Pages

Sunday, December 10, 2017

KPJ Klang - Day 3

Hari ni ibu lepak2 je... blog walking. Kawi banyak tidur. Rasanya sebab semalam siang tak tidur. Tu yang mengantuk.
Ayah di rumah, Abang Imi di Tapah dan Wafi di rumah Cik Elis. Fuhhhh.... pakej keluarga hidup berselerak  hihi...
Dah duduk dalam bilik... makan tido je lah. Platlet Kawi turun ke 160. Demam sket je pagi tadi. Doktor kata semakin recovering. Sebab esok hari ke 7 insyaallah boleh discaj.

Ayah datang tengahari. Lepak2 je since dan balik lepas asar. Kena datang ke Shah Alam plak hantar swimming suit Wafi. Esok nak ke Wetworld katanya.

Something new tentang pesakit denggi ni.
1. Kawi ada dengue depression. Mood memang swing. Kalau ada adik dan ayah, asyik nak marah2 je.. ada je yang tak kena. Kadang muram.. kadang sensitif.. senyum sket2 je.. ibu buat lawak.. ehhh.. tak lawak rupanya. Suruh makan minum pun boleh buat dia marah. Doktor cakap dengue depression ni salah satunya sebab sendi2 badan rasa sakit dan pesakit rasa tak selesa. Jadi luahan kesakitan tu melalui mood pesakit lah. 

2. Haid/period yang lebih awal. Kalau ikut period Kawi lagi 1-2  minggu. Jumlah darah yang keluar pun kena monitor. Sebab kalau banyak dari biasa dikhuatiri tahap kepekatan darah ni menjadi cair dan kehilangan darah dengan banyak. Ini akan membahayakan pesakit.

3. Kulit pesakit akan ditumbuhi ruam2. Banyak atau sikit bergantung pada badan. Macam Kawi tak banyak... di celah peha dan belakang badan. Seems ia proses oh recovering takdelah risau sangat. Just sapu calamine.

4. Demam denggi ni takde spesifik ubat. Kawi diberi panadol dan drip water je. Minum banyak air. Suhu badan di check every 3-4 hours gitu.

Oh ya.... caregiver pun kadang2 tercabar juga melayan kerenah pesakit hahaha...
Sabar.
Sabar.
Dan sabar.

Nenek mengerjakan umrah

Nenek dah dijadualkan untuk mengerjakan umrah dari 9-19 Dec 2017.
Kak Widad yang excited nak pergi hantar ke KLIA tapi tak dapat pergi. Petang semalam Cik Baya pickup ibu dan Wafi di KPJ. Kalau ikut, ayah kena jaga Kawi tapi memandangkan Kawi nak 'me time' kita turut kan je lah.
Pesan kat nurses yang kita akan tinggalkan Kawi sorang.. anything minta Kawi press the button which cost u hahaha..

Penerbangan nenek dijadualkan pada jam 9.40 malam. Dikehendaki berkumpul pada jam 5.30 pm. Jadi kami bertolak jam 3 pm. Kereta banyak but moving lah gitu.. asar tu dah dekat nak sampai KLIA.

Habis solat dok mencari mana lah jemaah yang lain. Kawan yang pergi sama tak angkat telefon.. adoii... dalam 5.40 baru lah nampak kawan nenek yang pergi sekali. Patut sebelum tu dah konfirm tunggu di kaunter mana.. mebi nenek tak perasan.

 Drivers turunkan kami di balai pelepasan. Syiok arr nampak ramai yang nak gi umrah dari few travel agency.

 Nenek excited.. happy je walau nampak penat.. katanya tido jam 2 am..

 Tiket dan tag.

 Nenek pergi dengan few friends melalui Rabbani Travel and Tours Sdn Bhd. Kumpulan ni ada 48 orang.. next grup bertolak jam 1 am.. so mereka akan berkumpul di Madinah dengan bilangan 200 jemaah.

 Adik beradik yang dapat berkumpul. Tak dapat join, ummi di Perak, Cik Ujang ada family day di Ulu Yam dan Cik Cha yang bertugas di PWTC.

Mural ni baru.. kita ambik pic dulu.

