Pages

Friday, April 1, 2016

Setia Alam Club Open Day

Ooopsss.. dah April 2016 rupanya.
Sebulan agak sibuk dengan closing dan audit dan special task. Hadoiiii...
Balik ofis pun lewat.. luckly ayah boleh pick-up Wafi, takde lah tunggu lama di kindy.

Awal Mac haritu, Setia Alam Club ada buat open day.
Bukan sahaja untuk resident Setia Alam, terbuka juga untuk penduduk luar.
Officemate ibu yang suggest pegi.
Ok lah.. boleh daftarkan Wafi untuk aktiviti haritu dan insyaallah boleh attend lain2 aktiviti akan datang.

Kita sampai pun awal, dalam jam 11. Tak ramai kid masa tu.
Registration fee hanya RM10, dapat plak tumbler. Suka lah Wafi tu.
Pergi ke booth yang ada clown, boleh lah dapat belon bagai.

 Pilih je belon nak bentuk apa.. nanti abang badut buatkan yer.

Sedia untuk game masukkan bola dalam jaring.

Just for fun dan bagi Wafi sikap berani. Itu pun ibu tolong hayunkan tangan gak. Kalau tak malu2 plak ggrrr..

Tendang bola pula.
Dapatlah main 3 games.. satu lagi duckling. Tak sempat ambil gambar.
All the games tu Wafi dapat token berupa pack of candies dan keychain.

Naik kuda padi. Yang ni memang tak takut.

Gembira bukan main. Tapi round dah semakin kecil sebab ni dah tengahari. Panas litl-lit.


Petting plak. Ada lah burung, ayam, arnab dan beberapa binatang lain.
Yang ni kids boleh pegang dan belai.



Ada singing, dancing, magic show.. tapi ini budak tak mau join.
Haisshhhhh...


Duduk tengok2 je. Tapi muka happy terutama bila diorang buat chicken dance.


sebelum balik kita ambik gula 2 kapas dulu.

Tengok cara2 diorang buat.
Ada juga popcorn.
Semua tu free.


Aikkk.. ayah yang terover plak.
Kat situ pun ada gerai jualan makanan with reasonable price.
Jenis2 hipster bak kata budak2 sekarang.

Ni kawasan baru.. area apartment Setia Alam.
Looking forward untuk other aktiviti.

No comments:

Post a Comment