Pages

Wednesday, December 18, 2019

3D 2N Shohari Clan Trip, Kampar Perak 2019 - Day 1

Percutian yang dirancang hamper setahun akhirnya terjadi juga tapi destinasi bertukar.
Sepatutnya ke Kedah tapi dek kerana kekangan masa dan komitmen kerja, Kampar Perak terpilih. Sebulan je plan itu pun itinerary dan t-shirt seminggu baru settle.
Hebat tak hebatnya pengarah program hhahahah... cik wada la sapa lagi. 
 
Bertolak dari rumah around 7 am, 14.12.2019
Pitstop RnR Tapah. Breakfast kat situ.
Cik Elis bawa nasi lemak, bihun-ibu, Cik Ana-nasi goring, Cik Baya-nugget, Cik Wada-tak bawak rasanya :-)

Habis breakfast terus gerak ke Kellie's Castle, Batu Gajah.
Perjalanan slow sikit sebab kenderaan banyak di hiway.

Tiket masuk :-
RM5 - dewasa
RM3 - kanak-kanak

Ni je yang ada... yang lain-lain dah masuk dalam tak sabar2. Biasalah bila dah ramai2 nak bergambar ada je yang tak cukup.

Kawasan ni ada yang terjaga ada yang tidak.. rumput agak panjang.. ada kemuncup.

Di tingkat 3

Cabaran 2007 vs 2019

Sama hahahhah.. mujur cikpatin jadi gadis manis.. bukannya tomboy :-)

Kanak2 riang...
Rumah ni yang mula2 dibina sebelum didirikan istana Kellie.

Selepas Kellie's Castle, kita bergerak ke Tanjung Tualang Tin Dredge (TT5)
Sudah berusia 81 tahun.
Tiket masuk :-
Dewasa - RM10
Kanak-kanak - RM5

Sementara tunggu slot 2.30 pm, kita bergambar dulu. Dalam ni sejuk beraircond. Anak2 boleh tengok tengok tv dulu. Slot setiap 1 jam tapi ada waktu rehat rasanya.

Ada guide beri penerangan dan seorang lagi tolong jaga pengunjung.
Setiap pengunjung diwajibkan memakai topi keselamatan.

Adehh... ini budak nak mama... nak mama je..

Overall cara perlombongan bijih timah menggunakan kapal korek.

Selepas tu boleh tengok demo cara mendulang dan boleh cuba sendiri.

Satu-satunya kapal korek yang ada di Malaysia.. ditinggalkan untuk dijadikan muzium. Bawah tu tasik lombong ya.. memang kena berhati2 dan safety comes first. MB Inc. tak bertanggungjawab ke atas segala kecederaan/kecuaian pengunjung.
 

Lepas dari TTTD, terus menghala ke homestay.
The Trails of Kampar. Kami ambil 2 rumah dari booking.com
Satu malam RM200.00
Total semua RM800.00

No comments:

Post a Comment