Pages

Wednesday, November 4, 2015

Short break - Cuti Hari Kebangsaan

Entry tertangguh.
Ni masa cuti Hari Kebangsaan haritu. Short trip je pun.
Sabtu tu tengahari ke kenduri kahwin anak sepupu ibu di Restoran Zam-zam Shah Alam.





Wajah2 ceria.

Lepas tu kami direct ke Uitm Resort. Yang lain balik rumah masing2.

Bilik besar. Sejuk. Best.

Petang tu bawak anak2 mandi di swimming pool dia. Tak ramai orang pun.


Lepas tu Aiman & Alma join. Takde plak lah gambar diorang.
Swimming pool kami yang punya!
Malam tu dinner kat gerai Seksyen 6 kot kalau tak silap.

Malam tu ada raptai Hari Kebangsaan di Dataran Shah Alam. Kebetulan je.. macam best plak. Tunggu je lah. Takde aktiviti pun malam tu.


Antara pancaragam yang ada.


Rupanya uncle Apil pun ada. Mewakili Jabatan Perbendaharaan.


Esoknya shoot ke Cyberjaya. Stay semalam di Tune Hotel.

Kecik je. Cukuplah untuk kami berlima.

Kemas dan bersih.


Petang tu lajak ke IOI mall. Sesaja jalan2.


Lovely kids.


Mi kicap ler apa lagi...


Kakak keseorangan. Beratur nak masuk gelanggang ice skate.


Penuh orang dalam tu.


Dah ada kawan cilik baru.


Ehhhh... akhirnya Bami tertewas.


Terror dah..

Malam tu balik hotel. Sambung tengok movie plak.
Syiokkk... semua ada.
After movie... supper plak kat depan hotel ada restoren mamak.

Esok nyer Isnin yang public holiday tu kita ke rumah uncle Azhar & Auntie Meeza sempena house warming mereka.
Jumpa lah rakan2 ibu yang lain.

No comments:

Post a Comment