Pages

Friday, June 21, 2019

Jamuan Hari Raya Haji Suandi & Hajjah Jawariah kali ke 2 - Persiapan Majlis


Alhamdulillah... majlis yang dirancang sebelum bulan puasa berjalan dengan lancar.
Ibu sekali lagi dilantik menjadi bendahari. Apesal lah diorang ni suka sangat lantik ibu... dah jadi macam ceti plak😂😂

Tahun ni kutipan setiap keluarga RM350 berbanding RM300 pada tahun lepas.
Duit yang terkumpul untuk membayar sewa khemah, fotographer, aiskrim, badut, keperluan makan seperti pinggan dsbnya dan cenderahati buat ketua keluarga induk.

Makanan pula setiap keluarga potluck jadi dapat merasa pelbagai juadah.

Jumaat malam ada sesi gotong royong sikit.. ala2 tinjau kawasan je since tuan rumah dah siapkan.
Tahun ini majlis di rumah keluarga atuk Bordani.

 Lepas buat kerja sikit, tuan rumah iaitu sepupu2 ibu sediakan bihun tomyam dan lepat ubi panas2... nikmatnya... ditambah pula kopi-o kow.

 Tak sempat nak bertambah sebab rushing ambil kakak Widad di tuisyen.

 Orked yang sedang viral sebagai cenderahati kepada ketua keluarga induk sebanyak 7 orang.

 Meja hidangan.

 Banner ditaja oleh pakcik Rasul.

 Cucu2 arwah atuk Bar sediakan photobooth yang comel.

Banner di jalan masuk, juga ditaja oleh pakcik Rasul.

Tunggu next entry😀

No comments:

Post a Comment