Nenek check in dalam jam 8.00 am. Since dah masuk isya kita solat dulu dan kemudian ke Restoren Adam Lai di Shah Alam. Kita sampai dekat jam 10.15 pm. Masing2 dah lapar. Alhamdulillah .. service cepat dan makanan pun sedap.

Then, Cik Baya hantar ibu ke KPJ.. Wafi ikut Cik Elis tidur di Jln Wak-wak. Tido hospital nanti selsema plak.

Sampai di bilik, Kawi masih berjaga.. dok layan insta lah tew.

So hari ni dia dok tido je hohohoho


Oh yaaaa... nenek naik A380.. kapal terbang besar.. double deck.. kalau ikut tiket nenek ada "U" nenek duduk di upper deck.. huwaaa... ala2 naik bas 2 tingkat gitu.

Tadi minta nenek doakan kami pula dapat pergi.

Insyaallah nenek balik 19.12.17 jam 6.40 pm

Saturday, December 9, 2017

KPJ Klang - Day 2

Sejuk... sejuk..
Tu yang boleh dikatakan malam tadi. Dah tutup aircond pun terasa sejuknya.. kami ok lagi but Wafi lah kesian..
 srottt.. srottt hidungnya. Lepas tu marah takleh tido. Ayah ajak balik taknak pulak dia ni.

Seawal jam 6 pagi ambik darah. Demam sket. Platlet counting turun ke 180. Tak boleh balik lagi hari ni. Kena drip dan monitor. 

Air kosong kena minum banyak2. Kali ni semangat sket Kawi nak minum sebab nurse cakap kalau tak minum lambat baiknya.

 Ni breakfast yang Kawi pilih... roti jala & kari juga air coklat.

 A day before nurse/dietician dah ambil menu untuk breakfast, lunch dan dinner. Bila datang makanan ada siap2 terprint gitu.

 Haha.. takde kerja.. kakak widad soh skodeng sapa ada di luar.. ini view dari bilik.

Ni lunch Kawi... ikan, butter rice, vege dan soup cendawan.. ala2 western yg ada nasi. Sedap... si adik bisik... sedapnya nasi kakak. Nak mintak direct memang tak lah kan sebab nanti kakak marah... haha.. tau pun. Bila kakak tak habis wafi makan semua. Vege ibu makan.  Sup memang kakak habiskan.


 Masa doktor check ada tanya gatal2 tak? Ehhh... memang gitu rupanya kalau kena denggi. Sebabnya tengahari tu masa di toilet Kawi panggil ibu soh tengok kat paha ada ruam2 merah. Ibu cakap nanti doktor or nurse check tunjuk dan bagitau. Mana tau... sebelum tanya, doktor dah tanya dulu. Healing process.
Calamine lotion ni kalau ruam2 & gatal2 memang dibagi ubat ni. Sejuk2 gitu bila terkena kulit.

Pil ni mengantuk kan bila makan. Boleh plak Kak Widad tanya takmo makan dulu sebab taknak tidur lagi... eh ehh kamu ni.. makan2.

Ni dinner Kak Widad. Macam popiah je.. Kata western gitu haha.. Dia taknak makan nasi.. tapi bila datang gitu.. makan sket je.. but the soup licin.

By the way, jam 3 kami tinggalkan Kakak Widad.
Next.....

Friday, December 8, 2017

KPJ Klang - Day 1

Kakak Widad demam since Selasa. Makan ubat ok sket.. awal pagi demam balik. Rabu pagi ibu EL bawa Kawi gi Klinik AnNur. Khamis ibu tinggalkan Kawi n Wafi.. training di KL. Pesan pada Cik Ana tengok2 kan Kawi.  Minta Allah jaga. Siang nampak ok.. petang ke malam hingga awal pagi demam lagi.

Hati dah tak sedap.. awal pagi jam 4 panas balik.. decide ke hospital juga.. risau kot denggi.

Jam 7.45 keluar rumah. Kita menghala ke Columbia Asia Hospital di Bandar Bukit Rajah, dan paling dekat. Check dulu di kaunter since kita nak guna insurans. Aisayyy... Prudential belum dalam sistem lagi.. yang ada AIA dan kalau ada GL dari majikan. 

