Pages

Tuesday, January 22, 2019

Sepetang di Teluk Intan dan Bagan Datok

Selesai menziarahi acik Ipah, terus ke Masjid Teluk Intan untuk solat jamak Zuhur dan Asar. Kemudian lunch di Mastan Ghani. 

Makan yang senang2 je.

Rojak dah habis lah pulak. Makan je lah mee rebus. Ibu takde lah teruja sangat makan mi ni sebab rasa nya ok2 je.

Habis makan jalan2 sekitar Menara Condong sambil bergambar.
Sebab dah beberapa kali singgah situ๐Ÿ˜€
Nenek dan ummi.

Selepas tu singgah pula Dataran Teluk Datok.
Happening tempat ni. Jauh juga dari Teluk Intan. Tapi dah alang2 sampai.. pergi jugalah.

Ada taman permainan kanak2.

Belakang tu laut.

Sempat lagi main skuter dan kereta.
Kereta tu RM10 untuk 20 minit manakala.sekuter RM15 untuk 20 minit tapi macam lama je diorang main.

Kami gerak balik dalam 7.00 pm kemudian singgah masjid di Hutan Melintang. Mandikan anak2 dan bersolat.

Singgah dinner pula di Sekinchan.

Sampai rumah dalam jam 11.15 pm
Fuhhh..  perjalanan yang panjang.
Dari jam 10 am hingga ke tengah malam.

Alhamdulillah... hari yang sangat bermanfaat.

No comments:

Post a Comment