Pages

Tuesday, January 1, 2019

Terengganu 2018 : Day 2 - Masjid Kristal

Lepas habis lawatan Muzium Negeri kami bertolak ke Masjid Kristal untuk solat Zohor.
Sampai sana... adeh... "Sedang dalam penyelenggaraan".
Ada disediakan bilik solat tapi ramai pula orang. Kami ambil peluang untuk bergambar sahaja.. akan bersolat di masjid berdekatan.

 Panas litlit.

 Family Cik Ujang. Bumbung masjid pun sedang dibaiki.

 Insyaallah lain kali boleh datang bersolat di sini.

 Cantik sangat kristal yang berkilauan.

Masjid terletak di tepi sungai.

Sebelah masjid ni ada Taman Tamadun Islam. Memandangkan cuaca yang sangat panas dan ramai anak2 kecil kami tangguhkan hasrat untuk meneroka taman ini.

Begitu pula, kami mencari tempat2 yang boleh dimasuki secara percuma atau kos yang paling minima.

Seterusnya, selepas solat jamak Zohor dan Asar, kami lunch di gerai makan di tepi Pantai Batu Buruk. Mungkin kami datang secara berkumpulan yang agak besar dan dari luar Terengganu, caj yang dikenakan kami agak terlalu tinggi... tidak berbaloi dengan makanan yang diambil. Contohnya nasi dan telur mata dicaj RM4πŸ˜₯πŸ˜₯

Mujur lunch hanya sekali diluar.

Entry seterusnya.... jalan2 tepi pantai.

No comments:

Post a Comment