Pages

Monday, April 22, 2019

Persiapan menghadapi putus bekalan air

Beberapa hari lepas Syabas telah mengumumkan hampir seluruh Selangor dan Kuala Lumpur akan menghentikan bekalan air.
Ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
Ia akan dilakukan dari 24 hingga 27 April 2019 dan bekalan akan dilakukan secara berperingkat.

Maka bergegaslah mencari tong2 air untuk diisi 😁
 Segala macam tong ada.
Plastik sampah yang dilapik dalam bakul pun boleh. Cari plastik putih tak jumpa pula.
Plastik hitam tu pun ada yg bocor... adeh.. kena isi semula.. tapi plastik yang bocor tu jangan dibuang pula.. jemur dan boleh diguna semula.

2 tong ni pula sebenarnya isi air hujan.. berkeladak dalam tu. Bersihkan molek2 dan boleh isi air letak dalam bilik air.

Perkara lain yang disediakan :-
1. Beli bahan basah... macam ayam. Cuci siap-siap.
2. Sediakan paste contohnya pes kari, sambal, asam pedas dll. Tapi ibu beli yang dah siap je😁. Bila nak.masak tinggal masukkan ayam, ikan, telur atau lain2.
3. Basuh pinggan mangkuk periuk belanga.
4. Basuh pakaian yang kotor.
5. Sediakan air minuman secukupnya. Boleh juga beli air minuman dalam botol. Kan kita ke arah environmental friendly... jadi kurangkan pembelian botol2 minuman.
6. Ingatkan anak2 untuk berjimat cermat gunakan air.
7. Kalau ada tanam bunga-bungaan letaklah di tempat teduh agar tidak perlu disiram dengan banyak air.
8. Petang2 anak2 tidak perlu main yang keluarkan peluh yang banyak... sebab bila badan berpeluh dan panas berpotensi untuk mandi menggunakan air yang banyak.
9. Masak makanan dalam kuantiti yang banyak... packkan dan boleh buat frozen. Bila nak makan tinggal panaskan.
10. Guna pinggan dan cawan pakai buang tapi cara ni ibu tak gemar sebab kisah environmental friendly juga😉 cuba kurangkan/elakkan penggunaan plastik/polisterin.
11. Berpuasa... selain sebagai ibadah dapat juga mengurangkan keperluan untuk ke tandas dan juga aktiviti masak memasak.

Rasanya itu dulu... kot ada yang terfikir boleh tambah.

No comments:

Post a Comment