Pages

Saturday, January 7, 2012

Dilema Rahimi


1. Pengawas SRA.
Ustazah lantik jadi pengawas lagi tahun ini tapi abang imi tak seronok sebab kalau lambat bertindak mesti kena marah. hahaha.... bang mi.. bang mi.. of course laaaa kalau lambat tanpa sebab mesti kena marah...

Award Day SRA, abang imi Tahun 1

Ibu ngan ayah pujuk gak sebab ini kan sekolah agama jadi tak banyak sangat tugas pengawas compared to SK. Abang imi bila jadi pengawas adalah rasa tanggungjawab tu. Cuba dulu lagi, kalau rasa tak mau dan tak larat sangat barulah bagitau ustazah imi tak sanggup.

2. Wakil sofbol sekolah.
Abang imi tak berapa nak sangat sebab sebelum ni ibu dah cakap takyah lah join since akan ganggu pelajaran sebab nanti imi tak boleh nak bahagikan masa. Semalam bila ada latihan sofbol, abang imi macam takmo pegi sebab cikgu ugut (chehhh... cikgu ni pun) kalau tak mau join, nanti kalau ada apa2 program sekolah budak2 ni tak boleh sertai. ewahhhh pandai2 lah cikgu ni pun. Budak2 bolehlah nak ugut2.. diorang ni ada parents lagi tau yang bagi guide. Kalau parents tak izin, cikgu tak boleh kata  apa... kan ada surat keizinan..
Award Day SK, abang imi Tahun 3

Tapi kalau latihan tu selepas waktu sekolah agama 6.00 sampai pukul 7.00 ok, takpe. Kira kuarkan peluh budak2 ni. Cuma bila waktu sesi sekolah pagi atau agama yang diambil tu yang buat ibu tak berapa setuju. Macam last year banyak masa ambik waktu kelas walaupun masa tu dah abis exam. Bila tanya abang imi kertas peksa yang cikgu dah semak, kata tak masuk kelas. adehhhh.... pegila cari cikgu hohoho....

Ayah plak still bagi galakkan kat abang imi. At least join satu sukan (oh yerrr.... 1 murid 1 sukan).
Abang imi plak takut nak tanya ayah... soh ibu slow talk ngan ayah, jangan cakap imi yang suruh.. ermmmm..
ayah ooo ayah.... please.....

Abang mi : ibu letak gambar2 masa ambik hadiah dulu... ibu rindu la nak pegi lagi, cam dah lama jer abang imi tak ambik hadiah kan.. kan..

2 comments:

  1. Sian abang Imi.... memang dilema sungguh, ya! Takpe... ini cabaran untuk abang Imi.... cabaran untuk bertambah matang!

    ReplyDelete
  2. syima, anak dah nak meningkat remaja ni lain pulak cabaran dia. rasanya kalau kecik lagi senang nak jaga.

    ReplyDelete