Pages

Saturday, November 3, 2018

Kuantan 2018 - Teluk Sisek, Sungai Pahang, Pasar Malam.Sg Isap

Lepas keluar mini zoo tu cadangnya nak.ke Teluk Cempedak... sebab jalan sesak nak masuk parking, kami patah balik ke area mini zoo untuk ke Teluk Sisek.

Kawasan ni tenang je.. masa ni air surut.

 Macam nak mandi laut je.
Nampak tak laut tu depan lagi.. jenuh nak menapak ke sana.

Main sini2 je.

 Pasir yang halus.

 Cari ketam 🦀 katanya.


Pic terlompat kat sini plak.. ini dah otw nak balik, tetiba nampak kawasan rekreasi tepi sungai... so decide berhenti dan ambil gambar.

 Ini di tepi laut. Sementara tunggu budak 2 tu... kita lepak2 bawah pokok.
Angin kuat... sedap betul. Kawasan ni tenang betul.

 Hoyayyyy... walau dah beberapa kali datang ke Pahang, ini 1st time ambil gambar di sini.

 Masuk maghrib masa ni.

Destinasi terakhir... Pasar Malam Sg Isap.
Sama je barang yang dijual di pasar2 malam lain.
Beli makanan untuk makan di homestay.
Cukup untuk hari ni.
Letih tapi best.

Kuantan 2018 - Mini Zoo Teruntum

Selepas majlis kenduri tu memang dah plan untuk ke Mini Zoo Teruntum... dalam 1/2 jam boleh sampai. Terletak berdepan Kelab Golf.

Entrance fee :-
Dewasa - RM2
Kanak-kanak - RM1

Dibayar masa masuk parking.

 Jam 2.30 pm masuk zoo😁

Burung merak tak nak kembangkan sayap.
Kandang haiwan memang banyak tapi haiwan dalam tu takde😥
Ke kami tak jumpa apa haiwan dalam tu🙃

 Kawasan takdelah besar sangat.. just nice untuk berjalan2.

 Besar betul pokok bunga kertas ni.

 Sekawanan rusa.

 Burung unta yang togel.. dalam kandang tu ada 3 ekor.

 Ada iquana hijau dalam tu.

 3 dara pingitan dan 3 ekor iguana hijau 🤣🤣

 Ada buaya dalam tu.

Tempat pembiakan buaya... dulu lah.. sekarang buaya pun macam takde mood nak berkawan dan mengawan😣

 Geli mak!
Kawi dan ular albino.

 Nampak tak ayah kengerian.... pegang ekor je😂😂

Ibu ambil gambar... main snap je banyak2 sambil pejam mata😜😜
Geli!

Memerang ada 7 ekor.
Kolam bersih tapi mungkin memang bau memerang tu yang semacam.
Suara haiwan tu macam tikus.

Oklah.. sambung ke destinasi seterusnya.

Kuantan 2018 - Hari Persandingan Acik Nurul

Kami datang makan ke.. sedap masakan kampung yang katering masak. Biasa kalau kenduri kahwin kan masakan ayam merah, kuah dalca, daging masak hitam.. tapi kali ni masakan kampung... memang terbaik.

Sukalah sebab ada orang mekapkan.. sapa lagi kalau bukan Kakwi.

Bersama pengantin sementara menunggu pengantin lelaki sampai.

Cek mek ni sibuk je pujuk soh cepat sebab nak pergi mini zoo.
Tunggulah nak oiii

Kuantan 2018 - Pernikahan Acik Nurul

2.11.2018
Perjalanan bermula jam 2.15 pm
Ambik nenek dulu... lunch express sebab semua dah lapar... nak tunggu berenti di Twmerloh karang semua masuk angin. Sempatlah ibu goreng telur.. mujur nenek dah masak nasi.
Sebelum Batu Caves, jalan jammed sikit.. @Inche Jalan Rebung dah bising😬

Perjalanan smooth, cuaca mendung.. hujan di beberapa kawasan.
4.30 pm berhenti di RnR Temerloh. Makan sikit2.. ehh.. berat gak sebab kami makan patin masak tempoyak. Kali ni ambik patin buah, sekeping RM15. Patin buah ni isi lembut.

 Terjumpa pula wife unimate.. bergelar datin tapi down to earth la walau 1st time jumpa.

Sampai di homestay jam 7.30 mlm.. letih lah juga walau duduk je dalam kereta.

Lepas isyak ke rumah cik Zie.. cik Nurul nikah malam ni.

 Juadah istimewa... laksam.. memang sedap😚
Ada juga bihun sup dan kuih muih lain.

 Alhamdulillah....sekali lafaz. Dinikahkan oleh Cik Zie sendiri.

Wafi sampai2 terus ke rumah pengantin.. sabar je lah.

Tahniah Nurul & Hadi
Semoga bahtera perkahwinan yang dibina mendapat rahmat dariNya.
Bahagia sehingga jannah.

Abah : Sentiasa dalam hati kami

Jumpa dalam draft juga.
Gambar2 atuk RAWIWA semasa di hospital.
Al Fatihah buat 
MOHD SHOHARI BIN CHUDI
SEMOGA ALLAH KURNIAKAN GANJARAN DI SYURGA. AMPUNILAH DOSA2 NYA.. TERIMALAH AMALAN DAN KEBAIKAN YANG TELAH DILAKUKANNYA.

Di wad kecemasan.

Masa ni abah di wad kecemasan. Mak tunggu di luar.

Ni peritoneal dialysis. Mak jadi misi.

Wad 8A. 2015. Abah meninggal di wad yang sama 2 tahun kemudian😭

Happy Kawi dapat jumpa atuk.

Ini baru transfer dari kecemasan. Belum dapat katil proper... terpaksa camni... biasalah HTAR... pesakit ramai.. tapi kami dah biasa. Rawatan tetap terbaik.

Tak ingat katne...

Monyok je atuk tu.

Ada cik nora... berkelah di beranda wad 8.

Atuk teringin makan KFC.

Wad G.
Khas untuk pesakit dialisis air.

Wad level ni selesa sikit.

Sabar tunggu atuk tidur.

Muka atuk dah bengkak.

Masa ni atuk kena minor stroke... BP tinggi. Cakap pun tak berapa jelas.

Dari ofis ibu bergegas tengok atuk🙄

Ummi, Izzatun dan Isyraf datang naik keretapi... gigih nak lawat atuk😢

Entah apa yang melucukan atuk n cucu ni.

Kasih seorang atuk terhadap cucunya😣
Ini di wad dialisis.

Abah : Ulangtahun Kelahiran pada 10.01.2015

TB - 3 tahun lepas
Jumpa entry ni dalam draft folder.
Tak ingat dah post atau belum. 
Post je lah.. kot double entry kita imbau kembali.
Banyak juga juadah sempena birthday atuk.

Wowww.. ada big apple.

Fruity cake.

Ini cikcha beli di pasar malam Paya Jaras.

Lagi.

Masa ni abah baru dicaj dari Wad 8 HTAR.
Jatuh di wad dan tangan patah.
Tangan tu yang sepatutnya nak buat saluran dialisis bila yang sebelah kanan tak boleh guna.

Tebuk di leher sementara untuk buat dialisis.

Atuk sayu.

Happy birthday atuk.

Demi cucu-cucu.... atuk tiup lilin juga😁

Gembira bila dikelilingi insan2 tersayang.

Ehemmmm.. bila 2 insan bercinta😘😘

Cepat atuk.... kami nak kek.

Ehhh... Firas si ulat beluncas 🐛