Pages

Saturday, January 14, 2012

Sikap terpuji & lapisan tayar bersepah2 kat tengah jalan.

Pagi tadi masa lalu kat depan UI, ibu nampak ada sorang pemuda ni kutip cebisan2/layer2 tayar lori kat tengah jalan.
Sangat terpuji sikap pemuda tuh.
Gamaknya dia kerja kat area2 batu 5 kot dan berjalan kaki ke tempat kerja.
Dia tau bahaya menda tu kat tengah jalan, kalau dilanggar motor, penunggang motor boleh jatuh, lepas tu kalau nasib tak baik kena langgar kereta plak. uhhhh.....
Kalau hari Sabtu, ok lah jugak jalan tu lengang sket, cuba kalau hari biasa, orang tak pandang bahaya pun, semua nak cepat.


Selalu lori2 besar punya layer tayar la kalau bersepah kat tengah jalan.
Memang menyusahkan.
Tau lah benda tu getah jer tapi kalau tengah memandu sudah pasti, pemandu akan cuba mengelak.
Kadang2 mengelak secara tiba2 sebab terkejut2.
Perghhhh mau sakit jantung kalau tetiba terpaksa membrek sebab ada bendasing kat tengah jalan.
Kalau jalan pekan ok lagi sebab bawak pun tak berapa nak laju.
Kalau kat hi-way, kena lah bawak pelan sket macam ayah (sebab ada JPJ dalam keta, ayah.... peace!!!!!)

No comments:

Post a Comment