayang hey

Rasa sayang hey
rasa sayang sayang hey
hey lihat nona jauh rasa sayang
sayang hey

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Rasa sayang hey
rasa sayang sayang hey
hey lihat nona jauh rasa sayang
sayang hey
♫♫

Sunday, December 30, 2012

Piknik di Riverside, Janda Baik

Very last minute punya plan. Hari Jumaat baru tau! Ingat nak rehat jer this weekend sebab cuti sekolah ni dok berjalan jer.. mengah betul. Rasa cam tak cukup rehat jer bilamana sabtu alternate kerja halfday, ahad berjalan2 huhu..

Perjalanan dari Klang ke Janda Baik tak delah jauh sangat.. Dalam 1 jam 15 minit jer.. Orang takde lah ramai sangat pagi tadi mungkin sekolah dah nak buka, jadi ramai dah ibu bapa  rehatkan anak2 dari sebarang aktiviti.

Pondok yang kami sewa tu berharga RM17 sehari... sekali parking untuk 1 kereta dan tandas. Tambahan RM1 untuk setiap kereta. Murah lah harga tu.. Tak tau lah tempat lain sebab tak survey pun. Ni pergi pun just pegi duduk.. Semua auntie mimi dah settlekan.

 Wafi seronok sangat berendam. Kali ni seronoklah sebab air tawar.

 BBQ pit disediakan tapi uncle zaki bawak sendiri. auntie mimi bawak dapur masak juga.

Cuaca sangat baik hari ni. Nyaman sungguh. Kalau hari hujan, air akan keruh. Air bersih dan sejuk. Ibu tak mandi pun sebab ABC. Kalau tak... mau terjun tiruk dalam tu!

Ada sotong masak portugis.. Lamb terbaikkkkk... sedap sangat.

Menu potluck hari ni nasi lemak, beehoon goreng, ayam bakar, lamb, sotong, sandwich telur dan juga biskut batik.

Sebelum balik tu, Encik Hussien tuan punya Riverside bagi durian, husben auntie mimi kutip sendiri .. makan lagi. Reseki jangan ditolak!

Bertolak balik jam 3 pm... PUAS!

Alhamdulillah... piknik yang menyeronokkan... asal anak2 baik2...
Mungkin boleh repeat untuk kuarga kita plak next time!

Saturday, December 29, 2012

Birthday Picnic

Birthday nenek jatuh pada hari Krismas tiap2 tahun. Tahun ni sempena birthday nenek yang ke 63 tahun, kami sepakat untuk meraikannya di taman bersebelahan Muzium Shah Alam.

Sambutan ala kadar jer sebab atuk admitted kat HTAR. Alhamdulillah, kat hospital atuk baik2 jer. Atuk bagi green light untuk kami berpiknik. Kena tanya dulu sebab takut atuk kecik hati pulak. 

Cuaca baik2 jer tak de panas sangat dan tak hujan. Almaklumlah sekarang ni kan musim hujan.

Sampai2 kat park, kakak widad bawak the cousin melawat kawasan. Panaskan badan sket.

Doa selamat diketuai Pakcik Zie.

Cik Ana tukang jaga air ker tu?
Memasing potluck. Ada nasi lemak, sambal sotong, mee lidi, pasta, nugge, popiah, cempedak dan tempe goreng.

 Lilin tu bebudak yang tiup pun.

Masing2 berebut nak potong kek. Oh ya... kek sponsored by Abang Mi, Kajang. TQVM.

Alhamdulillah, sessi makan2 berakhir jam 12 noon.
Ibu tak dapat ambil gambar banyak sebabnya Wafi dok melekat jer. Tak sihat. Asyik nak merengek jer. No cooperation at all. Bila nak balik baru ok sket.

Semoga nenek diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah.
Amin...

Friday, December 28, 2012

Abang Imi sudah ke sekolah menengah

Pagi ni Bami mendaftar tingkatan satu di SMK Meru.
Sesi pendaftaran dari jam 8 ke 10.30 pagi.
Ibu, ayah, Kawi pergi hantar sekali... kira satu kampung gak lah hehe...
Wafi jer pergi school hari ni.

Besar dah anak ibu nih.

Masuk ke kelas 1 Dedikasi. Punyalah banyak kelas... kalau tak silap sampai ke kelas 1 X.
Waktu zaman sekolah ibu masa tu ada 9 kelas jer... Perdagangan, SRT/SP dan Pertanian.
Bila lalu kelas ibu, teringat zaman sekolah2 dulu..

Pendaftaran berjalan dengan lancar. Jam 9 pagi dah selesai. Semua form lengkap except tak bawak buku rekod kesihatan. Sebenarnya ibu dah salah bawak, ingatkan buku rekod masa kecik dulu, rupanya ada buku biru yang sekolah rendah sediakan. hehe... sib baik cikgu kata hari rabu nanti bawak..

ok Bami.... dah naik sekolah menengah ni ibu harap Bami lebih bertanggungjawab lah yer..