Pages

Tuesday, June 26, 2018

Rahimi register di PMS

25.06.2018
Hari ni abang Imi memulakan perjalanan sebagai seorang pelajar IPTA, Politeknik Muadzam Shah, Gambang, Pahang
Pendaftaran dari jam 8.30 - 4.00 pm
Sampai jam 9.00 am tapi dah ramai sangat pelajar yang mula mendaftar. Bami otw keluar dari hotel nak belajar keluarkan duit lah... sakit perut lah...
Pagi2 pun tak selera nak makan. Muka sedih je sebab pertama kali berjauhan dari family.

Kakak Widad tak join sebab hari pertama sekolah setelah break 2 minggu.. nak kehadiran penuh katanya.. takpe lah... duduk dengan Cik Ana. Nenek n Cik Fatin ikut.

Grup foto.. nak balik.  Masa ni dah selesai daftar kolej setelah beberapa lama menunggu.

 Sebelum masuk bilik Bami makan dulu.. ibu siap2 tapau dari kantin.. makanan pun sedap... harga berpatutan. Ini pun Bami makan tak habis, takde selera katanya.. ok.. ayah habiskan.

Ayah bersama Pengarah, Dr. Shamsuri. Muka2 add dalam FB.. chat2... bila bersemuka berbual2 lagi.. network katanya.

Kiriman dari acik Quzai buat nenek dan Bami.. alahaii.. terharu betul.. dulu acik Quzai Timbalan Pengarah di sini.. sekarang bertukar ke Politeknik Nilai.

 Katil Bami di hujung kiri tu. Betul2 mengadap Pusat Islam/masjid.

 Yang empunya katanya.

 Sampai2 nak daftar, JKS kata rambut Bami kena trim.. lahaiii... kena queue pula di luar bilik MPP. Ada barber.. tak tau lah berapa ramai. Caj RM6.. trim sikit je rambut atas tu sebab beberapa hari sebelum tu memang dah potong rambut.. awak2 je JKS check, bila dah tengahari ramai je yang berambut tebal hehe.. its ok... biar Bami ikut spec Poli dalam perihal rambut tu.

 Lepas register, buat kad matrik bagai, bayar pula koperasi RM600.. sebab Bami masuk secara rayuan, staff poli tak sempat key in dalam sistem. Bayar pengajian RM200 dan penginapan RM360 dah bayar awal2 thru CDM Bank Islam. Untuk 1st semester ni bayaran sebanyak RM1,160.

Di asrama ada disediakam mesin basuh bersyiling.. ibu pun tak tau camne guna.. pandai2 Bami belajar nanti.

Bilik Bami di ground floor... sebelah kanan ada surau. Oh ya.. bagi pelajar lelaki baru, mereka di tempatkan di blok 4 tapi Bami dan beberapa orang pelajar lagi ditempatkan di Blok 1, bersama pelajar senior.

Depan bilik ada ampaian.

Ini pula pantri.

Semasa menunggu Bami gunting rambut, sempat ibu berkenalan dengan Kak Asma dari Kuantan. Anak beliau perempuan, juga student DPP.

Ibu sentiasa doakan Bami sihat2 dan dipermudahkan urusan di PMS.

No comments:

Post a Comment