Pages

Sunday, January 1, 2017

Aktiviti Membalut Buku

Dah beberapa tahun tak buat dah ni.. huhuhu
Semenjak Bami dan Kawi masuk sekolah menengah memang mereka buat sendiri balut2 buku ni.
Tak kuasa dah ibu nak buat.
 
 
Semalam dapat 19 buku aktiviti dan teks.

Semuanya baru since kurikulum kan dah bertukar.
Adoii.. yang bertukar ibu ibu dah tak tau.. banyak benar tukarnya.
Redho je lah! ehhh... tak ikhlas ke tu :-)
 
Gigih tak gigih ibu buat ni. Dari malam tadi.. semangat potong plastic siap2..
Baru balut 3 buku, Kawi ajak makan char koay teow di Aimar Corner, SA
Huhu... turutkan ler kehendaknya since dah nak masuk sekolah kan.

Pagi ni lepas siapkan house chores, mulakan operasi kembali.
Wahhh.. setengah hari buat semua.
Termasuk yang Kawi tumpang balut buku yang plastic dah rabak.
Demi anak oo anak.
Bengkek dah pinggang ni.

Ok.. jam 3 baru boleh rehat lepas perut pun dah kenyang.
Late lunch ler.. masak pun lambat huhu..
Petang ni nak keluar plak... Bami ajak tengok movie.

No comments:

Post a Comment