Hospital dah cantik, moden dan reachable tapi takde rezeki Kawi. Kita terus ke KPJ Klang di Bandar Baru Klang. Ada juga Sri Kota & Pantai Hospital tapi tu dah menuju ke seberang.. macam nak ke HTAR.

Sebab ini 1st time bawa orang sakit ke hospital swasta jadi macam hanky panky sket. Tanya kat counter di suruh ke Admission... kemudian ke GL Verification.. kemudian ke klinik.
Adoii.. rasa macam ehhhhh... ni kan hospital swasta.. janganlah tendang sana sini.. nampak kami tak berduit ke hahaha.. eh eh.
Kami pun tak pasti sepatutmya ke emergency ke kemana dulu since kita nak buat blood test pun.
 Then kami dirujuk ke Dr Lim.. doktor on call. specialist nefro.. tapi beliau pun general practitioner. Risau gak... berapa kena bayar ni kalau x dpt claim.
Tanya di kaunter what about if we go to emergency instead jumpa specialist since kita pun nak buat blood test huhu...
Diorang cakap slightly diff caj on the consultancy but if jumpa medical officer (MO) and then MO rujuk ke specislist become double charge. Ok lah pasrah since doktor pun dah order untuk ujian.

 Ini dalam bilik menunggu doktor. Nampak selesa kan hihi... again.. berbayar.

 Jam 9 gitu baru doktor masuk... ehhh.. klinik Annur lagi awal doktor sampai.
Jumpa doktor macam kena psiko plak. Doktor cakap akan buat test lab untuk virus Influenza since sekarang Daerah Klang ramai kena virus ni. Kawi pun ada simptom tu... demam berpanjangan on & off dan selsema. Kos about RM140.. tu belum lagi ujian darah untuk denggi dan consultation doktor.

Doktor kata samada insurans cover or not bergantung pada keputusan nanti. Ok lah kita teruskan since kita datang kpj pun sebab nak tengok apa sakit Kawi. Keputusan influenza tu dalam 1/2 jam gitu.. -ve. Sebelum tu sempatlah kami gi breakfast di cafe hotel. Doktor tulis report.. takde lah baca laporan tu.. tapi assistant doktor cakap lepas ni admit.. buat ujian darah pula.

Asst. doktor bawa laporan ke GL Verification plak. Ambik masa 2 jam untuk insurance approve dan tunggu katil kosong. Staff cakap balik rumah dulu nanti diorang call jika dah ada katil kosong.. ehhh.. macam tu pulak ehhh.. boleh balik2 plak haha.. ok lah oklah.. takkan nak melangut kat situ.. nak gi sopink bawak budak sakit memang taklerr... tempat terbuka tu. Balik dulu dalam jam 10.45 am gitu. At the same time mesej agen tentang insurance approval tu. Agen pun ada follow-up. Beliau cakap 30 min ke 2 jam boleh approve.

Alhamdulillah... tak sampai 1 hour dah approve but then.. still kena tunggu katil kosong juga.

2 kali juga follow up bila dah sampai rumah. Staff cakap tunggu diorang call. Dalam jam 2.20 tu staff KPJ call.. dah boleh admit.


Sampai2.. terus ke kaunter Admission. Ada form yang kena fill up. Sekejap je dah siap.

Bilik n katil 331. Ini wad bersalin haha.. wad biasa di Level 5. Ini 3A. Bilik 2 katil tapi katil satu lagi di bilik lain since 1 family ni kena jangkitan virus influenza.

Bilik ni kami yang punya haha..

Standard la... air sejuk & panas disediakan.
Haha.. saja tunjuk sebab pertama kali masuk sini (hope terakhir huhu).

Dinner kawi.. apa yang ada sebab masuk lewat dan takde order lagi.. ni vegetarian.. bolehlah Kawi ooiii.. tauhu masak apa ntah.. keras haha.


Picture ni patut kat atas.. susah plak nak rearrange guna hp ni.. oh ya.. ada wifi yer.. ehhhh... poyo.. sepital lain pun ada lah :*)

Complimentary... ada di depan kaunter Admission.

