Hari ini cuti sempena Maulidur Rasul, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Cuti satu hari dan manfaat untuk bersama family jer.
Kawi plak buat ulangkaji since esok ada lagi 2 paper ujian.
Ibu plak dah plan awal untuk mencuba resepi Nasi Kerabu.
Pagi2 da ke pasar NSK untuk membeli barang keperluan juga barang dapur untuk minggu ni.
Start masak jam 10.30 dan habis 3 jam lebih... pitammmmm
Tapi puas hati bila anak2 dan ayah suka.
Makanan yang seimbang.. carbo, protein, zat besi, dsb.
Pertama kali beli budu sebab nak bubuh dalam sambal tumis.
Makan pun lepas solat zuhur... petang tadi tido lena, hujan plak tu.
Kemudian dinner menyambung lagi nasi kerabu.
Ada lagi... esok nak hantar ke rumah nenek.
Sebab tak ada bunga telang (dan ibu pun tak tau mana nak cari), ibu guna pewarna biru sket dan letak daun pandan. Fuhhh.. bau harum jer.
Resepi nasi kerabu ni ibu ambil dari sini.
Terima kasih Puan Azie kerana share resepi yang sedap.
Nasi Kerabu Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan utama membuat nasi kerabu adalah sambal tumis, sambal kelapa, nasi dan sambal selain dari ulam ulaman dan bahan bahan sampingan lain.
Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak
banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang
bawang dan halia.
Tumis bahan kisar
sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa
dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan
masin sedikit.
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut -
goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin -
rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga
hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup
rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Kena manis sikit baru
sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas
nasi dagang.
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka
Kisar kesemuanya.
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau
guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
No comments:
Post a Comment