Pages

Sunday, June 15, 2014

Yong Tau Fu

Selamat berhujung minggu.
Minum petang kami hari ini.


Resepi yong tau fu ni ibu jumpa di FB hasil dari share kawan2 tapi tak ingat penyumbang asal resepi ni. Mintak maaf yer tak dapat tag. Semoga cik mendapat rahmat.

Yong Tau Fu

Bahan2
Kuah hitam

2 sb taucu
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
3 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
4 sb gula
3 cawan air


Blend bahan2 sehingga taucu halus. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga kuah pekat.

Kuah merah

1/2 cawan kacang tanah yg digoreng (ibu guna almond-itu je yg ada di dapur)
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
4 sb gula
1/4 garam halus
3 cawan air

Blend bahan2 di atas sehingga kacang hancur. Ketepikan.

2 ulas bawang putih diketuk
3 sb cili blend (ibu guna cili kisar siap beli)

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili blend. Goreng hingga garing. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi dan masakkan dalam 5 minit atau hingga kuah pekat. Sesuaikan rasa.

Bolehlah dinikmati dengan fishball, crab ball, sosej, kangkung, sotong atau apa sahaja.

Taburkan bijan yang telah disangai dan bawang goreng.


Selamat menjamu selera.
Bismillah....

No comments:

Post a Comment