Keputusan ujian darah +ve denggi.. cuma platelet masih tinggi 200++. Petang demam 39.2
Panadol juga yang diberi. Drip air.. dah dua kali masuk.
 Petang tadi ayah balik masakkan sup ketam. Sikit je pun Kawi makan.. bebudak kicik2 pun join sekali.

Biasalah...berkelah2 dalam bilik. Inikan hotel kakak Widad.
Malam ni berempat tido dalam bilik..
Ok.. malam dah.. ngantuk.





Monday, December 4, 2017

Capri by Fraser, Kuala Lumpur - Part 2

Salah satu tujuan bercuti ke Capri adalah untuk menyambut birthday Kakak Widad yang jatuh pada 01.12.2017.
Petang tu sebelum check in kita singgah di KL Gateaway, tak jauh dari Capri.
Kedai kek tak banyak pilihan.. jadi kami beli di Yamazaki je. Ambil cheese cake. Harga RM53.. Rasanya 1/2 kg.

 
Ni je pic yang ada.. masa tiup & potong kek dari hp sapa pun tak tau.. ramai lagi little cousins yang ada.


Dear Kakak Widad, another year has passed and we are happy to see you grow even more beautiful and wiser each year. Our baby, our little girl, our sweet daughter, we love you. Happy Birthday!

Malam tu kakak widad wish nak keluar dengan cik fatin.. ok lah... ke Nexus je. Lepak kat setabak. Ibu pun tak pernah masuk.
Lepas tu jalan ke KL Gateaway.. sekali banyak kedai dah tutup. Balik pandai plak naik Grab Car.

 
Handmade card originally from Alma.

Special gift from cousin and aunties.

Having a daughter is truly a gift from Allah. This also means seeing a thousand rainbows each day and a thousand more reasons to smile every day! Best birthday to your our dear Kakak Widad!

Sunday, December 3, 2017

Capri By Fraser, Kuala Lumpur - Part 1

Family outing 2 & 3.12.2017
Ini kali kedua kami ke Capri By Fraser, KL.. Sebelum ni entry di sini.
Disertai juga nenek, cikfatin, family cikelis, ciknora, cikami, cikbaya & cikwada.
Cadangnya nak sambut birthday Bami dan Kawi. Since ramai yang nak join, ayah booked unit yang lebih besar instead studio unit.
Unit 3 bedroom ni berharga RM470. Kena cari yang best deal lah.
Book melalui booking.com
 
Happy lah dapat holiday with more cousins.

Nenek dah penat.. tunggu sekejap.. ayah check in.

Master bedroom (king size) with toilet.  Sebelah tu 3rd bedroom (single size).

Living room dan 2nd bedroom (queen size). Ada 2nd toilet kat sebelah tu.

Dapur yang kecil.. boleh muat 3-4 orang tapi berlaga punggung la hahaha..


Dining hall yang spacious.

Yeayyyy... dah sampai.
 
Petang lepas minum petang dan solat asar.. bawa kids ke pool. Aktiviti yang ditunggu2.
uihhh... seremm plak nengok tepi tu.. infiniti pool katanya.

Anak2 yang tak sabar2.

Lepas hujan.. ada pelangi.

Kids pool.. kami2 je yang ada petang tu.

Sejuk... lepas hujan dan berada di tempat tinggi.

Mak2 yang tunggu giliran nak mandi. Bagi anak2 puas mandi dulu.

Rilex Nampak.
 
 
Pool di Capri ni best sangat sebab :-
Luas
Bersih
Jakuzi
Tuala bersih dan panas2 juga kuantiti yang banyak.. ada je stok. hehe..
Bilik mandi yang luas dan bersih
Sauna room
Penjaga kaunter yang friendly dan make sure lantai sentiasa dikeringkan
 
Kiranya lepas anak2 mandi boleh mandikan terus dalam bilik air. Ada disediakan shower gel dan shampoo.
Takdelah basah2 untuk turun ke bilik.. pelikkan.. biasa sebut swimming pool bawah.. di Capri pool di atas ye haha..
 
Next entry..