Pages

Saturday, September 20, 2014

Roti Jala

Sebelum ni nampak kawan ibu guna pemanggang ajaib untuk buat roti jala.
Sebenarnya dah lama tak buat since non-stick pan rosak. Hehe.. ada lah alasan tak buat kan.
Haritu bekfes teringin plak nak buat. Guna jer pemanggang ajaib.. yang bahagian atas sebab permukaan dia licin.

Bentuk empat segi jer lah.. tu yang paling senang sebab guna botol muncung dua.

ROTI JALA

Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air @ bergantung kepada kecairan yang diperlukan
1 biji telur
1 sudu besar mentega/margerin
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit

Cara2
Blendkan semua bahan di atas.
Jalakan di atas api yang sederhana.
Angkat bila permukaan atas roti jala garing.
Lipat ikut bentuk yang disukai.

Nampak memang mudah tapi nak menyiapkannya memang ambik masa lah yer.
Sebab bila buat mesti lebih dari satu adunan hihi..

Bolehlah makan dengan kari ayam @ daging @ apa sahaja kuah yang digemari.


No comments:

Post a Comment