Pages

Friday, July 18, 2014

Ujian di Bulan Ramadhan

Allah...Allah... Allahuakhbar
Dunia dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan penerbangan komersial Malaysia.
MH71, Boeing 777 telah disahkan terhempas di Ukraine pada hari Khamis 17.07.2014
Seramai 295 orang termasuk 15 krew penerbangan terkorban.
Rakyat Malaysia seramai 20 orang berada di dalam penerbangan tersebut.

Luluh dan pilu hati ini ketika mendengar perkhabaran yang mendukacitakan.
Air mata tidak dapat ditahan tambahan kita baru kehilangan MH370 beberapa bulan yang lepas dan masih belum dijumpai pesawat tersebut.

Ya Allah... ujian yang Kau berikan kepada kami tidak dapat kami tolak.
Sesungguhnya hanya Engkau sebaik2 pencipta.

Tabahkan hati-hati kami Ya Allah.

Semoga mereka Islam yang terkorban ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan syurga buat mereka tanpa hisab.
Aamiinnn...

No comments:

Post a Comment