Pages

Saturday, July 13, 2013

Makaroni Bakar - Iftar hari ke-4

Alhamdulillah.... hari ni 4 Ramadhan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih sempurna.
Hari ni hujan sejak tengahari. Sejuk. Best. Ibu keja 1/2 day tadi. Uruskan beberapa benda dan beli sedikit groceries. Ambik Wafi pun dah jam 3 pm.
Balik2 hujan lebat dengan angin kuat.
Tidur lah apa lagi :)
Sedar2 sudah jam 5 hehe..., nak ke dapur lagi.
Ingatkan nak masak lauk kari ayam, tapi buat makaroni bakar pun ambik masa. Salah budget time huhu..

Hari cuti memang akan buka di rumah atuk. Juga masa iftar hari pertama.


Resepi pasta ni ibu ambik dari dapur mamasya. Tq atas resepi yang syedapppp...
Bahan2 senang dan cara masak pun mudah. Tapi ibu buat double dari resepi asal sebab rakyat ramai dan ibu malas nak simpan lebihan makaroni kering tu sebab nanti tak tau bila nak buat lagi.
Dapat 2 loyang tapi tak ambik gambar lepas potong sebab sibuk dengan aktiviti makan :)

Baked Pasta 
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang 
Oleh: Dapurmamasya 

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan 
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- mama guna makaroni big ring saja tak campur lain 
150 g minced beef/chicken - guna beef 
2 ulas bawang putih (dicincang) 
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil) 
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya 
sedikit sos cili 
sedikit sos tomato 
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato 
1 sudu besar mentega 

Sos Putih : - mama buat 1 1/2 adunan 
2 cawan susu segar 
1 sudu besar mentega 
sedikit lada sulah 
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air) 
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju 
sedikit garam dan gula 
lain-lain : keju parut dan oregano 

Cara-cara : 
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api. 
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka. 

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. 
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih. 
Taburkan keju parut dan oregano. 
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt 
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 
nota dapur mamasya
utk sos putih tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 dan butter terus masuk dlm susu. 




No comments:

Post a Comment